Bantuan Kemanusiaan Tiba Di Rafah


Bantuan Kemanusiaan Tiba Di Rafah

Alhamdulillah..Sejumlah treler membawa bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza mula menyeberangi Lintasan Sempadan Rafah dari Mesir pada hari ini, kata sumber Pertubuhan Bulan Sabit Merah (PBSM).

Saluran televisyen kerajaan Mesir menunjukkan sebilangan treler memasuki pintu sempadan Rafah pada hari ke-15 perang antara Israel dan Hamas tercetus.

Rafah merupakan satu-satunya laluan masuk ke Gaza yang tidak dikawal Israel. Rejim Zionis bersetuju membenarkan bantuan dari Mesir masuk susulan permintaan sekutu rapatnya, Amerika Syarikat.

Sebanyak 20 treler PBSM Mesir yang diberi tanggungjawab menghantar bantuan daripada pelbagai agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), telah memasuki Lintasan Rafah, kata seorang wartawan AFP.

Pemberita AFP di sebelah Palestin pula melihat 36 treler kosong masuk ke terminal di Rafah di mana lori-lori itu diisi dengan barang bantuan.

Sebanyak empat ambulans, dua kenderaan PBB dan dua kenderaan Palang Merah turut dilihat menuju ke Lintasan Rafah.

Sebilangan pesawat kargo dan treler telah membawa masuk bantuan kemanusiaan ke sebelah Mesir atau Rafah selama berhari-hari, namun tiada satu pun telah dihantar ke Gaza.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres melawat Lintasan Rafah di sebelah Mesir semalam bagi menyaksikan persediaan penghantaran bantuan ke Gaza.

“Treler-treler ini bukan sekadar treler, ia adalah talian hayat. Ia adalah beza antara hidup dan mati kepada ramai orang di Gaza,” katanya. r Pertubuhan Bulan Sabit Merah (PBSM).

Comments

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat