
Banjir Tahun Ini Luar Biasa
Banjir Tahun Ini Luar Biasa
Banjir yang menimpa negara pada tahun ini dianggap luar biasa. Sehingga semalam keadaan banjir tidak menampakkan tanda-tanda reda dan sejumlah 90,250 penduduk di Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak dan Perlis telah dilaporkan berpindah untuk menyelamatkan diri. Satu jumlah yang amat besar dalam sejarah bencana banjir di negara ini.
Kelantan mencatat jumlah mangsa banjir paling tinggi melibatkan 32,343 orang, diikuti Terengganu (28,991), Pahang (24,316), Perak (4,335) dan Perlis (265).
Kelantan mencatat jumlah mangsa banjir paling tinggi melibatkan 32,343 orang, diikuti Terengganu (28,991), Pahang (24,316), Perak (4,335) dan Perlis (265).
Mengapa Banjir Luar Biasa
Menurut sumber, antara faktor yang mencetuskan banjir luar biasa ini ialah Fenomena 'New Moon' di mana kedudukan bulan berada berhampiran dengan bumi yang menyebabkan air pasang lebih tinggi daripada biasa. Keadaan banjir menjadi lebih teruk apabila ditambah dengan tiupan angin Monsun Timur Laut secara konsisten merentasi Laut China Selatan ke negara ini bermula bulan November hingga Mac. Selain itu, hujan yang tidak berhenti selama beberapa hari telah menyebabkan aliran sungai dari hulu ke kuala tidak sampai sehingga menyebabkan air sungai melimpah keluar sehingga menyebabkan banjir teruk.
Bukan sahaja luar biasa, banjir ini dikatakan sangat menggerunkan dan difahamkan Juga, merupakan yang terburuk pernah direkodkan dalam tempoh 30 tahun


Keadaan Banjir Yang Luar Biasa
Tabung Bantuan Untuk Banjir

Tabung Bantuan Banjir
Semoga Allah melindungi sahabat-sahabat kita daripada musibah yang berterusan. Hulurkan bantuan, sekadar yang termampu untuk meringankan beban mereka.
Semoga Allah melindungi sahabat-sahabat kita daripada musibah yang berterusan. Hulurkan bantuan, sekadar yang termampu untuk meringankan beban mereka.
bila 'mother nature' mengamuk..hurm...
ReplyDeleteMemang sangat luar biasa dan menggerunkan... Allahu...
ReplyDeletesgt menggerunkan... :`(
ReplyDeleteSangat menakutkan,,,
ReplyDeleteSemoga Allah menurunkan pertolongan dan perlindungan sebaiknya. Semoga segalanya cepat pulih spt sediakala... aamiin..
ReplyDeleteSemoga segala urusan dipermudahkan...aamiin
ReplyDelete