Inilah Kotak Hitam MH17

Inilah Kotak Hitam MH17 
Inilah Kotak Hitam MH17

Inilah Kotak Hitam MH17


Kotak hitam yang merupakan objek penting dalam nahas yang menimpa MH17, dipercayai telah dijumpai dan kini berada di dalam tangan Puak pemisah Pro-Rusia di timur Ukraine.

Puak pemisah Pro-Rusia yang tidak mempunyai kepakaran dari segi teknikal, percaya objek yang ditemui bersama serpihan pesawat adalah kotak hitam yang bakal menjadi bukti penting untuk menentukan punca nahas yang berlaku pada khamis yang lalu.  Mereka berjanji akan menyerahkan bukti tersebut kepada pasukan penyiasat antarabangsa. 

Biarpun Puak pemisah Pro-Rusia percaya apa yang dimilik adalah kotak hitam, mungkin ramai yang perasan, pada hari pertama kejadian pihak Ukraine juga dilihat memegang sesuatu yang kelihatan seperti kotak hitam, walaupun mereka menafikannya dan mendakwa kotak hitam berada di tangan puak pemisah. Jadi disini kita tak tau yang manakah satukah kotak hitam yang betul dan siapa yang bercakap benar.


Pengurusan Mayat Mangsa MH17
Pengurusan Mayat Mangsa MH17 Dipertikai

Pengurusan Mayat Mangsa MH17


Dalam pada itu ramai yang mempertikaikan keadaan mayat mangsa yang didakwa telah dialihkan dari kawasan nahas ke satu tempat yang tidak diketahui. Namun pihak pemberontak menyangkal tuduhan beberapa pihak yang mengatakan mereka akan melakukan sesuatu kepada mayat tersebut. Sebaliknya menegaskan bahawa mayat yang dialihkan daripada tapak nahas akan disimpan di dalam peti sejuk dalam gerabak kereta api yang terletak berhampiran dengan tempat kejadian sehinggalah pasukan yang terdiri daripada pakar tiba. Usaha mengalih mayat adalah perlu untuk mengelakkan ia mereput dibawah cahaya terik panas matahari serta menjadi habuan anjing dan binatang buas dikawasan berkenaan.

MH17: Malaysia Patut Main Peranan Utama


Sebenarnya bila keadaan ini berlaku, kita dapat rasakan ada yang tidak kena dengan pengurusan nahas ini. Puak Pemisah Pro Rusia yang masih belum pasti penjenayah sebenar, dilihat menjadi sasaran ramai pihak. Terlalu banyak berita negative yang disebarkan yang mungkin ada tujuan tertentu.

Untuk mengawal serta memudahkan urusan, Malaysia sebagai pemilik pesawat, perlu memainkan peranan yang lebih penting dalam mendesak Rusia dan PBB untuk melakukan sesuatu. Kita tak boleh mengharapkan pemimpin Amsterdam, Mark Rutte dan Tony Abbott dari Australia untuk bersuara bagi pihak Malaysia. Kita juga tak boleh bersandar sepenuhnya kepada US dan sekutunya untuk menyelesaikan masalah kerana sehingga kini, kita belum tau siapa yang bertanggungjawab sepenuhnya menembak pesawat MH17. Mungkin Ukraine yang mendapt sokongan US dan mungkin juga pihak pemberontak yang mendapat sokongan Rusia. Dua kuasa besar yang sedang bertelagah. Walaupun ada suara-suara mengatakan ianya dilakukan oleh pihak pemberontak, kita tak tau sejauhmana kebenarannya kerana pasti ada pihak-pihak yang berkepentingan dalam kejadian ini samada secara lansung atau tidak lansung.

Diplomasi amat penting pada ketika ini. Kekerasan dan tekanan ke atas satu pihak, Puak pemisah Pro-Rusia tidak akan membantu.  Malaysia dan dunia harus "engage" dengan ketiga-ketiga negara yang menjadi suspek. Rusia, Puak pemisah Pro-Rusia dan juga Ukraine. Jika Malaysia tak mampu melakukannya, Malaysia perlu mendapatkan khidmat pihak ketiga yang benar-benar nuetral untuk berunding dengan ketiga-tiga pihak.

Pasukan Malaysia bersolat hajat mohon dipermudah masuki kawasan nahas 
Pasukan siasatan khas Malaysia mengadakan solat hajat bagi memperoleh laluan mudah untuk memasuki kawasan pesawat MH17 terhempas di timur Ukraine.

Dan yang paling penting, kita sebagai rakyat Malaysia perlu memperbanyakkan solat hajat dan berdoa supaya segala urusan dipermudahkan. Kita tau kejadian yang berlaku adalah dengan izin Allah. Jadi kita perlu memohon kepada Allah supaya memberi jalan keluar yang terbaik. 


Comments

  1. semoga dipermudahkan dan kebenaran akan segera terbongkar..

    ReplyDelete
  2. Pertelagahan mereka membuat M'sia mengalami masalah lebih rumit. Sehingga kini pun petugas yg dihantar tak dpt masuk kaw. tragedi lagi.

    ReplyDelete
  3. makin lama makin rumit kes ni..semoga dipermudahkan. Pemimpin kena usaha ibarat tarik rambut dalam tepung...kasar sangat pun tak boleh, lembut sangat pun susah.

    ReplyDelete
  4. Harus kembali kepada fitrah... kembali pada Allah :) perkara macam ni diorang plan dah terlalu lama sebelum buat.. macam kisah MH370... percaya Allah adalah sebaik2 pembela, semoga keadilan akan nampak satu hari nanti...

    ReplyDelete
  5. Mudah-mudahan aja bisa dipermudah ya... aminnnnn!!

    ReplyDelete
  6. salam. makin rumit kes ni..

    semoga dipermudahkan segalanya untuk negara kita..amin

    ReplyDelete
  7. insyaallah dengan izin Allah Swt akan menjadi mudah
    segala urusan,doakan yg terbaik utl mereka..

    ReplyDelete
  8. semoga semuanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar .amin..

    ReplyDelete
  9. semoga dipermudahkan semuanya...aamiin

    ReplyDelete
  10. sbb kapal m'sia , maka malaysia punya kuasa penuh keatasnya . cuma bkn mudah utk melepasi halangan yg ada ... promoted content sementara menunggu iftar .

    ReplyDelete
  11. Semoga segala urusan dipermudahkan..

    ReplyDelete
  12. Semoga diberikan jalan olehNya....

    ReplyDelete
  13. Semoga Allah membantu kita dlm beroleh bukti kebenaran... tahun ini mmg bnyk hal2 misteri berkaitan dgn pesawat MAS... sedihlah...
    promoted content cik epal sini... :)

    ReplyDelete
  14. Dugaan tak habis² buat MAS dan malaysia kan?

    ReplyDelete
  15. Hope they can get the necessary support ASAP.

    ReplyDelete
  16. Akhirnya kotak hitam tersebut dapat diserahkan kepada Malaysia hasil kerja belakang tabir pasukan Malaysia. Sememangnya rakyat Malaysia terkenal dengan kepakaran berdiplomasi dengan pihak antarabangsa.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat