
GAZA Bermandi Darah
Sokongan Dunia Untuk GAZA (12 Gambar)
Kezaliman Israel ke atas GAZA mendapat perhatian dan sokongan dunia. Bukan hanya umat islam di negara kita yang melahirkan rasa simpati, bahkan seluruh dunia menentang kezaliman ini. Pihak kristain dan jewish turut sama mengutuk serangan ke atas GAZA. Semuanya yang berlaku adalah dengan izin Allah.

Sokongan Dari Ribuan Jewish Untuk GAZA di New York

Sokongan Dari Pihak Kristian & Muslim Untuk GAZA

Sokongan Di Kensington Street London Untuk GAZA
Sokongan Di Kensington Street London Untuk GAZA




Sokongan Dari London Untuk GAZA

Sokongan Dari Serata Dunia
Sokongan Dari Ankara Turki Untuk GAZA
Sokongan Dari Tunisia Untuk GAZA
Sokongan Dari Dublin, Ireland Untuk GAZA
Sokongan Dari Semarang, Indonesia Untuk GAZA
Sokongan Dari Afrika Untuk GAZA
Dimanakah Malaysia, dimanakah negara-negara Arab yang lain dan dimanakah negara-negara islam yang lain? Dan yang paling penting, dimanakah suara sekutu kuat Israel, Amerika Syarikat? Alangkah baiknya jika mereka turut memberi tekanan ke ats Israel. Pastinya Israel akur kerana mereka adalah "The Man Behind The Scene".
Namun kita jangan berputus harap dan berhenti berdoa. Jika Allah mengizinkan kezaliman puak Israel ke atas Palestin di GAZA, pasti Allah juga berkuasa menghentikan segala kezaliman yang berlaku di GAZA. Doa ikhlas dari seluruh umat islam mampu mengubah ketetapan Allah. #PRAYFORGAZA.
terus berdoa
ReplyDeleteIn Sha Allah, sama-sama kta berdoa..:)
ReplyDeleteGaza ni bukan sekadar isu agama, tapi turut menyentuh aspek kemanusiaan juga.Alhamdulillah, dunia dah buka mata.Semoga Palestin akan bebas..
ReplyDeleteSemoga Allah turunkan pertolongan yg sebaiknya buat Palestin & menghancurkan Zionis laknatullah... aamiin.
ReplyDeleteHarap-harap pihak yang berkuasa terutama PBB dapat ambil perhatian akan hal ini. Dan kita sebagai umat Islam, teruslah berdoa.
ReplyDeleteSemoga Kemenangan berpihak pada palestine. AMIN~
ReplyDeleteTolonglah ambil perhatian pada isu gaza.simpatilah pada nasib mereka.
ReplyDeleteIn Shaa Allah......Kemenangan untuk rakyat Islam Gaza..amin..
ReplyDeleteHope the war ends soon.
ReplyDeleteSetakat sokong je tak cukup, Kena hantar "Bala tentera untuk berjihad" di sana. Negara Arab di sekitar dari dulu buat tak tahu je. Serangan darat dan udara dah dilaksana oleh Setan Israel ni, cuma tinggal serangan darat je.
ReplyDeleteInilah yang paling membimbangkan, kerana serangan ni lebih terperinci, macam AS serang Iraq pada 20.03.2003. Serangan darat ni, biasanya akan ambil masa 4 hari berikutan keluasan Palestin yang tak sebesar mana.
Tinggal Tentera HAMAS dan AL-Qassam je yang akan menyekat tentera yahudi ni.
ReplyDelete33,000 Tentera Israel Siap Sedia Lancar Serangan Darat
Kereta kebal dan perisai tentera Israel bersiap sedia di sempadan untuk melancarkan serangan darat
[mstar]- Sekurang-kurangnya 33,000 tentera Israel, peralatan perang termasuk kereta kebal dan perisai bersiap sedia serta ditempatkan di sepanjang sempadan untuk melancarkan serangan melalui darat di Semenanjung Gaza.
Perancangan terbaharu ini membuktikan kekejaman Israel tidak pernah padam selepas serangan yang masuk hari kelima dan mengorbankan 127 orang.
Ketika ini juga, sekurang-kurangnya 16 lagi kawasan penduduk Palestin menjadi sasaran dalam serangan ganas Israel.
Pada masa sama, Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu bertegas untuk tidak tunduk dengan tekanan antarabangsa bagi menghentikan pengeboman, manakala Menteri Luar, Avigdor Lieberman pula memaklumkan keputusan akan dibuat mengenai serangan darat, selepas melancarkan fasa pertama melalui udara sebelum ini.
Bagaimanapun, jurucakap tentera Jeneral Moti Almoz berkata, beliau menjangkakan serangan udara akan berterusan untuk beberapa hari kerana ‘terdapat banyak lagi sasaran untuk diserang’.
Serangan terbaharu semalam membunuh tiga penduduk di timur kejiranan Tufah di Bandaraya Gaza, kata jurucakap kementerian kesihatan, Ashraf al-Qudra.
Pesuruhanjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Navi Pilay menyuarakan kebimbangan berhubung jumlah kematian orang awam akibat serangan itu.
Rejim Zionis turut mengebom dua buah masjid di Gaza semalaman.
"Pengeboman dua buah masjid di Gaza itu menunjukkan betapa tidak bertamadun musuh itu," kata jurucakap Hamas di Doha, Qatar, Husam Badran.
"Keganasan tersebut memberikan kami hak untuk meluaskan lagi tindak balas bagi menghalang tindakan Israel itu," tambahnya.
Pihak tentera Israel menyiarkan gambar masjid yang diserang itu yang didakwa digunakan untuk menyembunyikan roket.
Tentera Israel menyatakan, pergerakan Hamas, Jihad Islam dan kumpulan-kumpulan pejuang Palestin menggunakan taktik itu untuk menyalahgunakan masjid dengan menyembunyikan senjata api.
bagus mereka menunjukkan tanda sokongan...tapi klu negara diaorg x buat apa2...so x jadi apa2 pun...buat sekatan ekonomi, putus hubungan diplomatik..hantar bala tentera ke palestin...itu baru boleh membantu mereka...
ReplyDeletesibuk betul promoted content ni...hehehe
ReplyDeleteRamai yg kencam... Atas dasar saudara seIslam dan kemanusiaan... Teruskan berdoa utk Gaza..
ReplyDelete