Posts

Showing posts from November, 2014

Quote Of The Day

Image
Quote Of The Day When one door of happiness closes, Another opens, But we often look so long, And so regretfully upon the closed door, That we do not see the one , That has opened for us. Have A Great & Blessed Monday Everyone!!!! 1. Kisah Ice Cream 2. 15 Rahsia Selfie   3. Rahsia Awet Muda  4. RM10000 Dalam Masa 5 Minit 5. Hadiah Misteri Untuk Semua 6. Pilihan Ramai Rakyat Malaysia

400 Terbunuh Apabila Masjid DiSerang

Image
400 Terbunuh Apabila Masjid DiSerang Ujian untuk umat islam berlaku dimana-mana aje. Tidak kira masa dan ketika. Ketika beribadat juga turut diserang. Inilah kisah dari Nigeria yang kini dilanda perang saudara. Pasar, sekolah, masjid dan juga tempat-tempat awam menjadi sasaran. Yang terbaru berlaku pada Jumaat yang lalu apabila sebuah masjid di salah sebuah kota terbesar Nigeria diserang. Pada ketika serangan, umat islam sedang menunaikan solat jumaat.  Kejadian yang sungguh menyayat hati.  Lebih daripada 400 jemaah terbunuh. Letupan yang berlaku telah menggegarkan masjid. Mayat jemaah ditemui berselarakan diatas lantai masjid. Gumpalan besar asap hitam meliputi ruang udara.  Tinggal rangka.. Al Fatihah. Semoga mereka yang terkorban berada dibawah peliharaan Allah. 1. Kisah Ice Cream 2. 15 Rahsia Selfie   3. Rahsia Awet Muda  4. RM10000 Dalam Masa 5 Minit 5. Hadiah Misteri Untuk Semua 6. Pilihan Ramai Rakyat ...

Renungan Pagi Ahad

Image
Renungan Pagi Ahad The quieter you become, The more you can hear. So kurangkan bercakap, banyakkan mendengar ya kerana : Pesan Rasulullah SAW yang bermaksud:  "Sesiapa yang banyak bercakap banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosanya, api nerakalah yang layak untuk dirinya." (Hadis riwayat Baihaqi). Have a great & blessed Sunday everyone!!! 1. Kisah Ice Cream 2. 15 Rahsia Selfie   3. Rahsia Awet Muda  4. RM10000 Dalam Masa 5 Minit 5. Hadiah Misteri Untuk Semua 6. Pilihan Ramai Rakyat Malaysia

Harga Rumah Melampau

Image
Harga Rumah Melampau Rumah teres bakal cecah RM1 juta dalam masa 10 tahun lagi. Hanya mereka yang berpendapatan RM12000 sebulan mampu boleh beli rumah pada tahun 2020 Ada pemaju kaut untung besar sehingga lebih 50% Pembeli berpendapatan rendah dan sederhana terus tersepit.  Apa Komen you all? 1. Kisah Ice Cream 2. 15 Rahsia Selfie   3. Rahsia Awet Muda  4. RM10000 Dalam Masa 5 Minit 5. Hadiah Misteri Untuk Semua 6. Pilihan Ramai Rakyat Malaysia

Quote Of The Day

Image
For Every Minute You Are Angry, You Lose Sixty Seconds Of Happiness So Chill Everyone & Have A Great & Blessed Saturday!!! 1. Kisah Ice Cream 2. 15 Rahsia Selfie   3. Rahsia Awet Muda  4. RM10000 Dalam Masa 5 Minit 5. Hadiah Misteri Untuk Semua 6. Pilihan Ramai Rakyat Malaysia

Gaji Rakyat Malaysia Memang Rendah

Image
Gaji Rakyat Malaysia Memang Rendah Semalam kita ada berkongsi artikel  90% rakyat Malaysia tak ada Simpanan Masa Depan  atau untuk digunakan sekiranya berlaku kecemasan.  Ada pelbagai persepsi dan komen yang dibuat oleh pembaca-pembaca Blog Santai. Persoalannya adakah rakyat Malaysia sememangnya boros berbelanja atau hakikatnya gaji rakyat malaysia sememangnya rendah.  Ok, kalau you all nak tau, secara jujurnya j awapan diatas adalah berkaitan dengan gaji yang diperolehi oleh rakyat malaysia.  Menurut sumber dari KWSP, simpanan KWSP bagi rakyat Malaysia adalah sangat rendah. Ini kerana majoriti rakyat Malaysia memperoleh pendapatan yang rendah.  Berdasarkan pengagihan gaji bulanan kepada KWSP untuk tahun 2013, satu pertiga atau 2.1 juta ahli aktif KWSP mempunyai pendapatan yang kurang daripada RM1,000, lebih tiga perempat (76.8%) berpendapatan kurang RM3,000, dan kira-kira 90% berpendapatan kurang RM5,000 sebulan. Jika dilihat dari dat...

Kifarah Dan Dosa

Image
Kifarah Dan Dosa Kifarah Dan Dosa Salam Jumaat untuk semua pembaca Blog Santai. Renungan pagi yang ingin kita kongsikan dengan semua adalah kisah kifarah dan dosa. Apa itu kifarah dan kaitannya dengan dosa. Ujian Allah dalam dalam pelbagai bentuk dengan pelbagai tujuan.  Ianya berlaku kepada sesiapa sahaja. Tak kira manusia yang baik mahupun yang jahat. Kadang-kadang kita pelik kan mengapa manusia yang baik pada pandangan kita turut diuji Allah dengan pelbagai ujian. Sebenarnya inilah tanda kasih sayang Allah kepada umatnya. Ada yang diturunkan bala dan ada yang diturunkan kifarah. Kifarah adalah ujian Allah ke atas orang yang baik tetapi terlanjur melakukan kejahatan. Pada ketika itu Allah uji mereka. Allah jadikan kesusahan dalam ujian itu sebagai "tebusan" untuk menghapuskan dosa dan ketelanjurannya. Ertinya Allah membalas kesalahannya di dunia untuk melepaskan kita daripada dibalas diakhirat. Ini adalah lebih baik kerana azab di dunia adalah lebih ringa...

90% Rakyat Malaysia Tidak Ada Simpanan Masa Depan

Image
 90% Rakyat Malaysia Tidak Ada Tabungan Masa Depan 90% Rakyat Malaysia Tidak Ada Simpanan Masa Depan Serius. Laporan Pembangunan Manusia Malaysia 2013 mendedahkan majoriti rakyat Malaysia tidak mempunyai  simpanan yang mencukupi untuk membantu mereka sekiranya berlaku Kecemasan.   Penduduk luar bandar mewakili sejumlah besar golongan di atas (63%) berbanding penduduk bandar (45%). Dari segi etnik,  k aum Melayu mencatat angka tertinggi sebagai mereka yang langsung tidak mempunyai mana-mana aset/simpanan yang boleh digunakan/dicairkan untuk tujuan tersebut.  90% Rakyat Malaysia Tidak Ada Simpanan Masa Depan Berdasarkan laporan diatas, secara purata satu daripada dua orang Melayu, Bumiputera bukan Melayu, Cina dan India tidak mempunyai simpanan yang boleh digunakan sekiranya berlaku sesuatu kepada mereka. Ini menjadikan kebanyakan daripada rakyat Malaysia berisiko tinggi dari segi tanggungan sekiranya berlaku kehilangan pendapatan atau peke...

Jangan Takut Untuk Membantu

Image
Renungan Pagi Khamis Salam Khamis untuk semua pembaca Blog Santai. Renungan pagi untuk kita semua. Jangan takut atau terlalu berkira untuk membantu mereka yang memerlukan, Kerana kita tak tau, bila dan ketika kita perlukan pertolongan mereka. Jom Semua, Bantu Mereka Semoga hari ini adalah lebih baik daripada semalam.. 1. Kisah Ice Cream 2. 15 Rahsia Selfie   3. Rahsia Awet Muda  4. RM10000 Dalam Masa 5 Minit 5. Hadiah Misteri Untuk Semua 6. Pilihan Ramai Rakyat Malaysia

Dahsyatnya...Kanak-Kanak Di Dera Pengasuh

Image
Dahsyatnya...Kanak-Kanak Di Dera Pengasuh You all dah tengok video ni...hmmm..kejamnya manusia ni...biarpun video ni berlaku di Uganda, tapi tak mustahil ianya boleh juga berlaku disini kan... Dalam video ni seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun telah dibaling ke lantai sebelum dipukul, dipijak dan ditendang oleh pengasuhnya.  Bagaimana pun tindakan si pengasuh, Jolly Tumuhiirwe, 22, yang menyiksa Aneela Kamanzi kerana muntah selepas makan malam dirakam melalui CCTV di ruang tamu rumah keluarga Kamanzi. Di fahamkan  pengasuh kejam ini dilaporkan mengalami kecederaan yang serius apabila dibelasah oleh Kamanzi, manakala  kanak-kanak malang ini  telah meninggal dunia pada 15 November yang lalu. Hmmm...kesiannya dia... 1. Kisah Ice Cream 2. 15 Rahsia Selfie   3. Rahsia Awet Muda  4. RM10000 Dalam Masa 5 Minit 5. Hadiah Misteri Untuk Semua 6. Pilihan Ramai Rakyat Malaysia

Renungan Pagi Rabu

Image
Renungan Pagi Rabu No matter how good or bad you think your life is, Wake up each day and be thankful for life, Some one somewhere else is fighting to survive Have a great wednesday everyone!!! 1. Kisah Ice Cream 2. 15 Rahsia Selfie   3. Rahsia Awet Muda  4. RM10000 Dalam Masa 5 Minit 5. Hadiah Misteri Untuk Semua 6. Pilihan Ramai Rakyat Malaysia

Di Tampar Hingga Mati Kerana Tak Tahan Di Ejek

Image
Di Tampar Hingga Mati Kerana Tak Tahan Di Ejek Di Tampar Hingga Mati Kerana Tak Tahan Di Ejek Di Tampar Hingga Mati Kerana Tak Tahan Di Ejek. Kalau baca sekali imbas memang tak masuk akal. Bayangkan hanya kerana diejek oleh seorang budak yang berusia 3 tahun, seorang dewasa yang berusia 30 tahun mengambil keputusan ‘melarikan’ mangsa dengan keretanya sebelum menampar kepala kanak-kanak malang itu berkali-kali sehingga pengsan. Panik dengan keadaan mangsa yang berbuih dimulut, suspek mencampakkan mangsa di tepi sebatang sungai di Kampung Jempangah dengan harapan mayat mangsa dihanyutkan ke laut. Hmm..kejam & sungguh menyedihkan.. Walaupun tak masuk akal, tapi itulah hakikatnya yang terpaksa diterima oleh ibubapa mangsa. Dalam kejadian di atas, suspek adalah seorang OKU yang cacat kakinya kerana kemalangan. Beliau yang disahkan tiada mengalami masalah mental, mengaku sudah lama menyasarkan mangsa kerana berasa sakit hati setiap kali diejek mangsa. Hari kejadian adalah ...

Renungan Pagi Selasa

Image
Renungan Pagi Selasa Salam Selasa untuk semua pembaca Blog Santai. Sekadar renungan Bersama: Jangan menunggu kaya dulu baru bersedekah, Tapi bersedekahlah niscaya kita akan menjadi kaya, Jangan menunggu ikhlas dulu baru bersedekah, Tapi bersedekahlah niscaya kita menjadi ikhlas, Jangan menunggu lapang dulu baru bersedekah, Tapi bersedekahlah niscaya hati kita akan menjadi lapang, Jangan menunggu nikmat dulu baru bersedekah, Tapi bersedekahlah niscaya nikmat akan bertambah. Jom bantu mereka SALURKAN SUMBANGAN IKHLAS ANDA KEPADA RUMAH JAGAAN & RAWATAN ORANG TUA AL-IKHLAS  .  Lokasi:  Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong Alamat Penuh: Lot 3530, Jln Bt 18, Kg Pulau Meranti, 47120 Puchong, Selangor.  No. Hphone : 016-6786364  Diuruskan oleh: Muji binti Hj Sulaiman (Jururawat) Jumlah Pekerja : 5 Org Status Rumah : Masjid Lama (Diwakafkan) Jumlah Orang Tua : 30 orang  Nama Bank : Al Rajhi Nama Akaun Bank...

Awas Panahan Petir

Image
Awas Panahan Petir Awas Panahan Petir Sekarang ni dah masuk masuk musim tengkujuh. Bila sebut musim tengkujuh, mesti topik utama yang sering di bincangkan adalah banjir. Sana sini dah banjir sekarangkan. Semoga semuanya terkawal. Selain daripada banjir, pastinya musim tengkujuh datang dengan ribut dan petir.  Sejujurnya, dari kecil kita paling takut kalau ada ribut dan petir. Kalau dulu-dulu bila ada ribut dan petir, terus masuk tidur. Selimut sampai tutup kepala. he..he..Dan sekarang perasaan tu masih sama. cuma tak cari selimut aje. Dan yang paling kita risau kalau sedang memandu. Hmmm..memang mengucap ajelah. Berdasarkan kajian, Malaysia adalah antara 10 negara yang mengalami ribut petir yang paling kerap. Secara purata, Malaysia mengalami sebanyak 180 hingga 200 ribut petir dalam setahun berbanding dengan negara-negara barat. hmm..boleh tahan banyak tu. So hati-hati semua. Elakkan diri dari dari melakukan perkara-perkara yang merbahaya serta berada di kawasan ya...

Bacalah Ayat Ini Jika Di landa Masalah

Image
Bacalah Ayat Ini Jika Di Landa Masalah Salam Isnin buat semua pembaca Blog Santai. Renungan pagi  Blog Santai  yang ingin kita kongsikan dengan semua adalah cara untuk kita menangani masalah. Setiap dari kita diuji Allah dengan pelbagai cara. Ada yang ujiannya besar dan ada sederhana. Sebagai manusia yang lemah, setiap kali dilanda masalah, pastinya hati kita akan gusar. Ada yang mengadu kepada ahli keluarga, rakan-rakan maupun laman sosial. Kadangkala kita terlupa, kita sepatutnya mengadu dengan Allah kerana segala ujian datangnya dari Allah. Jadi jika kita ingin masalah tersebut terlerai, kita mesti merujuk kembali kepada Allah, kerana Dia yang mencipta segalanya serta meleraikan segalanya.   Ada pelbagai cara untuk kita mengadu kepada Allah. Salah satu daripada nya adalah dengan memperbanyakkan bacaan "La Haula Wala Quwwata illa Billahi" seperti sabda Rasulullah SAW: Barang siapa yang dilanda kesusahan dalam sesuatu masalah, hendaklah ia mengucap...

Penjelasan Isu Cuaca Gelap Di Makkah

Image
Cuaca Gelap Di Makkah Cuaca Gelap Di Makkah Kita pasti ramai yang dah terbaca mengenai isu cuaca gelap di Makkah nikan. Ada pelbagai spekulasi yang dibuat. Macam-macam teori yang keluar. Sebenarnya tiada siapa yang mengetahui kenapa dan mengapa ianya berlaku. Namun ramai yang menganggap ianya fenomena biasa. Bukan sesuatu yang pelik.  Penjelasan Cuaca Gelap Di Makkah Seperti yang di kongsikan oleh berita harian online, Langit kemerahan waktu siang dengan suasana malam lebih panjang menyelubungi Makkah ketika ini, disifatkan hanyalah fenomena biasa susulan permulaan musim sejuk melanda kota suci itu pada penghujung tahun.  C uaca dingin ini yang dijangka berlarutan hingga Mac tahun depan turut dipengaruhi oleh kepulan awan tebal yang berada hampir dengan permukaan bumi, berikutan pergerakan angin barat daya dari Laut Merah, sekali gus melindungi pancaran matahari . So that is why cuaca gelap.. Apa-apa pun semuanya berlaku dengan izin Allah dan ha...

Renungan Pagi Ahad

Image
Renungan Pagi Ahad Salam Hujung Minggu buat semua pembaca Blog Santai. Jom sama-sama kita kongsi keceriaan dan kebahagiaan dengan mereka-mereka yang memerlukan. Remember, Sharing is caring k... Have a great weekend everyone!!! 1. Kisah Ice Cream 2. 15 Rahsia Selfie   3. Rahsia Awet Muda  4. RM10000 Dalam Masa 5 Minit 5. Hadiah Misteri Untuk Semua 6. Pilihan Ramai Rakyat Malaysia

5 Khasiat Air kelapa Muda

Image
  Khasiat Air Kelapa Muda Khasiat Air Kelapa Muda You all suka minum air kelapa muda tak? Mesti ramai yang sukakan. Actually, air kelapa  ni adalah one of my favorites. Kalau pergi ke Tawau, Sabah, air kelapa bakar adalah salah satu menu kesukaan kita. Rasanya Sedap sangat dan agak berbeza. Mungkin sebab dibakar kot. Anyway mungkin ramai yang tak tau, air kelapa ni bukan hanya sedap tapi  banyak khasiat  dia. Antaranya adalah ia boleh membantu sel-sel dalam badan kita melawan serangan pelbagai virus kerana semulajadi nya ia mengandungi "anti-viral & anti fungus". So kalau you all tak suka memang rugilah. 5 Khasiat Air kelapa Muda 1. Kisah Ice Cream 2. 15 Rahsia Selfie   3. Rahsia Awet Muda  4. RM10000 Dalam Masa 5 Minit 5. Hadiah Misteri Untuk Semua 6. Pilihan Ramai Rakyat Malaysia

Tiada Lagi Subsidi RON 95 Mulai 1 Disember

Image
Tiada lagi Subsidi RON 95 Mulai 1 Disember Tiada Lagi Subsidi RON 95 Mulai 1 Disember Semalam  Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,  Datuk Seri Hasan Malek membuat pengumuman bahawa  Subsidi petrol RON95 dan diesel akan dihentikan mulai 1 Disember ini. Selaras dengan itu,  harga runcit petrol RON95 dan diesel akan ditetapkan mengikut apungan terkawal.  Ini bermakna, jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON95 dan diesel juga akan meningkat. Begitu juga sebaliknya. Berdasarkan trend pada ketika ini, harga pasaran minyak dunia sememangnya rendah. So kaedah apungan adalah yang terbaik. Namun harus diingat persidangan OPEC akan berlansung pada 27 November depan yang akan menentukan harga pasaran minyak dunia. Kalau kita lihat apa yang berlaku sekarang, OPEC diberi tekanan untuk menaikkan harga minyak dipasaran dunia.  So ada kemungkinan besar harga RON 95 juga akan naik mulai 1 Disember 2014......