Harga Minyak Dunia Jatuh Paras Terendah
Harga Minyak Dunia Jatuh Paras Terendah
Bila baca berita harga minyak dunia jatuh ke paras terendah sejak 2010, apa yang you all rasa? Sebenarnya kita tengok ada macam-macam reaksi bila berita ni tersebar. Ada yang suka, ada yang tak suka, ada yang risau dan ada yang confuse. Secara logicnya kita semua patut ada perasaan tersebut kerana pasaran harga minyak sebenarnya berkait rapat dengan kedudukan ekonomi dunia.
Kalau dilihat kepada alasan yang diberikan oleh menteri minyak Arab Saudi, memang agak merisaukan. Menurut beliau, kejatuhan harga minyak adalah kerana permintaan minyak dijangka menurun akibat pertumbuhan ekonomi dunia yang rendah. Negara-negara kuasa ekonomi dunia seperti China dan negara-negara Eropah mengubah unjuran pertumbuhan kepada paras yang lebih rendah. Adakah ini petanda bahawa "bencana ekonomi" akan berlaku pada tahun 2015? Dan jika ini berlaku adakah kita semua sudah bersedia?
Namun ada juga yang berpendapat kejatuhan harga minyak berlaku akibat campurtangan US yang sengaja membiarkan harga jatuh pada tahap paling rendah untuk membolehkan mereka merancang keperluan jangka panjang. Hmmm..mungkin ada betul betulnya. Harap-harap Arab Saudi sebagai pengeluar utama minyak dunia lebih bertanggungjawab dalam mengawal pengeluaran minyak.
p/s: Kalau harga minyak dunia jatuh ke paras terendah, mengapa harga minyak di Malaysia semakin naik ya? (subsidi dikurangkan?). Yalah kalau dulu antara alasan kerajaan menaikkan harga minyak, adalah kerana harga minyak dunia naik. Tapi kali ni bila harga minyak dunia jatuh ke paras paling rendah, harga minyak di Malaysia tak turun juga. Masih naik..Hmmm..
persoalan yang susah kita sebagai rakyat nak jawab...
ReplyDeleteasalamualaikum..apakan daya, kena banyak bersabar dan berjimat cermat
ReplyDeleteasalamualaikum..apakan daya, kena banyak bersabar dan berjimat cermat
ReplyDeleteSebab subsidi telah diturunkan & secara tak sengaja harga minyak tempatan ternaik huhu..
ReplyDeleteTak berapa paham bab economy ni.
ReplyDeleteMmg fail lah.
Tapi, mmg terfikir kenapa minyak kat malaysia ni naik pulak?
Confuse..
Bijak pandai economy, harap dapat tolong.
Tu lah..ana pun musykil gak nih. Wpun harga minyak dunia jatuh tapi harga minyak Malaysia? Naik dan terus naik.
ReplyDeletedahsyat ye....
ReplyDeletekat msia ni rege minyak naik sebab nk cover kos2 luar jangka akibat ketidakcekapan pemerintah yang telah berlaku pada tahun 2014 nih...masa zaman tun M walaupun x dapat BRIM, tp hidup x sempit cm skang...
ReplyDeleteIni yg kita panggil 'negative correlation'..huhu
ReplyDeleteminyak kat malaysia tak turun?? tal taw lah nak jawab mcm mna..huhuhu..
ReplyDelete