Untuk mengelakkan daripada menjadi kumpulan sasaran kita semua dinasihatkan supaya tidak mengambil mudah langkah-langkah keselamatan yang perlu. Antara tips untuk mengenal peragut dan cara untuk mengelak daripada mereka adalah:

Mengenali Peragut Dan Lokasi Utama


1. Penjenayah ini sering bertindak di jalan atau lorong yang gelap atau sunyi.
2. Kebiasaannya penjenayah ini menggunakan kenderaan seperti motorsikal atau kereta untuk melakukan kegiatan mereka.

Bagaimana Kejadian Ragut Berlaku


1. Memakai barang kemas yang sangat ketara dan mendedahkannya untuk tontonan orang ramai.
2. Membawa beg tangan dengan cara yang memudahkan peragut meragut.
3. Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat sibuk dan sesak.
4. Meninggalkan beg yang berisi wang di kaunter pintu masuk pusat membeli-belah semasa masuk untuk membeli-belah.


Jenayah Ragut Semakin Serius

Cara Mengelak Daripada Di Ragut


1. Elakkan membawa tunai yang banyak. Menggunakan debit card adalah lebih baik. 
2. Selindung wang daripada pandangan umum supaya tidak menarik perhatian penjenayah.
3. Sentiasa membimbit atau mengepit beg tangan dan tidak disangkut atau disandang pada baju supaya ia lebih sukar diragut dan jika diragut boleh mengelak dari berlaku kecederaan kerana diseret.
4. Elakkan dari berjalan seorang diri di tempat-tempat sunyi atau semasa menaiki lif.
5. Ketika berjalan di atas jalanraya atau lain-lain, sentiasa berjalan secara bertentangan dengan arus lalulintas supaya dapat melihat apa jua kenderaan yang datang dari arah hadapan. Beg tangan pula dikepit atau dibimbit dengan tangan kanan.
6. Elakkan dari memakai dan mendedahkan barang kemas secara berlebihan yang boleh menarik perhatian penjenayah.
7. Elak dari meletak beg tangan yang mudah dicapai oleh orang lain umpamanya di atas kaunter, di dalam bakul pasar dan sebagainya.