FB Akan Di Tutup ?
FB Akan Di Tutup ?
Kecoh jugak ya pasal nak tutup FB. Ramai yang tak setuju. Sebenarnya ini hanyalah cadangan yang mungkin akan dipertimbangan oleh kerajaan ekoran dari pelbagai penyalahgunaan di laman FB seperti yang berlaku sekarang.
Berdasarkan rekod, jumlah akaun pengguna FB di Malaysia adalah 15 juta. Satu jumlah yang agak besar dimana hampir 50% daripada rakyat Malaysia mempunyai FB. Social media yang paling popular di Malaysia.
Wajar Ke Tutup FB?
Jika di tanya kita samada wajar atau tidak FB ditutup for whatever reason, my answer should be ok coz kita bukanlah pengguna tegar FB. Jadi mungkin pendapat kita agak bias. Apapun setiap tindakan yang bakal diambil perlu dikaji. Tengok pro & cons dia. Bukan berdasarkan emosikan.
Kalau dilihat antara argument yang agak popular sekarang ni adalah FB ada kaitan dengan yahudi. So kalau kita boleh boikot produk yang lain kenapa tidak FB. Hmm...
Dari sudut positifnya pula, FB ni sebenarnya tak dinafikan banyak memberi manafaat kepada penggunanya. Antaranya merapatkan silatulrahim antara keluarga serta rakan rakan-rakan. Laman perkongsian ini juga terbukti antara meduim perkongsian ilmu yang popular. Banyak ilmu mahupun isu-isu berguna yang dikongsi dan dibincangkan di sini, yang memberi manfaat kepada ramai pengguna. Dari yang kecil hinggalah kepada yang paling dewasa.
Dari sudut negatifnya, FB juga selalu disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah dan juga perkara-perkara yang kurang elok. Namun dari segi jumlah mereka-mereka yang menyalahgunakan FB belum mencapai tahap serius. Berdasarkan laporan, hanya 2000 lapuran penyalahgunaan FN yang diterima setakat ini.
Ummaland Ganti FB?
Ummaland Ganti FB?
Jadi sebelum apa-apa keputusan dibuat, wajar kerajaan membuat kajian secara terperinci. Fikirkan tentang Pro & Cons saranan ini serta medium alternatif sebagai pengganti. Dan yang paling penting adalah sikap pengguna FB atau mana-mana media sosial. Kita perlu menjadi pengguna yang bertanggungjawab.
P/s: Kalau you all nak tau, selain dari FB, Ummaland adalah laman baru yang you all boleh join. Fungsinya hampir sama dengan FB: Ummaland: http://www.ummaland.com/. So bolehlah register pada yang belum.
1. Hadiah Misteri
2. Keletah Rakyat Malaysia
setuju juga kalau di tutup..kathy dah register pun ummaland ni..
ReplyDeletesetuju tutup..AB pun dah register ummaland.
ReplyDeletenak try juga la ummaland ni...haritu ada orang invite...
ReplyDeleteEntri terkini MINDAKABUR : Cara Untuk Mengemaskini Metadata dan Album Cover Pada Fail MP3
sebenar mana2 platform pun sama gak...yahudi "maybe" provide kita dengan platform tapi yang menjadikan ia negetif ialah kita sendiri..FB sendiri tak pernah menghalang kita daripada berdakwah dan berpesan-pesan baik antara sesama kita..bagi saya mentaliti kita dahulu yang harus diubah sebelum kerajaan mengambil keputusan nak tutup FB..
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
Setuju aje..yang penting diri sendiri kena alertkan..yang negatifnya sebenarnya dari kita sendiri...
Deleteye btl 2..
Deletesebenarnya tak setuju lansung fb ditutup. sebab banyak kegunaan di fb, seperti berniaga dan interaksi lain,
ReplyDeleteBetul tu..ramai aje yang berniaga thru facebook kan...mudah dan murah...
Deletekena register ummaland pulak..hehe
ReplyDeleteoo please la jgn tutup fb. sbb fb ni je tmpt aku knal rakan2, tmpat blaja bnyk ilmu n tmpat utk tau berita2 terkini.. sumenye dlm 1 tmpat je, iaitu fb. klau tutup, mmang rase mcm hidup dlm gua la.
ReplyDeletetak payah lah tutup.. ni tempat kita mengenal rakan-rakan lama yang terpisah, mengeratkan jurang persaudaraan kita yang lama tak jumpa... jika digunakan sebaiknya, dapatlah perkara yang baik juga..
ReplyDeleteharap fb tak ditutup.sebab dari fb saya banyak tau berita tentang isu semasa dan update dari kawan-kawan supaya tak terputus hubungan.tapi kalau ada bukti kukuh fb menyumbang kepada Israel, then y not?
ReplyDeleteSaya tak kisah pun klu nak di tutup... cuma pada saya ia ibarat marahkan nyamuk kelambu habis dibakar. Kerajaan sepatutnya ada kaedah yg bijak dlm mengawalnya. Ibarat kemalangan motor gejala mat rempit & sebagainya yg lebih tinggi tu, tiada pula alasan nak diharamkan motor... Umat islam kena bijak.. buat dawn raid & ambil alih saham fb tu. Hmm saya pun cakap shj. Tp, apa2 media sosial pun ada yg baik & ada yg buruk... wallahualam.
ReplyDeleteApa-apa akaun laman sosial pun, bergantung kepada kita juga untuk menggunakannya sama ada baik atau buruk..Kalau fb ditutup pun , ada je cara lain kalau orang nak buat fitnah atau nak salah gunakan..sepatutnya individu tersebut yang dikenakan tindakan, bukan fb yang ditutup..hanya pendapat~
ReplyDeletebtui btui btui
DeleteExactly Wanie...Medium apa sekalipun harus digunakan dengan cara yang betulkan...Tindakan ke atas mereka yang tak bertanggungjawab ni perlu...at least sebagai pengajaran kepada yang lain...
DeleteSaya sokong pendapat Raudzah.
ReplyDeleteOhh..Ummaland adalah 1 of pengganti FB ke?
Patutlah ramai invite saya.
Saya pun dah jarang sangat-sangat FB ni..just guna untuk share entri blog je.
kalau FB ditutup, syukur Alhamdulillah, banyak sejarah pahit pasal FB ni. Ada kes suami-isteri bercerai pasal FBlah, mana taknya si bini jumpa pakwe lama, yang si suami jumpa awek lama.
ReplyDeleteapa2 semuanya terpulang pd pengguna...klu tujuan yg x elok...x elok la jadinya...pada noe klu nk tutup pun x kisah...sbbnya ianya byk beri kesan yg elok pada remaja n kanak2...sbb golongan ini masih kurang mampu tuk membezakan perkara yg elok n x elok...n x mampu nk fikir impak di atas satu2 tindakan yg mereka buat...
ReplyDeleteOkje rajin gak berfb ni....tp kalau dah kena tutup....tak kisah pun....ok jer hehe...
ReplyDeleteTulah bukan FB aje semua pun ada pro and cons....terpulang pada kita sendiri nak memacunya sebenarnya
I don't think it is possible.
ReplyDelete
ReplyDeleteشركة كيان لنقل العفش بالرياض والمدينة المنورة وجدة ومكة والطائف والدمام تقديم لكم دليل كامل لشركات نقل العفش بالمملكة العربية السعودية
نقل عفش شركة كيان
دليل شركات نقل العفش
شركة نقل عفش بالمدينة المنورة
شركة نقل اثاث بالرياض
شركة نقل عفش بجدة
شركة نقل عفش بمكة
شركة نقل عفش بالطائف
شركة نقل عفش بينبع