Anak Derhaka
Kisah Anak Derhaka
Bayangkan seorang anak yang dikandung selama sembilan bulan dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang tiba-tiba bertindak "kurang ajar" dengan si ibu. Memaki hamun si ibu dengan kata-kata kesat, memulas tangan dan menendang si ibu tanpa rasa belas kasihan. Hmmm..sedihnya bila jadi macam ni. Mesti hancur & luluh perasaan si ibu kan. Inilah kisah benar yang dibawa dari mahkamah majistret Kota Bharu. Kisah anak derhaka zaman moden..
Tertuduh, Mohd Azren Mohd Ramly, 27, seorang penganggur mengaku bersalah dengan sengaja memulas tangan dan menedang punggung ibunya, Saudah Yaacob, 52, dalam dua kejadian di sebuah rumah di Taman Bumi Batu 4 Jalan Pengkalan Chepa, di sini, pada jam 5 petang, 26 dan 30 November lalu. Pada pagi itu, mangsa menyuruh anaknya membeli nasi sarapan pagi, tetapi tertuduh meminta lagi duit daripada mangsa.
Mangsa berkata, tiada duit lalu tertuduh merebut duit dan ketika itu tertuduh memulas tangan hingga pengadu kesakitan. Tertuduh memaki hamun mangsa dengan berkata “ibu beruk” dan “ibu anjing”. Mangsa terpaksa melepaskan duit di tangannya dan tertuduh mengambilnya lalu terus tidur. Mangsa yang kesakitan menangis dan mengadu kepada seorang lagi anaknya.
Empat hari sebelumnya, semasa mangsa pulang ke rumah dari membeli barang, tertuduh meminta duit daripada mangsa, tetapi mangsa berkata tiada duit lalu menendang di bahagian punggung mangsa dengan kuat. Tertuduh juga memijak dan memecahkan telur yang baru dibeli mangsa.
Pada prosiding itu, Majistret, Nik Habri Muhamad bertanya tertuduh adakah dia anak kandung mangsa, tertuduh kemudian menjawab, "Ya". “Jika ibu kamu ibu beruk dan ibu anjing, jadi kamu itu apa?” tanya Nik Habri lagi. Tertuduh kemudian menjawab, “...anak anjing”.
Speechless bila baca ni...Moga-moga Allah melindungi kita semua dari sifat-sifat di atas. Sayangi ibu dan bapa seperti mereka menyayangi kita sejak dilahirkan. Janganlah jadi seperti Tanggang Moden.
semoga kita dijauhkan dari sifat derhaka ini...
ReplyDeleteAstaghfirullah!! Manusia apa lah dia ni. Smoga smpat bertaubat!!!
ReplyDeletekisah kelaparan demi Islam yg kita pun takkn mampu hadapi
Allahuakbar. Sedih sangat rasa. Dah 27 tahun kot, cuba la carik rezeki, kesian kat mak yang kandungkan awak tu..dah tua, kena tanggung anak lagi..isk3..sedih zarith dengan berita mcm ni =(
ReplyDeletesedihnya....
ReplyDeleteKalau boleh disumpah...elok jadi batu jer!
ReplyDeletesemoga anak memohon maaf dan ibunya memaafkannya ...
ReplyDeleteTak dapat nak bayangkan, umur 27thn masih duduk dengan ibu. Patutnya bersyukur, hari-hari dapat tengok ibu, dapat bantu dia, jaga dia. Macam aku, umur 20 thn, dah pergi merantau jauh, dapat tengok ibu pun sekali sekala, dapat kerja pun, jauh juga dari rumah ibu, tapi aku balik juga setiap bulan.
ReplyDeleteSeptember 2014, Ibu pergi untuk selamanya. Baru aku tahu, saat itu, macam mana rasanya kehilangan. Baru aku tahu, ibu ada buat catatan diari, mengenai aku, setiap kali aku balik, itulah saat paling seronok baginya kerana ada teman untuk berbual, setiap kali aku nak tinggalkan dia, aku peluk cium ibu, kerana aku takut tak dapat jumpa dia lagi.
Bertaubatlah hendaknya insan ini, mohon ampun kepada ibu, sementara dia masih hidup. Ingatlah syurga itu di bawah tapak kaki Ibu.
Allahuakbar...
ReplyDeletemohon dijauhkan dri sifat ini
http://cercitertashaqisha.blogspot.com/2014/12/dia.html
Ya Allah.. tak tahu apa nak kata.. moga kita semua di jauhkan dri dugaan seperti ini.. ish ish
ReplyDeleteSmoga dia diberi hidayah. Amin
ReplyDeleteJom Join Segmen Zaman Persekolahan
Dunia sekarang da makin teruk. Kita banyakkan berdoa moga-moga dijauhkan keturunan kita dari bersifat macam ni...
ReplyDeleteSemoga deme dirahmati allah
ReplyDeleteSemoga kita semua dijauhkan dari sifat derhaka
ReplyDeleteSi Tanggang...!!!
ReplyDeleteKalaulah kisah boleh jadi batu tu betul....
Astagfirullah... mmg takde perasaan dia ni hhmmm....
ReplyDeleteHurm... sha marah mak abah sha pun takde la berani nak buat gini... adik beradik lain semua sama, padahal masing2 baran... tapi tak sanggup tau buat gini :( sampai hati betul budak ni...
ReplyDeleteNa uzubilah....mintak dijauhkan dpd anak dan keturunan kita .....dgn ibu pun sanggup buat cenggitu apatahlagi dengan majistret selamba jerlah menjawabnya!
ReplyDeleteشركة نقل عفش بالباحة
ReplyDeleteشركة نقل عفش بينبع
دينا نقل عفش بابها
نقل الاثاث بالمدينة المنورة
ارخص شركة نقل عفش بمكة
شركة نقل عفش بالخرج
شركة نقل عفش بالبقعاء
شركة نقل عفش بجازان
شركة نقل عفش بالمدينة المنورة
ReplyDeleteشركة نقل عفش
ارخص شركة نقل عفش بالمدينة المنورة
شركة نقل عفش بالقصيم
شركة نقل عفش بخميس مشيط
شركة نقل عفش بابها
شركة نقل عفش بتبوك
شركة نقل العفش بالمدينة المنورة
شركة تنظيف الاثاث بالدمام
ReplyDeleteشركة تنظيف شقق بالدمام
شركة تنظيف موكيت بالدمام
شركة تنظيف مجالس بالدمام
شركة تنظيف منازل بالدمام
شركة تنظيف ستائر بالدمام
شركة تنظيف فلل بالدمام
شركة جلي بلاط بالدمام