Solat Sunat Dhuha

                                                          Solat Sunat Dhuha 

“Dhuha” (الضحى‎) bermaksud “Waktu Pagi” atau “Cahaya Pagi”. Justeru, Solat Sunat Dhuha adalah solat sunat yang dilakukan pada waktu pagi, di antara waktu Solat Subuh dan Solat Zohor. Ia adalah solat sunat muakkad iaitu yang amat dituntut dalam Islam. Ianya boleh dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat dan sebanyak-banyaknya 12 rakaat (enam salam).

Rasulullah s.a.w. bersabda: Pada pagi hari diharuskan bagi kalian untuk bersedekah. Setiap bacaan tasbih (subhanalah) adalah sedekah, setiap bacaan tahmid (alhamdulillah) adalah sedekah, setiap bacaan tahlil (laa ilaha illallah) adalah sedekah, dan setiap bacaan takbir (Allahu akbar) juga adalah sedekah. Begitu pula amar ma’ruf (mengajak kepada ketaatan) dan nahi mungkar (melarang dari kemungkaran) adalah sedekah. Ini semua diganti dengan melaksanakan shalat Dhuha sebanyak 2 raka’at. (HR. Muslim no.  720)

Niat Solat Dhuha

 Usholli Sunnatad-Dhuha Rak’ataini Lillahi Ta’alaa 

Maksudnya: 

Sahaja aku solat sunat dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta’ala.

Jom sama-sama kita perbaiki kekurangan solat wajib kita dengan memperbanyakkan solat sunat. Jika tidak boleh kesemuanya, amalkan salah satu daripadanya secara istiqamah. Semoga kita dalam peliharaanNya. Aminn!!!

Comments

  1. Well-written information. Very impressive and to the point
    Have a look at my new blog:Native Instruments Massive Crack 2023

    ReplyDelete
  2. Thank you for consistently delivering content that resonates with a wide audience.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat

Renungan Sebelum Tidur