Betul Ke Pencarum Tidak Perlu Bayar Cukai Tinggi Jika Pilih Caruman 8% ?


Dakwaan kononnya pekerja akan membayar cukai pendapatan lebih tinggi sekiranya memilih untuk mengurangkan potongan kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak tiga peratus mulai Mac tahun ini sehingga Disember 2017 adalah tidak tepat.
Menurut Pakar Ekonomi Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin, purata gaji rakyat Malaysia adalah berada pada paras RM2,500 hingga RM4,000 sebulan di mana ia tidak memberi kesan kepada pertambahan nilai cukai sekiranya memilih untuk mencarum sebanyak lapan peratus.
“Tidak benar (perlu membayar lebih cukai) – Kadar cukai terletak kepada jumlah pendapatan tahunan. Sebagai contoh, jika gaji RM3,000 sebulan (RM36,000 setahun), pencarum itu mempunyai lebihan wang tunai sebanyak RM90.
“Kadar cukai (RM36,000 setahun) masih lagi sama mengikut banjaran pendapatan bercukai (10 peratus mengikut tahun taksiran 2016). Jadi, cukai tidak meningkat kepada banjaran baharu.
“… Kecuali, pencarum yang mungkin berada di antara banjaran satu dan banjaran dua. Sebagai contoh, pendapatan tahunan antara RM20,000 dan RM20,001,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Berdasarkan semakan Kadar Cukai Pendapatan bagi Tahun Taksiran 2016 di laman sesawang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN), cukai pendapatan di Malaysia adalah antara satu hingga 28 peratus.
Dr Amir turut menyatakan bahawa jangka masa setahun yang ditetapkan oleh kerajaan untuk melaksanakan pengurangan tiga peratus caruman KWSP juga merupakan satu tempoh yang tepat kerana ia tdak terlalu lama.
"Sekiranya ia dilanjutkan kepada satu tempoh yang lebih lama, mungkin ia memberi kesan kepada tabungan dan nilai cukai," katanya.
Malah, katanya, pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mana kerajaan akan memberikan pelepasan khas cukai sebanyak RM2,000 kepada pembayar cukai individu dengan pendapatan bulanan RM8,000 dan ke bawah, bagi tahun taksiran 2015 juga memberi manfaat kepada pembayar cukai.
“Tujuan pengurangan caruman adalah untuk mengembangkan penggunaan dalam negeri dalam usaha mengatasi kekangan dari luar termasuk keadaan ekonomi semasa.
“Maka, ia tdak menjejaskan tabungan (KWSP) dan mengheret pencarum ke dalam banjaran cukai pendapatan baharu,” katanya.

Credit : Malaysian Digest

Comments

  1. Nurul memilih untuk mengekalkan potongan lama..

    ReplyDelete
  2. Assalam Raudzah, apa khabar awak? Lama dengar cite.
    Kita tak de potongan KWSP dah la ni....so tak yah pening nak pilih hihi

    ReplyDelete
  3. Assalam...haah bunda pun takder potongan KWSP...

    ReplyDelete
  4. Assalam, maaf lama x singgah sini. Info menarik ni, tq berkongsi sama yer

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Renungan Pagi Jumaat