Jenazah Juruterbang MH17 Selamat Di Kebumikan

 
 Kapten Wan Amran Wan Hussin

Jenazah Juruterbang MH17 Selamat Di Kebumikan

 
Setelah 48 hari kejadian pesawat malang MH17 yang terhempas di Ukraine, akhirnya jenazah juruterbang pesawat tersebut, Kapten Wan Amran Wan Hussin bersama 8 yang lain tiba di KLIA pada pukul 8.15 pagi tadi untuk disemadikan di bumi Malaysia. Ketibaan sembilan jenazah disambut cuaca mendung dan hujan renyai-renyai.

Keadaan cuaca hujan dan mendung itu seolah-olah menyelami suasana sedih dan sebak hadirin di kawasan kompleks itu termasuk waris mangsa dan warga syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) yang hadir lengkap beruniform. 

Jenazah pertama yang diturunkan ialah juruterbang Kapten Wan Amran Wan Hussin diikuti penumpang Subashini J.Retnam dan yang terakhir iaitu warga Belanda Fun Shun Po.

Biarpun cuaca mendung dah hujan, ianya tidak menghalang upacara istiadat penghormatan bagi sembilan jenazah tersebut dijalankan. Selain daripada jenazah kapten Wan Amran Wan Hussin, Istiadat penghormatan itu juga turut melibatkan juruterbang Kapten Eugene Choo Jin Leong, pembantu juruterbang - Muhamad Firdaus Abdul Rahim dan anak kapal Sanjid Singh Sandhu.

Setelah selesai istiadat penghormatan, jenazah Kapten Wan Amran dibawa ke Masjid  Shah Alam untuk disembahyangkan sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Seksyen 2, Shah Alam. Semoga Roh arwah ditempatkan bersama mereka-mereka yang beriman. Al Fatihah.

 Inilah Perjalanan Terakhir Kapten Wan Amran Wan Hussin

Embedded image permalink
Ketibaan Pesawat MH19 Yang Membawa 7 Jenazah Warga Malaysia Dan Dua Belanda Selamat Tiba Di KLIA Pada Pukul 8.30 Pagi
Embedded image permalink 
Barisan Kapten MAS yang hadir memberikan penghormatan terakhir pada rakan setugas mereka.
 
Jenazah Kapten Wan Amran Wan Hussin Yang Pertama Di Turunkan
 
Jenazah Kapten Wan Amran diusung oleh rakan juruterbang di Masjid Shah Alam

Embedded image permalink 
Embedded image permalink 
Jenazah Kapten Wan Amran Wan Hussin tiba di Tanah Perkuburan Seksyen 21

 Embedded image permalink 
Isteri Dan Dua Anak Kapten Yang Mengiringi Jenazah 
  
Sayu Tapi Tenang

Comments

  1. Alhamdulillah..selamat sampai setelah sebulan lebih tak di kebumikan. Alfatihah utk arwah dan salam takziah buat keluarga mangsa mh17.

    ReplyDelete
  2. Takziah buat keluarga mangsa... Al Fatihah... aamiin.

    ReplyDelete
  3. salam takziah keluarga mangsa MH17..bila lihat siarang langsung tentang ketibaan jenazah ni.sedih sngat2,,

    ReplyDelete
  4. takziah buat keluarga mangsa yang kehilangan orang tersayang.al-fatihah

    ReplyDelete
  5. Innalillahhiwainnailaihirajiu'un..
    Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman:(

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah... Selesai sudah... Salam takziah utk klrga mgsa...

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan arwah. Semoga ditempatkan dikalangan orang yang soleh

    ReplyDelete
  8. semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, semoga roh2 aman disisiNya...

    ReplyDelete
  10. Akhirnya beliau pula diterbangkan... Salam takziah dan semoga rohnya aman dirahmati Allah SWT

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat