Perlu Ke Kempen "I Want To Touch A Dog" ?

kempen menyentuh anjing
Kempen I Want To Touch A Dog 

Kempen "I Want To Touch A Dog"


Minggu ni kita dikejutkan dengan kempen kontroversi  "I Want To Touch A Dog". Kalau dah namanya kontroversi pastinya banyak suara-suara yang menyokong dan juga membangkang. Maka banyaklah juga dalil-dalil yang dikeluarkan bagi menyokong pendapat masing-masing. 

Bagi kita sendiri apabila kita bercakap tentang anjing sensitiviti nya tetap ada. Bukan kita menghina makhluk ciptaan Allah tapi kita harus faham, anjing ni banyak kekangannya. Menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan untuk dibelai seperti kucing memang agak tidak munasabah dan tidak boleh dipandang ringan kerana anjing adalah najis berat atau mughalazah seperti babi. 


kempen menyentuh anjing
I Want To Touch A Dog 

Kita semua faham bahawa kita memang boleh menyentuh anjing jika anggota kita dan anjing itu sama - sama kering kerana tiada berlaku najis disitu. Tetapi jika salah satunya basah (antara kita dan anjing) seperti kerana peluh atau kesan jilat anjing, maka ia menjadi najis mughallazoh ( najis berat ) dan wajib basuh dengan 7 kali air bersih dan salah satunya air bercampur tanah ( samak ) pada mana - mana anggota atau pakaian kita yang bersentuhan dengan najis mughallazoh. 

Jadi sebagai seorang Islam yang punya tanggungjawab untuk menyembah Allah sekurang-kurangnya 5 kali sehari semalam, adakah kita benar-benar bersedia menjaga segala aturan di atas sepanjang masa untuk memastikan ibadah kita diterima Allah?

Dan kita juga harus ingat di dalam Islam, kita dibenarkan untuk memelihara anjing untuk tujuan berburu, menjaga tanaman, rumah dan seumpamanya. Selain daripada tujuan ini, ianya sangat tidak digalakkan oleh Islam bahkan haram jika kita dengan sengaja (tanpa sebab) memindahkan najis mughallazoh (berat) itu kepada diri, pakaian, tempat kediaman, apatah lagi tempat ibadah kita.  Malah ada pendapat yang juga menyatakan malaikat tidak akan memasuki rumah yang ada anjing didalamnya.


kempen menyentuh anjing
I Want To Touch A Dog 

Dalam kes di atas, kita tak pasti apa tujuan sebenar kempen ini diadakan secara sengaja dan terbuka kepada umum termasuk mereka yang beragama Islam tanpa sebarang sebab yang munasabah.

Jika tujuan kempen ini hanya untuk memberi tau bahawa its ok to touch a dog, jika ada keperluan, ianya boleh lagi diterima. Namun kalau "tujuan sebenarnya" lebih kepada menjadikan anjing sebagai 'pet" seperti kucing, ia tidak harus dipandang ringan. Jika dilihat daripada gambar-gambar diatas, agak meyeramkan sebenarnya kerana ianya dilihat lebih kepada tujuan yang kedua. Allah Hu Alam. Moga-moga mereka tidak tersalah langkah.



Sebagai seorang islam kita mengharapkan kempen ini bukanlah merupakan satu usaha yang dijalankan oleh pihak-pihak tertentu untuk memasukkan jarum halus kedalam jiwa umat Islam agar berubah menjadi seorang yang berfahaman liberal. Menghalalkan sesuatu yang sudah haram dengan tujuan untuk menidakkan hukum Allah. Kita tak mau nanti ada pula yang menganjurkan kempen menyentuh babi kerana hukumnya sama seperti anjing.

Untuk penganjur-penganjur diluar sana, sebelum adakan kempen fikirlah sebaik mungkin. Jangan adakan "majlis" yang boleh mengundang fitnah. Alangkah baiknya jika "kempen menyentuh anjing" ini digantikan dengan kempen "jangan menzalimi binatang termasuk anjing."  

Comments

  1. Perlu untuk pengetahuan...
    tapi x perlu untuk sampai sentuh..gromol dan buat2 muka bangga masuk fb atau mana2 saluran media

    ReplyDelete
  2. Betul tu..nk dakwah kena betul carany..

    ReplyDelete
  3. deme semua tu dah takde keje... baik tukar je tajuk kempen "I Want To Touch A Dog" kepada "I Want All Muslim To Touch A Dog" kan jelas menda tu... sebab terlalu bergantung kepada Fekah ...

    ReplyDelete
  4. allah dah bagi kucing sebagai haiwan peliharaan.
    allah tak bagi anjing jd binatang peliharaan ada sebab la.
    tapi yg dilarang tu jugak nak dibuat.

    ReplyDelete
  5. terkejut jugak bila tahu ada kempen cm nie.. mmg tak patut diadakan..

    ReplyDelete
  6. Serius tak faham umat islam sekarang ni..haish

    http://butikgebugebu.blogspot.com/2014/10/kekurangan-air-boleh-menyebabkan.html

    ReplyDelete
  7. kempen yg mengejutkan masy islam. klo kempen tu ditukar kpd jgn menzalimi anjing, pun blh disokong coz dah tahu dari nama kempen tu kita xnak berlakunya kezaliman ke atas anjing. mcm kita tahu, bila tgk je anjing automatik tgn nak genggam batu. program ni pun masih dlm siasatan.

    ReplyDelete
  8. nak buat sesuatu amal untuk mesyarakat tidak kena pada tempatnya. Sekarang ini macam- macam pesta dah...pesta arak, pesta bogel, pesta judi, pesta sentuh anjing, sedikit masa lagi pesta makan babi. Asstarfirullahaalazim..... Masya Allah.

    ReplyDelete
  9. Peluk kucing dapat pahala sebab kucing antara binatang kesayangan Rasulullah. Jadi apa kerja nak pergi peluk anjing?

    ReplyDelete
  10. sedih lagi sadi tgok rata2 anak muda melayu islam bertudung plak tuh.
    Islamik luaran tp masih lemah pegangan n ilmu nya.

    ReplyDelete
  11. perkara ini seperti memang boleh mengundang persepsi buruk kepada imej islam

    ReplyDelete
  12. kenapa mereka tak buat kempen i want to touch a cat..sebab masih ramai yang takut dengan kucing...hehe. Anyway kalau sesuatu kempen itu tidak membawa kebaikan memang tak perlulah nak buat kan

    ReplyDelete
  13. banyak lagi kempen berfaedah boleh buat..hasilnya sesama Islam yang bergaduh nak tegakkan pendapat sendiri..huhuhu

    ReplyDelete
  14. Pada saya utk pengetahuan ttg menjaga kesucian dari anjing tu mmg perlu buat kita umat islam, tapi klu sampai program besar2an mcm tak sedaplah..Betul kata nik aziz.. lepas ni, buat program 'I wanna touch the ular tedung' pulak huhu

    ReplyDelete
  15. Untuk pengetahuan memang perlu, sha memang sokong program ni... tapi bila gambar2 tu mendatangkan sensitiviti agama, macam bro khir kata laa... tak sedap mata memandang... sha tak kisah sebab atok sha pun dulu ada bela anjing, jadi takde laa sha rasa sensitif... tapi lain orang, lain fikirannya kak raudzah... hehe

    ReplyDelete
  16. Islam itu 1 dan benar....
    Cara tidak menghalalkan sesuatu perkara tetapi tidak pada keadaan selagi tidak memudaratkan diri atau sesama manusia kerana haram yang benar ialah babi dan anjing.
    contoh ialah bila kita menggunakan katak atau mungkin harimau yang haram dimakan tetapi di gunakan dalam perubatan.
    Kesilapan Persatuan Puteri ialah ia tidak menjelaskan akan tujuan dan asas kempen tersebut sebab itu ia boleh mendatangkan fitnah dan tohmahan atau salah sangka.
    Jadi fikir fikirkan laa....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat