Awas Serangan Taktik 'Lone Wolf'
Awas Serangan Taktik 'Lone Wolf'
Sejak akhir-akhir ni banyak cerita yang kita dengar dan baca mengenai strategi pergerakan ISIS diseluruh dunia. Nak komen lebih-lebih agak sukar kerana kita tidak berada dalam kumpulan yang terlibat dan tak tau apa aktiviti mereka yang sebenar. Kita juga tidak ingin menyebarkan propaganda negatif mengenai pergerakan yang didominasi oleh masyarakat islam seperti yang selalu di lakukan oleh pihak barat. Namun bila terbaca kisah terbaru mengenai taktik "lone wolf" yang hebat diperkatakan sekarang, kita rasa terpanggil untuk berkongsi isu ni. Yalah kita mungkin bukan salah seorang yang terlibat. tapi mana tau mungkin ada dikhalangan ahli keluarga kita yang terlibat.
Pada yang tak tau apa itu taktik "lone Wolf", ianya adalah merujuk kepada serangan ganas yang dilakukan oleh seorang individu bukan berkumpulan. Ia bertindak sebagai pencetus kekecohan. Seseorang yang hanya bersenjatakan pisau contohnya akan menimbulkan huru-hara apabila mula menikam orang ramai di sebuah kawasan membeli-belah. Keadaan mungkin akan menjadi tidak terkawal. akibatnya ramai yang tercedera mahupun terkorban. Taktik ini telah diguna pakai dibeberapa negara.
Taktik 'Lone Wolf' Di Lakukan Bersendirian
Menurut laporan terbaru, Pemimpin IS menggalakkan pengikutnya mengadakan serangan secara bersendirian. Ianya lebih mudah berbanding kumpulan. Mana-mana pengikut yang bersedia boleh melakukan serangan tersebut pada bila-bila masa. Kewujudan banyak laman web pro militan Negara Islam (IS) juga dikhuatiri menjadi punca berlakunya serangan menggunakan taktik 'lone wolf' di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Sehingga kini, terdapat sekurang-kurangnya 12 laman web yang berdaftar di negara ini yang telah digunakan oleh pihak yang berkenaan untuk merekrut militan di kalangan rakyat Malaysia. Dan rasanya ramai yang dah tau ramai rakyat malaysia yang telah menyertai kumpulan ini dengan tujuan untuk mendapat keredhaan Allah.
Dan kita percaya sebagai seorang muslim yang dewasa, kita semua dianugerahkan Allah akal fikiran yang sempurna untuk menilai yang mana baik dan yang mana buruk. Jadi sebelum kita membuat sesuatu keputusan fikirlah sehabis mungkin, kerana keredhaan Allah boleh dimiliki dimana sahaja asalkan niat kita ikhlas. Moga-moga kita semua tak tersasar dari landasan. Jauhi diri dari terlibat dari aktiviti keganasan.
mila jadi gerun dan takut Allah..
ReplyDeleteHarap-harap kita semua tak tersasar suri...
Deletetakutnya sis...harap-harap tak jadi kat Malaysia.wallahu'alam
ReplyDeletep/s:mungkin ni sekadar agenda nak memburukkan Islam
Harap-harap macam tu sal...yalah propaganda barat ada dimana-manakan...kita cuma perlu waspada aje..
DeleteNampaknye dunia sedang menunggu janji Allah. Mereka mencari pemimpin yang dikatakan akan berlaku daulah Islamiah di sebelah timur. Tapi kebanyakkannya menemui pemimpin yang salah. Militan pulak tuh. Hurm..moga2 kita didalam perlindungan Allah. Terhindar dari marabahaya.
ReplyDeleteteringat kejadian bom kat bukit bintang hari tu ... mmg susah nak bendung benda ni ... rhb n iriz sini .
ReplyDeleteokeh. memang kena ambil tahu gak bab nih.
ReplyDeletejanganlah malaysia terkena... walaupun sha kuat (konon), tapi seeremmm jugekkk....
ReplyDeletelepas satu, satu cerita. kdg2 rasa gerun membaca
ReplyDeletePerkara mcm ni mmg merisaukan... semoga dijauhkanlah...
ReplyDeleteDah macam2 ada sekarang ni..
ReplyDeleteشركة ريلاكس لنقل العفش والاثاث
ReplyDeleteشركة نقل عفش بالطائف
شركة نقل عفش بالرياض
شركة نقل عفش بجدة
شركة نقل عفش بمكة
شركة نقل عفش بالمدينة المنورة
شركة نقل عفش بخميس مشيط
شركة نقل اثاث بابها