Selain daripada puasa hari Asyura (10 Muharam) kita juga sangat dituntut untuk berpuasa pada 9 Muharram, seperti yang telah disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:
Rasulullah SAW bertanya: “Berpuasa apakah kamu ini ?”. Jawab mereka, “Hari ini hari besar, pada hari ini Allah menyelamatkan Nabi Musa dan Bani Israil serta menenggelamkan Firaun dengan askar-askarnya. Maka Nabi Musa telah berpuasa sebagai tanda bersyukur kepada Allah kerana itu kami pun berpuasa.” Sabda Nabi SAW: “Kamilah yang lebih berhak mengikut jejak Nabi Musa daripada kamu.” Dari itu Nabi berpuasa dan menyuruh sahabat-sahabatnya berpuasa pada hari itu.” (Riwayat Muslim dan Ibnu Abbas r.a)
.
Niat Puasa Sunat Muharam
.
Niat puasa Sunat 9 Muharam:
..
Niat Puasa Sunat 10 Muharram:
Kelebihan Puasa Sunat Di Bulan Muharram
Kata Ibnu Abbas r.a.: “Tidak pernah aku melihat Nabi SAW menanti-nanti puasa pada suatu hari yang diutamakan lebih daripada hari lain kecuali hari ini, iaitu ‘Hari Asyura’(10 Muharram), dan bulan puasa iaitu Bulan Ramadhan.” (Riwayat Imam Bukhary dan Imam Muslim)
Daripada Abu Qatadah r.a. berkata: “Bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya tentang berpuasa pada hari ‘Asyura (10 Muharram). Baginda menjawab: “Akan dapat mengampunkan dosa setahun yang lalu.” (Riwayat Imam Muslim)
Daripada Ibu 'Abbas r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. maksudnya: "Sesiapa berpuasa pada hari 'Arafah nescaya terhapus dosanya dua tahun dan sesiapa berpuasa satu hari daripada bulan Muharram maka untuknya setiap sehari (mendapat pahala) 30 hari." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)
1. Kisah Ice Cream
makna 3/11/2014 ke 10 muharam itu.dekat rumah ini hanya ada kelender biasa sahaja uh...
ReplyDeleteBetul tu Suri..9 Muharam Ahad ni (2/11)..10 muharam isnin ya...(3/11)
DeleteAmalan yg terlalu mudah dan besar ganjaran.
ReplyDeleteBersama merebut peluang yg dtgnya sekali aje dlm setahun..
minggu depan ni je kan 10 Muharram...insya Allah, bole la puasa haritu...^_^
ReplyDeletethanks ingatkn raudz..almost terlupa.huhuhu
ReplyDeletebetul tu, tq gd sharing ni
ReplyDeleteGood info...thanks
ReplyDeleteIn shaa Allah.. t kasih kerana mengingatkan. Semoga beroleh keberkatan Allah swt... aamiin.
ReplyDeleteok baru faham.. maksudnya 9 muharam kita boleh puasa sunat jgk..
ReplyDeleteTerima kasih atas info yang manafaat.
ReplyDeleteYou are most welcome...
Deletekalaw puasa 10 muharram je xbley ke?? 9 muharram da terlepas..
ReplyDeleteBoleh aje CH...yang utama kita mengambil berkat bulan Muharamkan...selamat berpuasa ya...
Delete