Renungan Sebelum Tidur

Renungan Sebelum Tidur

Ingatlah:

Kadangkala kita dipandang baik,
Bukanlah kerana kita benar-benar baik,
Tetapi kerana Allah Maha Penyayang,
Sehingga ditutup aib yang ada pada diri kita.

Barangkali kalau aib kita,
Dibuka dan didedahkan,
Tidak ada satu kebaikan apapun,
Pada diri kita di mata Manusia.

 Jadi:

 Jangan sesekali kita,
Cuba mendedahkan keaiban saudara kita,
Kerana aib kita sendiri sedang ditutup Allah.

Rasulullah bersabda, "Tidaklah Allah menutup aib seorang hamba di dunia, melainkan nanti di hari kiamat Allah juga akan menutup aibnya".

Comments

  1. Betul tu.. kita insan yg lemah. Tanpa ikhsan Allah, siapalah kita. T kasih atas peringatan ini Raudzah... subhanallah walhamdulillah...

    ReplyDelete
  2. Sebelum tidur baiklah kiranya kita maafkan semua orang,kan =)

    http://butikgebugebu.blogspot.com/2014/07/berpantang-sendiri-susah-tak.html

    ReplyDelete
  3. Sungguh tepat sekali...kita bukannya seorang yang 'perfect' cuma kita bertuah kerana Allah tutup aib kita... Oleh itu jgn sesekali merendah dan menghina orang lain, sekali Allah buka aib kita...barulah tahu bagaimana rasanya...Nauzubillah!

    Pray and Doa for Palestine!

    ReplyDelete
  4. kadang2 terlajak juga... tak sedar langsung diri ni sang pendosa jugak... semoga kita semua istiqomah untuk jadi lebih baik... selamat malam kak raudzah..

    ReplyDelete
  5. perkara seperti ini mesti difikirkan dengan bijak

    Entri terbaru saya dalam blog Hero Borneo

    ReplyDelete
  6. selalunya org buka aib org lain sekadar utk memenuhi kepuasan dirinya . tidak ada manusia yg sempurna . lbh baik kita perbaiki diri ... invest di pagi hari .

    ReplyDelete
  7. jadi berhati2 bila ingin sebarkan sesuatu...peringatan tuk diri sendiri

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat