Tak Perlu Ada Ijazah Untuk Berjaya?
Tak Perlu Ada Ijazah Untuk Berjaya?
You all pernah dengar tak orang kata, tak perlu ada ijazah kalau nak berjaya atau bergaji besar. Sejujurnya, jarang kita dengarkan coz kita telah diasuh dari kecil supaya belajar rajin-rajin dan masuk universiti. Kalau dah masuk universiti tentu tujuan dia untuk mendapatkan sekeping ijazah yang diharapkan dapat memberikan jaminan pekerjaan yang lebih baik dengan gaji yang lebih besar.
Namun adakalanya ijazah juga tidak membantu. Kerana ada faktor lain yang juga penting selain daripada ijazah. Sebab tu kalau kita tengok ramai aje yang menganggur diluar sana walaupun ada ijazah. Sejujurnya bagi kita, ijazah adalah lambang kepuasan setelah kita berusaha dengan gigih untuk menuntut ilmu sehingga ke menara gading. Namun ianya bukan lah jaminan untuk kita mendapat kehidupan yang lebih baik. Yang penting adalah semangat kita untuk berusaha dan berjaya, cara kita berfikir dan kreativiti yang perlu ada pada diri kita. Kita juga perlu ikhlas dengan diri sendiri dan sentiasa positif tak kira apa jua pekerjaan yang kita lakukan.
Jadi kalau rakan-rakan diluar sana tidak berkesempatan untuk ke universiti atas apa jua alasan, jangan merasa rendah diri. Banyak aje peluang pekerjaan yang ada di Malaysia ni yang boleh membantu untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Antaranya:
Juruterbang
Tugas juruterbang datang dengan tanggungjawab yang berat dan komitmen
yang sangat tinggi. Kursus latihan yang ketat perlu sedia dipasang
diikuti dengan latihan yang berulang setiap enam bulan untuk mengekalkan
lesen yang diperlukan untuk kerja. Peranan juruterbang adalah lebih
daripada sekadar menerbangkan kapal terbang, yang perlu dilakukan dengan
selamat dan ekonomi. Gaji juruterbang boleh mencecah sehingga RM10,000 ke atas.
Ejen Hartanah
Ejen hartanah menjual atau menyewakan harta tanah kediaman, komersial
atau perniagaan bagi pihak pelanggan mereka. Mereka melihat keadaan
sesebuah hartanah dan membandingkannya dengan hartanah lain di sesuatu
kawasan untuk menilai dan mendapatkan harga yang terbaik untuk
pelanggan. Mereka juga memasarkan hartanah dan berunding mengenai
tawaran. Gaji ajen hartanah boleh mencecah sehingga RM7,000 ke atas.
Pengendali Pelantar Minyak
Seorang pengendali pelantar minyak menyelia anak-anak kapal pelantar,
dan bertanggungjawab dalam menyelia operasi harian di pelantar minyak.
Tugasnya memberi jadual pekerjaan, mengenal pasti jika ada pemasangan
baru yang perlu dibuat dan menjaga peralatan servis di pelantar minyak.
Pengendali pelantar minyak merupakan penyelaras yang sentiasa berhubung
dengan semua krew di pelantar minyak. Gaji pengendali pelantar minyak boleh mencecah sehingga RM15,000 ke atas.
Ejen Insurans
Tugas utama ejen insurans ialah menjual produk syarikat kepada pihak
yang berminat. Untuk menyempurnakan tugasan ini, ejen insurans mesti
aktif dalam mencari pelanggan baru dan menerangkan jenis insurans yang
mungkin dapat membantu pelanggan. Dalam usaha untuk menjual produk
mereka, mereka juga perlu memahaminya dengan mengikuti perkembangan
kadar dan dasar-dasar yang ditawarkan oleh pelbagai syarikat insurans
lain. Gaji ejen insurans boleh mencecah sehingga RM4,500 ke atas.
Penasihat kewangan
Penasihat kewangan menyediakan pelanggan dengan nasihat mengenai
perkara-perkara kewangan seperti membuat cadangan mengenai cara-cara
terbaik untuk menggunakan wang mereka. Peranan ini melibatkan
penyelidikan pasaran dan memberi nasihat kepada pelanggan mengenai
produk dan perkhidmatan yang disediakan, memastikan mereka menyedari dan
memahami orang-orang yang memenuhi keperluan mereka, dan kemudian
mendapatkan jualan. Gaji ajen hartanah boleh mencecah sehingga RM7,000 ke atas.Gaji yang dipohon = RM3,000 dan ke atas.
Wireman
Tugas seorang wireman atau pendawai adalah berkenaan pemasangan dan pembaikan pendawaian elektrik. Pendawai boleh bekerja dalam pelbagai tetapan sama ada dalam kediaman ataupun bidang komersial. Pendawai memasang pendawaian elektrik dan pada masa yang sama memastikan keselamatan menerusi sistem perlindungan api. Gaji seorang wireman boleh mencecah sehingga RM50 sejam ke atas.
Chargeman
Chargeman mengendali, menyenggara, merancang dan menyelia kemudahan dan
pengurusan utiliti dan aktiviti operasi dalam premis syarikat. Selain
itu, mereka menyelesaikan masalah dan membetulkan kegagalan elektrik
pada panel voltan, gen-set, peralatan elektrik, lampu, sistem pendawaian
dan aksesori. Mereka juga bertanggungjawab dalam mengamalkan dan
mengikuti prosedur kerja, pengemasan, dasar keselamatan dan mematuhi
semua undang-undang, peraturan yang berkaitan dengan sistem elektrik. Gaji Chargeman boleh mencecah sehingga RM5,000 ke atas.
Usahawan
Last but not least pastinya usahawan. Yang ini semua orang boleh buat. Pilih aje nak jadi usahawan secara kecil-kecilan atau besar-besaran. Janji kena rajin dan kreatif. Jangan ada perasaan dengki dan juga kedekut atau tamak nak cepat kaya. kalau gagal sekali jangan megalah. Cepat bangkit dan jadikan kegagalan satu pengajaran.
Pilihan yang terakhir rasanya yang paling mudah untuk mencuba. Yang lain-lain, perlukan kemahiran yang lebih terperinci.
ReplyDeletenak berjaya tips mudah je, jangan beri banyak alasan dan jangan selalu sangat merendah diri.. kena sentiasa positif kan kak...
ReplyDeletesinggah menabung buat akak..
erk. nk jd pilot lg susah drpd dpt degree hehe
ReplyDeleteSikap yang positif lebih penting...
ReplyDeleteSekeping ijazah x menjanjikan apa2 kalau kerja tak diniatkan sebagai ibadah.
ReplyDeletebetul tu... ijazah tu mcm bukti kita menuntut ilmu je... tpi nk tuntut ilmu x smesti ada ijazah or sijil ... begitu juga... ijazah tak jamin kerja yg bgus..
ReplyDeleteantara entri yang panjang dari sis..hehehehe.. be positive,think positive..
ReplyDeletesama ada belajar atau kerja , biarlah semuanya kerana Allah ...
ReplyDeleteSaya ada dengar org ckp mcm tu.. tp pada pendapat saya org yg cakap mcm tu mcm ada ego sikit. Org yg tak belajar tinggi tp berjaya lebih dari mereka pun pasti nak anak2 mereka berjaya dlm pelajaran.. tak relevenlah ckp mcm tu sbb ilmu tu tak baik klu nak diukur dgn duit semata2.. Mcm Vee cakap tu.. biarlah kerana Allah.. Ilmu yg baik dpt dijadikan amalan utk bekalan di akhirat nanti.. in shaa Allah...
ReplyDeleteLacyacyd lagi.. :D
Ada ijazah pun bukan menjanjikan semua... yang penting usaha, positif dan hubungan baik kita dengan Allah...
ReplyDeleteJadi penyanyi dan pelakon ataupun pelawak pun tak payah ada ijazah, ada rezeki lebih jadi duta produk pula. Lumayan beb, tengok zizan dengan nabil. Nabil daripada motor rx-z boleh ada superbike, kereta evo lancer, ada satu rumah tu dihadiahkan oleh pemaju pada dia, padahal dia cuma datang tengok je.
ReplyDeletedan perkara paling penting utk dpt kesemua angka menarik tu ialah kesungguhan..:)
ReplyDeleteRezeki kita....Allah yg maha menentukan..
ReplyDeleteEntrepreneur is great!
ReplyDeletemama sha pun study sampai spm je, tapi alhamdulillah, gaji dah steady je sekarang.... anak dia nih haaa terumbang ambing lagi.... tapi semangat plak tengok entri ni... sebab pernah rendah diri sebab takde ijazah.. haha
ReplyDeleteSecara amnya, ada tiga jenis pekerjaan di dunia ini. 1) Yang memerlukan sijil seperti doktor, jurutera, nurse, chargeman, lecturer dll, kalau tiada sijil memang tidak boleh bekerja di dalam bidang tersebut. 2) Pekerjaan yg sebaik2nya mempunyai sijil yg berkaitan walaupun tidak wajib seperti eksekutif akaun, jurutera di kilang, dll 3) Pekerjaan terbuka yg tidak memerlukan sijil yg specific seperti pembaca berita, agen insurance, agen hartanah dll. 3/4 dari pengarah2 syarikat mempunyai sijil. Apa kesimpulannya. 1) Jika tiada sijil memang tidak boleh masuk bidang2 tertentu. 2) Peluang untuk berjaya lebih cerah jika ada sijil walaupun bukanlah jaminan.
ReplyDelete
ReplyDeleteشركات نقل عفش ونظافة ومكافحة حشرات
شركات نقل عفش ونظافة ومكافحة حشرات
شركات تنظيف بالطائف
شركة تنظيف بالطائف
شركة تنظيف خزانات بجدة
شركات تنظيف بالطائف
نقل عفش بالرياض
شركات نقل العفش بالرياض