Kenapa Harga Beras Naik?

 

Kenapa Harga Beras Naik?

Ramai yang mengeluh mengenai beras. Harga dikatakan naik mendadak, stok juga dikatakan tiada di pasaran. Sebenarnya, harga beras ditentukan dari segi jenama, gred, jenis dan sebagainya. Namun, akhir-akhir ini harga dikatakan telah naik mendadak di mana kadar kenaikannya mengejutkan orang ramai.

Sekitar 90 peratus beras di pasaran adalah beras putih tempatan dan import manakala baki sekitar 10 peratus lagi adalah beras wangi, beras pulut, basmati dan beras istimewa lain seperti beras Jepun. Majoriti beras putih adalah beras putih tempatan, manakala bakinya beras putih import.

Beras tempatan dikenakan harga siling dan menjadi penanda aras kepada beras putih import di mana jurang perbezaan keduanya adalah kecil.

Kalau tengok diagram diatas masalah beras ni adalah masalah satu dunia. Malaysia masih bernasib baik kerana stok beras kita masih ada cuma mungkin disesetengah tempat bekalannya terputus. Semoga usaha kerajaan untuk menyelesaikan isu beras ni dalam masa sebulan seperti yang dijanjikan akan menyelesaikan masalah ini.

Comments

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Renungan Pagi Jumaat