Renungan Pagi Jumaat : Doa Tanda Kesyukuran
Salam Jumaat untuk semua pembaca Blog Santai. Renungan pagi yang ingin kita kongsikan dengan semua adalah tentang doa. Berdoa bukanlah suatu perkara asing dalam kehidupan kita orang Islam. Selalunya doa dikaitkan dengan hajat. Namun kita lupa berdoa bukanlah hanya untuk hajat kita dipenuhi tetapi kerana banyak perkara yang perlu kita syukuri. Sebab itu apabila kita berdoa, kita mulakan doa kita dengan segala pujian kepada Allah SWT dan juga selawat kepada junjungan besar nabi kita Nabi Muhammad SAW di atas segala rahmat dan nikmat yang diberi.
Namun ada juga segelintir daripada kita yang bersikap cuai atau bosan atau tidak bersungguh-sungguh untuk berdoa. Ada yang merungut apabila pembaca doa membaca doa-doa yang panjang, berkata-kata sedang kedua tangannya menadah ke langit, sambil lewa, tidak mengaminkan doa dan malah ada juga yang langsung tidak mahu berdoa. Doa hanya setakat di bibir atau hanya tangan ditadahkan menyambut doa tetapi fikiran entah ke mana. (peringatan untuk diri sendiri)
Kita lupa bahawa Doa Itu Ibadat Dan Senjata Orang Mukmin. Doa adalah permintaan atau permohonan seorang hamba kepada Allah SWT dan sebagai jalan untuk menyatakan hajatnya. Hajat seseorang itu terlalu banyak, tidak terkira, lebih-lebih lagi di saat-saat ia susah, menderita ditimpa bencana. Doa itu adalah ibadat kerana ia merupakan penyataan seorang hamba kepada Allah SWT akan kelemahan dirinya. Ia juga merupakan pengakuan seorang hamba bahawa Allah Subhanahu wa Ta‘ala Maha Berkuasa sama ada untuk memakbulkan doanya atau sebaliknya.
Daripada an-Nu‘man bin Basyir beliau berkata:
Maksudnya:

“Aku mendengar Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Doa itu ibadat.” Kemudian Baginda membaca (ayat al-Qur’an, surah Ghafir: 60 yang tafsirnya): “Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”
Jadi jangan kita jadi sombong dan takbur untuk berdoa. Jika sekalipun kita tidak punya sebarang hajat, kita masih perlu berdoa sebagai tanda kesyukuran kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas buat kesekian kalinya.
Salam Jumaat Raudzah..
ReplyDeletesesungguhnya doa itu senjata mukmin..
Doa juga satu ibadah..
Assalamualaikum...
ReplyDeleteBetul tu, orang yang tidak suka berdoa itu adalah sombong kepada Penciptanya sedangkan Penciptanya itu yang memberi segala rezeki dan nikmat yang ada
Thanks share Raudz. .salam jumaat
ReplyDeleteucapan juga adalah do'a ya hehe
ReplyDeletesalam hari jum'at ...
hai..bersyukur dengan apa yang kita ada
ReplyDeletepergi sana juga ke
ReplyDeleteMoga kita bukan lah dari golongan yg tidak suka berdoa.. Moga menjadi amalan harian kita.. :D
ReplyDeleteInsyaAllah. Amin
ReplyDeleteJom Join Segmen Zaman Persekolahan
Nice share :)
ReplyDeleteDoa itu senjata mukmin.. terus berdoa...
ReplyDeleteBerdoa untuk orang lain pun bagus jugak :) insyaAllah... terima kasih kak raudzah...
ReplyDeleteSapa lagilah kita nak sandarkan harapan kita kecuali kepada Nya.... Allah mmg berjanji yg Dia akan memakbulkan doa kita moga satu hari nanti, doa doa kita akan dimakbulkan.....janganlah cepat putus asa....
ReplyDelete