Betul Ke Pencarum Tidak Perlu Bayar Cukai Tinggi Jika Pilih Caruman 8% ?
Dakwaan kononnya pekerja akan membayar cukai pendapatan lebih tinggi sekiranya memilih untuk mengurangkan potongan kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak tiga peratus mulai Mac tahun ini sehingga Disember 2017 adalah tidak tepat. Menurut Pakar Ekonomi Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin, purata gaji rakyat Malaysia adalah berada pada paras RM2,500 hingga RM4,000 sebulan di mana ia tidak memberi kesan kepada pertambahan nilai cukai sekiranya memilih untuk mencarum sebanyak lapan peratus. “Tidak benar (perlu membayar lebih cukai) – Kadar cukai terletak kepada jumlah pendapatan tahunan. Sebagai contoh, jika gaji RM3,000 sebulan (RM36,000 setahun), pencarum itu mempunyai lebihan wang tunai sebanyak RM90. “Kadar cukai (RM36,000 setahun) masih lagi sama mengikut banjaran pendapatan bercukai (10 peratus mengikut tahun taksiran 2016). Jadi, cukai tidak meningkat kepada banjaran ...