Doa Hari Arafah
Doa Hari Arafah
Hari Arafah
Alhamdulillah, hari ni adalah merupakan hari yang istimewa buat semua jemaah haji yang berada di Mekah untuk menunaikan rukun islam yang ke lima. Pada hari ini jutaan umat islam akan berkumpul di padang arafah diantara waktu zohor 9 Zulhijjah hingga sejurus sebelum fajar 10 Zulhijjah. Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang terpenting bagi menentukan sahnya ibadah haji. Tanpa wukuf, ibadah haji akan cacat kerana Rasulullah SAW yang ditanya mengenai ibadah haji bersabda, haji itu adalah Arafah (wukuf di Arafah).
"Dari Abdul Rahman bin Ya'mur r.a katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w menyuruh seorang penyeru menyerukan : "Haji itu ialah "Arafah". Barang siapa datang pada malam tanggal sepuluh, sebelum terbit fajar, bererti dia telah mendapatkan Arafah" (Riwayat - Ahmad dan Ashabus Sunan)
Baca di sini untuk mengetahui Keberkatan Dan Kemuliaan Hari Arafah
Doa Hari Arafah
Doa Hari Arafah
Pada ketika berada di Arafah, jemaah ahji akan menumpukan sepenuh jiwa untuk melakukan ibadah kepada Allah SWT kerana Padang Arafah antara tempat yang paling mustajab doa. Disinilah tempatnya dimana jutaan jemaah haji akan menghabiskan masa membaca al-Quran, berwirid, berzikir, solat sunat dan bermuhasabah diri. Mereka akan menadah tangan berdoa supaya dosa mereka diampunkan dan segala amalan diterima di sisi Allah SWT.
Nabi Muhammad Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda: “Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah.” (HR At Tirmidzi dishahihkan Al-Albani)
Bagi kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji, kita sangat dituntut untuk berpuasa pada hari ini serta sama-sama berdoa supaya segala dosa-dosa kita diampunkan dan segala amalan kita diterima di sisi Allah SWT. Waktu doa yang paling mustajab adalah selepas jam 5 petang sehingga 11 malam ini.
Jom semua, sama-sama kita memohon doa kepada Allah. Semoga segala hajat dan doa kita dimakbulkan Allah. Aminn...
Terima kasih...Perkongsian yang sangat berguna untuk saya :-)
ReplyDeleteAssalammualaikum..raudz,
ReplyDeleteperkongsian yang dicari2 oleh bakal jemaah haji di makkah... nice sharing..
mselim3
Terima kasih..sebak rasa hati..saat membaca sambil menghayatinya..ntah kenapa?
ReplyDeletesalam jumaat, perkongsian yang sgt bermanfaat,tq blog santai.
ReplyDeletesubhannallah..moga semuanya dimaklbukan allah semuanya
ReplyDeleteTQ sharing.. InsyaAllah sama2 kita memohon kepada-NYA .. moga di terima :)
ReplyDeleteMoga ibadah kita hari ini diterima Allah. Kita berusaha selainnya kita serahkan kepada Allah... Selamat menyambut aidil adha.
ReplyDeleteSinggah kak... selamat menyambut hari raya haji kak... semoga mereka yang mengerjakan haji tahun ni, mendapat haji yang mabrur... amin
ReplyDeletesemoga mereka dalam jalankan ibadah dengan sempurna dan sihat hendaknya
ReplyDeletejom main gofl petang ini heeee...sime darby
ReplyDeleteGood info
ReplyDeleteinsyaallah satu hari nanti pasti akan ke arafah
ReplyDeleteNice sharing Raudzah.. Selamat Hari Raya Qurban :)
ReplyDeletesemoga satu masa nanti sampai jugak sha kesana...
ReplyDeletesecebis ilmu yang berguna, thx kak raudzah...
Subhanallah walhamdulillah... semoga amal & ibadah kita semua diterima.. t kasih atas perkongsian ini Raudzah.
ReplyDeletejazakillah... semoga bermanfaat utk kita semua.
ReplyDeletewww.bidadarigojes.blogspot.com