Fenomena Belalai Air Melanda Malaysia
Fenomena Belalai Air
Fenomena 'belalai air' yang berlaku dibeberapa tempat di Malaysia minggu ni agak meresahkan penduduk. Antara yang menggemparkan adalah yang berlaku di persisir pantai Serawak dan juga Sungai Petani Kedah. Sebelum ini kejadian yang sama pernah berlaku di Pantai Teluk Cempedak di kuantan, Johor dan juga Port Dickson.
Pada yang kurang pasti apa itu belalai air, ia adalah merujuk kepada fenomena pusaran angin yang berlaku di permukaan air. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, belalai air selalunya tidak bahaya kerana ia berlaku disebabkan oleh kejadian ribut petir dalam keadaan awan yang rendah.
Fenomena ini juga bukanlah puting beliung kerana ia terjadi dalam skala yang sangat kecil dan berlaku dalam masa singkat lebih kurang seminit sahaja. Fenomena ini biasa berlaku di kawasan persisiran pantai dan ia akan hilang apabila menghampiri permukaan darat. Belalai air pada kebiasaannya tidak membawa bencana kepada orang awam, namun ia boleh mendatangkan bahaya kepada bot dan kapal-kapal kecil di kawasan tersebut.
Antara fenomena belalai air yang sempat dirakamkan oleh beberapa penduduk adalah seperti berikut:
Fenomena Belalai Air Di Kedah
![Fenomena Belalai Air Fenomena Belalai Air di pantai serawak](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg1sids4MsZbPT59yvKum1R6Wdo5Jdsg_9-kvwfpXwib4OWzYvNUlP1c7TfzyNN9PSgxvN3m5EG0X5JeRzh5hzkqDxuSUGHISkuoNaKEmar42G1eOFcvNaEV4SvKbTULovBL5nfmR8yzJB8/s320/bintulu1.jpg)
Fenomena Belalai Air Di Pantai Sarawak
![Fenomena Belalai Air Fenomena Belalai Air di teluk cempedak](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhQIJkiV7MRp7C9_EAIQ0DU9F3G_ruDGkTCGcjJA0T9gyN554rpf0Lgxp6nsDhxZAESA3l0sU9EA7-fp_HAj9w3Lzg-NzguShCF5_3SrEBO69OXWJsiFpYIziJwUlyROMQKAjKcx-EgtEY/s320/kuantanstorm.jpg)
Biarpun fenomena belalai air ni dikatakan tak bahaya, tapi kita semua harus hati-hati kerana malang tak berbau. Tambahan pula cuaca yang melanda Malaysia sekarang tak menentu. Hujan lebat, petir serta angin kencang berlaku dimana-mana. Banyakkan berdoa semoga kita semua terlindung dari malapetaka.
Dah macam2 skrg ni kan... Harap dilindungi drpd smua bala bencana
ReplyDeleteMemangbanyak fenomena pelik yang berlaku di dunia sekarang ni Muz..kena banyak berdoa supaya kita dilindungi Allah..
Deletetakutnya..semoga kita semua di bawah lindungannya
ReplyDeletememang menakutkan tengok pusaran tu cik bunga...
Deletebencana alam merupakan peringatan dari Allah untuk manusia yang makin leka. Wallahu'alam
ReplyDeleteBahaya kan...cuaca tak menentu
ReplyDeletetengok gambar mcm menakutkan la kak. yg terbaru berlaku kat bintulu kn. hope lepas ni xde lagi fenomena. takut je tgk dlm gambar.
ReplyDeleteJemput akak n rakan blogger yg lain join segmen mudah ni: KLIK: 4 POWER BANK UTK DI MENANGI!
Menyediakan hadiah: 4 unit Power Bank 10,000mAh
Jemput join kalau free :)
YA ALLAH, sangat cantik tapi menakutkan.
ReplyDeleteklu allah berkehendak ianya berlaku , ia akan tetap berlaku ... 2x rhb .
ReplyDeleteSejak dua menjak ni sentiasa hujan dgn ribut petir kat port dickson. Angin bertiup kuat bila hujan. Risau sentiasa.
ReplyDeleteTgk pun dh sram kot...
ReplyDeleteMaha Suci Allah... nampak cantik je :) tapi tak tahu kan... ada marabahaya disebaliknya...
ReplyDeleteMenakutkanlah benda2 mcm ni... semoga kita semua sentiasa dilindungi... aamiin.
ReplyDeleteDunia dah akhir zaman.
ReplyDeleteMaka, Allah bagi peringatan.
Takut bila fikirkan andai ini amaran terakhir.
Walaupun katanya x bahaya.
ReplyDeleteTapi, memang kita x boleh ambik mudah.
Dah macam2 berlaku skrg ni..
ReplyDeleteharap jadi peringatan
Kat kedah tu bukan belalai air tu mmg betul2 puting beliung
ReplyDeletesubhanallah...
ReplyDelete