Doktor Paling Di Percayai Di Malaysia
Doktor Paling Di Percayai Di Malaysia
Doktor Paling Di Percayai
Doktor paling dipercayai oleh rakyat Malaysia. Inilah rumusan kaji selidik yang dilakukan ke atas rakyat Malaysia. Sejujurnya jawapan ni bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana kalau tak percaya pada doktor tentu tak akan ramai yang ke hospital bila sakitkan. Yalah ini berkaitan dengan nyawa. Pastinya kita tak akan mengambil risiko berjumpa dengan mereka yang bukan pakar, walaupun ada juga yang berjumpa dukun/bomoh kalau sakit.
Selain daripada doktor, cikgu dan professor juga adalah antara profession yang paling dipercayai oleh rakyat Malaysia. Yang ni kita pun tak terkejut coz kalau kita tak percaya kepada cikgu atau professor, tentu tak ramai yang akan ke sekolah atau ke universiti kan. Ilmu yang diajar cikgu itulah yang tersemat dalam hati kita sejak kecil lagi. Bayangkan kalau ilmu yang diajar cikgu tu tak tepat, mungkin ramai yang dah tak jadi "orang' kot sekarang ni. So terima kasih untuk cikgu-cikgu dan prof-prof yang telah berkongsi ilmu dengan kita sejak dari kecil. Jasa semua tak akan kita lupa sampai bila-bila.
Ahli Politik Paling Tak Di Percayai
Kalau doktor, cikgu dan professor menduduki tangga teratas, menteri, ahli koporat dan juga ahli politik menduduki 3 tangga tercorot. Dalam erti kata lain, profession yang paling tak dipercayai di Malaysia. Waduh..berat ni..nasib baik tak jadi orang politik ya. Apa-apa pun kita tak terkejut dengan rumusan ni coz kebanyakan janji-janji orang politik adalah janji manis yang selalu di ungkapkan menjelang pilihanraya. Selepas pilihanraya, Alhamdulillah kalau ada yang terlaksana. Kalau tak ia akan jadi manifesto yang tiada due date. Diperbahrui setiap 5 tahun sekali.
Kesimpulannya, tahniah untuk doktor, cikgu dan juga professor yang mengungguli carta kepercayaan rakyat Malaysia. Dan kepada ahli politik, jadilah ahli politik yang bertanggungjawab. Bekerja untuk rakyat bukan untuk kepentingan ahli keluarga dan juga rakan-rakan rapat ya. Ingatlah setiap pekerjaan kita adalah amanah dari Allah. Kalau pecah amanah, besar akibatnya. Sengsara di dunia dan juga diakhirat. Peringatan untuk diri kita juga walaupun my profession tak termasuk dalam list. he..he
fakta tu sangat betul...hehehe..takkan demam nak cari bomoh pulak..
ReplyDeleteKan..tapi ada jugak yang prefer bomoh...serasi katanya..he..he
DeleteThanks :) to Malaysian for trusting us.
ReplyDelete* Patient akan luahkan segala masalah pada doktor untuk kurangkan stress. Mereka tak mungkin ceritakan pada orang lain.
* Kaunselor sekolah paling tak dipercayai murid2. From my own experience handling pelajar sekolah.
Congrats Doc..part kaunselor tu mungkin ada juga yang tak amanahkan..
Deletehehehe....dah sah2 kena percaya doktor kan....sape lg la yg nak dipercaya...hehehe...
ReplyDeletedah lama x singgah sini... bloggerati...
Welcome back Noe...Thanks for the klik-klik..
Deletemacam nak setuju je..
ReplyDeletemacam aje..he..he
Deletesalam. hmmm..sy setuju..
ReplyDeletep.s menabung bloggerati by Nuffnang :)
Thanks Ita...
DeleteUrmm.. ade juga Dr. yang Nurul kurang percaya.. haha.. tak pegi dah klinik dia.. tukar klinik lain but.. ya.. still Doctor juga kan? hahhaa
ReplyDeletekan..still doctor cuma lain clinic aje ya..he..he
Deletehehe..mmg betul2..msti la kna pecaye doktor..klau sakit msti kita rjuk..klau cikgu pulak lagi larr..sbb 2 kita pi sekolah..
ReplyDeleteExactly Cik Tim...
DeleteSo true :-)
ReplyDeleteNormally orang lebih mudah percaya dengan cakap doktor lagi dari cakap orang politik. Orang-orang politik ni sembang lebat je lebih.
Tulah SY. Orang politik ni kadang-kadang sembang aje extra..bagi yakin ya..he..he
DeleteSuka pesanan last tu...amanah dgn apa yg diberi...
ReplyDeleteAmanah pentingkan mama..kalautak amanah kerja apa pun pasti sukar..
Deletesetuju ! yang last tu pesanan yang best !
ReplyDeletejadilah ahli politik yang berwibawa....
Yea..boleh jadi orang politik ni..he..he
Deleteahli politik..dgn boom sana boom sini..hmmm
ReplyDeleteaah doktor insan paling yumida percayai jugak
sis nak tanye..mcm mana nak letak link bwh entry mcm sis buat tu?
yumida ada try buat melalui edit dlm kod html, tapi ia keluar kat semua entry di homepage blog. mcm duplicate link. yg sis punya xde, hide di homepage.
Which one yumida...The seven links or nrelate..kalau the seven links rasanya automatic kot coz of the read more function. The whole article tak pop up kan..
DeleteKalau nrelate memang kita set tak nak appear dekat homepage. cuma dekat posting aje...
yg 7 links tu kak
Deleteyumida punya keluar..maybe pakai tutorial read more yg lain kot
yg nrelate tu mcm mana nak set supaya x keluar kat homepage?
Ooo..ok. In that case, Yumida try set Nrelate first. Mungkin automatic tak appear kat homepage kot.
DeleteUntuk nrelate tu, bila dah install dia akan minta kita choose which version of the widget yang kita nak install. So yumida pilih Post Only. Bukan Post & Homepage k. Then proceed macam biasa. Cuba ya. In Shaa Allah jadi...
owh ada terjah td yg nrelate tu
Deletenak tanya, mcm mana akak letak kod 7 links tu?
coz yumida letak selepas kod html blog ''
sama erk dgn cara akak letak? ke akak guna cara lain?
sorry byk tanya..gigih nak pasang ni..hihi
kod tu x keluar pulak kat komen ni
Deletekod lebih kurang mcm ni: data:post.body
Ooo..ok..kita guna "Source" code.
Deletesource
Then copy & paste for the rest of the link..Good luck k..
Sorry yumida, link kita tak appear dalam original version html. Tapi yumida sure tau source code kan ada URL dan juga description words. Kalau tak sure, just right klik atas "source" code and check for inspect element. copy paste aje. Good luck ya..
Deletethanks utk guideline
Deletedah jumpe source kod tu
cuma kalau kat blog yumida nanti x tahu nak paste kod tu kat mana
kalau before ni yumida just paste below datapostbody
menjadi..cuma links tu keluar setiap artikel homepage (duplicate links)
maybe penggunaan readmore tu kot yg hide links akak tu
blh yumida tahu akak pakai tutorial buat readmore yg mana 1
yumida guna yg ni: READMORE
Ok now I know your problem. Sebenarnya kita masukkan link tu kat dalam each new posting. Cut & paste. Not in the template coz kita selalu tukar-tukar link tu..& untuk read more function, kita tak sure which one coz this template comes with the read more function..Kita just adopt.... camne tu..maybe you can try the cut & paste first. Then we will see whether dia still appear or not...
DeleteWah... Fakta yg menarik... Anda kerja apa ye. Sekadar ingin tahu je.
ReplyDeleteMKL nak tau kerja kita ke.
DeleteKita ni consultant tak bertauliah ..Ok ke..he..he
yela..kalao doc ckp esk mati kita pun prcya esok mati ..huhuhu
ReplyDeletesetuju...kalau puteri pun ahli politik will be last...hehe
ReplyDeletesony and promoted content :)
ReplyDeleteAhli politik..yg last ..hehe
ReplyDeleteOf kos laa caye kat doktor, lau tak masakan sakit sikit pun nak gi klinik kan? Ahli politik mmg tak dipercayai pun kat malaysia ni. Pasal ramai sgt suka main rasuah. Ana salah seorang golongan yg tak percayakan politik menteri atau seangkatan dgnnye. :)
ReplyDeleteDoktor yg kat bawah jambatan je yg org kurang percaya hehee...
ReplyDeleteBloggerati... :)
Politicians, that's really true!
ReplyDeleteYes... Sbb tu doktor kata pe org ikut je..
ReplyDeleteapapun profesinya yang penting bisa menjalankan amanah itu penting sekali, terima kasih sudah berbagi artikel yang menarik
ReplyDelete