Hukum Solat Berjemaah Tapi Duduk Saf Berasingan
Cara Solat Berjemaah Dalam Saf Yang Sempurna
Solat Berjemaah Dalam Saf
Apabila kita solat berjemaah pasti lafaz yang biasa kita dengar imam ungkapkan adalah, "Luruskan Saf" atau "Rafatkan Saf". Namun berapa ramai yang benar-benar mengikuti arahan imam tersebut? Dan berapa ramai yang benar-benar mengetahui apa maknanya meluruskan saf atau merafatkan saf. Dan apakah hukumnya solat berjemaah tapi duduk berasingan saf.
Saf Pertama Adalah Saf Terbaik
Sebenarnya dalam Islam, para ulama sepakat bahawa saf pertama adalah saf terbaik dan besar keutamaannya bagi jemaah lelaki dalam bersolat. Manakala bagi saf jemaah perempuan, saf paling utama adalah saf paling akhir sekali.
Sabda Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah :’Sebaik-baik saf barisan lelaki yang paling depan, dan yang terburuk ialah yang paling belakang, dan sebaik-baik barisan perempuan yang terakhir, dan yang terburuk ialah yang paling depan.’’ (Riwayat Muslim)
Saf Sebelah Kanan Lebih Baik Dari Saf Kiri
Disebut juga di dalam hadis Rasulullah s.a.w. bahawa saf di sebelah
kanan mempunyai lebih keutamaan berbanding saf di sebelah kiri.
Daripada Aishah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat terhadap orang yang berada di saf sebelah kanan."(Riwayat Ibnu Majah)
Solat Dalam Saf Yang Sempurna
Solat dalam saf yang sempurna adalah apabila jemaah:
1. Merapatkan bahu dengan bahu orang yang solat bersebelahan dengannya.
2. Merapatkan lutut dengan lutut orang yang solat bersebelahan dengannya.
3. Merapatkan buku lali dengan buku lali orang yang solat bersebelahan dengannya.
3. Merapatkan buku lali dengan buku lali orang yang solat bersebelahan dengannya.
Mengapa Perlu Solat Dalam Saf
Daripada 'Abdullah B. 'Umar, bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:
Luruskanlah saf-saf, rapatkanlah bahu-bahu, tutuplah celah-celah (di kanan dan kiri di antara kamu), dan berlemah-lembutlah terhadap saudara kamu, serta jangan biarkan ada celah-celah untuk Syaitan. Sesiapa yang menyambungkan saf, Allah akan menyambungkan hubungan dengannya dan sesiapa yang memutuskan saf, maka Allah akan memutuskan hubungan dengannya. (Hadis Riwayat Abu Daud, Sunan Abi Daud, Kitab as-Solah, 2/309, no. 570. Dinilai Sahih oleh al-Albani, Shahih Sunan Abi Daud, 2/166, no. 666)
Hukum Solat Berjemaah Dalam Saf Berasingan
Sah solatnya tetapi kurang pahala saf. Dengan syarat jemaah berada tidak jauh lebih daripada 300 meter.
terima kasih atas perkongsian...kadang kita terlepas pandang kan...^_^
ReplyDeleteYou are most welcome MA..
DeleteYang jarak 300meter tu baru tau... Rasanya kalau di Masjidil haram tu...ada yang lebih dari 300meter...macamne ye?
ReplyDeleteKalau kat Masjidil Haram pasti ada pengecualian BM..Allah maha adil..Yang penting dalam keadaan biasa jangan kita berada di garis ke 300 meter. Datang awal ke masjid dan rebutlah saf berhampiran imam..
Deletealhamdulillah..sejuk baca entri kali ni
ReplyDeleteThanks Dear..
Deleteketuk juga cik blue bird..mmg semenjak dua pagi asyik bird lku iklan kaya2 tu hii sekejap jer..tu klu bernasib baik..sugguh pelik minggu ni
ReplyDeleteBluebirds tak diperlukan disini ya..he..he
DeleteNice sharing. Ramai yg takde ilmu solat berjemaah. "Rebonding"kan saf nye pun tak tau. :D
ReplyDeleteBetul tu Ana..sama-sama kita belajarkan..
Deletesalam. nice sharing sis...lama rasanya sy tak solat jemaah :(
ReplyDeleteWasalam Ita..ada peluang boleh berjemaah kan. Di rumah mahupun di masjid atau suraukan..
Deletealhamdulillah, .. nice sharing kak, mama selalu dpt berjemaah dengan suami walaupun tak ke surau atau masjid
ReplyDeleteT.kasih atas perkongsian..
ReplyDeleteBerjemaah mmg lebih baik, tetapi kita mmg perlu juga tahu agar jemaah kita tidak kurang pahala atau menjadi sia2.. Thanks sharing Raudzah.
ReplyDeletethanks for sharing raudzah...mmg ada nampak yng solat berjemaah tapi berasingan...
ReplyDeleteTapi itulah.. Kalau tgk skrg org solat berjemaah tapi x rapatkan saf
ReplyDelete