Petua Berjaga Malam


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjO-frTiZ-7BaPaLEKsFxHxfHKK3_H2n1nPJTMAFACZ6CpF0VKngGD1Paq1wmmvDoyj7uL5zxJQCES8amd4JmwSjqdC5tvJktX71OIblP4uVYVGlF5Sxds8MDO9i_Iylr5xNn9JNprC6Bpi/s400/Big-eared-townsend-fledermaus.jpg 
Hati Kelawar Boleh Hilangkan Rasa Mengantuk

Petua Berjaga Malam


Pagi tadi semasa kita mencari sebuah buku yang hilang, kita terjumpa sebuah buku yang agak menarik tentang petua-petua orang lama. Buku ni dah berusia hampir 50 tahun. Kira dah agak lamalah..so petua-petua yang dikongsi pun sememangnya petua orang dulu-dulu. Banyak perkataan yang kita tak faham dan pertama kali kita dengar pun. Jadi kita rasa ada baiknya kita kongsikan dengan you all semua. Jadi kita boleh belajar sama-sama. Satu hari satu petua. Dan untuk hari ni kita pilih petua pertama yang dikongsi dalam buku ni iaitu petua berjaga malam. Bila baca petua kita pun terpikir, kalau kita amalkan petua ni sure tak akan tidur malam punya. Memang mujarablah. Kalau you all tak percaya jom kita tengok apa kata Mr Lob:

Actually ada lima petua yang dicadangkan tapi kita pilih empat aje coz yang satu lagi agak common. Tak menggunakan bahan-bahan ekskotik macam dibawah ni:

1. Gunakan Kapur Barus 

Kapur barus tersebut hendaklah dicium beberapa kali, Bau kapur barus ini boleh membantu berjaga malam coz ia akan menghilangkan rasa mengantuk. Maunya tidak. He..he

2. Hati Kelawar

Hati kelawar juga sering digunakan untuk berjaga malam. Jika diletakkan di atas pusat ia akan menghilangkan rasa mengantuk. Mana nak cari hati kelawar ni...hmm...agak-agak kalau amalkan selalu mesti jadi macam kelawarkan. Tidur siang malam berjaga. 

P/s: Hati kelawar better than Hati nyamukkan..

3. Bulu Burung Hantu

Bulu burung hantu juga boleh digunakan untuk berjaga malam. Caranya senang aje. Letakkan ia di bawah bantal bagi menghilangkan rasa mengantuk. Dengar nama burung ini aje dah seram. Inikan pula tidur sekali. Confirm tak tidur ni..

4. Bulu Harimau Akar 

Bulu harimau akar juga sangat membantu untuk berjaga malam. Letakkan ia di telinga sepanjang malam. Rasa mengantuk akan hilang. Hmmm...ganas petua ni...confirm seram nak tidur. 

Cukuplah 4 aja. Nak dapat "bahan-bahan" nya pun dah cukup sukar rasanya. Tapi yang pastinya kalau kita lah disuruh mengamalkan petua ni sure tak akan tidur sampai pagi, Malah berhari-hari kot. Takut ooooo...Tapi kalau ada yang berani boleh lah cuba. He..he

Comments

  1. Petua no 1 tu...tak agak2 betul...hihihi

    ReplyDelete
  2. biasanya ambo amalkan petua sendiri utk berjaga malam.
    contohnya layan youtube..hihihi

    p/s:nk tukar link dgn blog ni boleh?hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Layan YouTube tu memang selalu buat AA...yang ni extraordinary sikit coz orang dulu-dulu tak ada internet...

      p/s: Sorry AA kita tak ada link exchange...yang appear Kat my blog list tu 10 pengomen paling aktif kat blog Santai . list tu mungkin kan bertukar every months kalau senarai pengomen paling aktif berubah-ubah

      Delete
  3. barang-barang yang nak diperlukan itu susah nak dapat..

    p/s : petua untuk kuat ada tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang dulu -dulu senang nak dapat kot..nway you nak kuatkan apa?.

      Delete
  4. Dasyat betul petuanya... Mmg mabuk la bau kapur barus.. Hehe

    ReplyDelete
  5. dahsyat2 petua nya :D huhu

    http://www.diarijejakahangat.com/

    ReplyDelete
  6. terbaik seyh...hehehe..

    ReplyDelete
  7. petua yg gila2...tapi sure tak tidur malam lepas tu

    ReplyDelete
  8. memang dahsyat petua ni..tak ada satu pun boleh saya amalkan..huhu

    ReplyDelete
  9. Rasa mengantuk bertukar jadi 'seram' nampaknya..

    ReplyDelete
  10. Betul ke kapur barus tu tuan admin? Bukan lagi seram ke? Hehe...

    ReplyDelete
  11. apasal lah benda yg susah nak cari tu yg mrk beri ... adeh .

    ReplyDelete
  12. Ada kesempatan nanti saya nak masuk hutan simpan gunung tahan... nak cari bulu harimau akar. Sure laku klu jual kat blog hehee.. mesti ramai blogger yg nak beli utk berjaga malam.. :D :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat