Serangan Darat Mengiringi Pemergian MH 17 Di GAZA

 Serangan Darat Israel Ke atas GAZA
Bedilan mortar dari sempadan Israel ke Genting Gaza

Serangan Darat Israel Mengiringi Pemergian MH 17 Di GAZA


Ketika dunia sibuk berbicara tentang insiden pemergian pesawat MAS, MH17 yang ditembak jatuh dekat sempadan Ukraine-Rusia, pihak Israel sibuk mengambil kesempatan melancarkan serangan darat secara besar-besaran ke atas Genting Gaza.

Serangan Darat Mengiringi Pemergian MH 17 Di GAZA
 Bedilan mortar dari sempadan Israel ke Genting Gaza
 Serangan Darat Mengiringi Pemergian MH 17 Di GAZA
 GAZA Dihujani perluru dari Darat, Udara Dan Laut

Serangan darat itu yang merupakan serangan darat pertama dalam tempoh lima tahun. Seramai 30,000 tentera darat Israel telah dikerah untuk melancarkan serangan darat besar-besaran ke atas Gaza. Misi mereka adalah untuk menggempur serta memusnahkan keupayaan pertahanan milik pergerakan Hamas termasuk pelancar roket dan terowong yang digunakan oleh pejuang Palestin itu untuk menyelinap masuk ke wilayah Israel.

 Serangan Darat Mengiringi Pemergian MH 17 Di GAZA
Meratapi Mangsa Serangan Darat Pertama
Serangan Darat Mengiringi Pemergian MH 17 Di GAZA 
Meratapi Pemergian Orang Tersayang
Serangan Darat Mengiringi Pemergian MH 17 Di GAZA
Ini Yang Tinggal Selepas Serangan 

8 Korban Serangan Darat Pertama

 
Dalam masa dua jam pertama serangan darat dilancarkan, lapan penduduk Palestin dilaporkan terkorban termasuk seorang kanak-kanak berusia tiga bulan. Sehingga kini serangan Israel ke atas GAZA telah mengorbankan 230 warga Palestin dan seorang rakyat Israel. Hampir 2,000 orang warga Palestin cedera. Dan kebanyakan mangsa yang terkorban adalah kanak-kanak, wanita dan orang awam. 

p/s: Apakah serangan darat ini kaitan dengan insiden MH17. Untuk mengalih tumpuan dunia ke atas kekejaman Israel ke atas GAZA?  Obama secara terang-terangan menyokong serangan darat ini sebagai langkah Israel untuk mempertahankan diri. Ya Allah kau lindungi rakan-rakan kami di sana. #Pray4GAZA

7. Bahaya..Jangan Cuba

Comments

  1. tu la kan..macam tau2 je...mmg stress tengok...kita hanya mampu berdoa agar mereka semua terus tabah..

    ReplyDelete
  2. adakah serangan mh17 utk alihkan perhatian dunia dr gaza ... teringat bmana hackers m'sia aktif serang web israel malah malaysia juga yg byk menghulurkan bantuan kpd palestin

    ReplyDelete
  3. Mungkin jugak. .tapi kita takkan mengalah. Terus berdoa untuk Gaza dan keselamatan negara. Semoga Allah lindungi kita

    ReplyDelete
  4. ika pun ada dengar2 khabar ni...katanya insiden MH17 adalah untuk mengalih perhatian umum terhadap penindasan rakyat gaza..hanya Dia yang Maha Mengetahui segalanya..teruskan berdoa...

    ReplyDelete
  5. Apa nak jadi dunia sekarang... Hanya Allah tempat kita mengadu

    ReplyDelete
  6. hurm... keamanan yang semakin tipis...

    ReplyDelete
  7. Berdoalah...moga Allah mendengar doa kita...

    ReplyDelete
  8. Semoga Allah melindungi mereka...

    ReplyDelete
  9. Hidup dalam ketakutan....
    Ya Allah berikan kekuatan kepada saudara islam kami.
    Anak2 dalam gambar ni sama besar anak saya:(

    ReplyDelete
  10. Sana sini perang...yang jadi mangsa rakyat yang tidak berdosa...Semoga Allah ampunkan kita semua...

    #prayforGAZA
    #prayforMUSLIM
    #prayforMALAYSIA

    ReplyDelete
  11. Teruskan berdoa buat Palestin... Allah pasti turunkan bantuan... aamiin.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat