Monorel KL rosak, Penumpang keluar menggunakan skylift
11 Ogos 2012
Menurut Bilik Gerakan Bomba Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira jam 2.29 petang mengatakan terdapat monorel rosak di tengah landasan antara stesen KL Sentral menuju ke stesen Tun Sambathan.
Susulan itu, enam jentera bomba dikejarkan ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat serta membantu mengeluarkan mangsa yang terperangkap.
Difahamkan sehingga setakat jam 3.28 petang semalam, 40 mangsa yang terperangkap berjaya dikeluarkan dengan selamat menggunakan kren bomba.
Pihak pengurusan monorel turut menghantar sebuah monorel lain untuk membantu proses pemindahan mangsa.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
kesian dengan mangsa yg terperangkap, terpaksa naik skylift..
ReplyDeletehai kasih, suspen jugak kan kalau jadi macam tu..actually monorel ni lebih scary sikit compared to LRT and Putra...bila corner hmmm...
ReplyDeleteya ALLAH mintak2 simpang terkena macam tu.. boleh trauma.. ahhh terbayang cerita final destination
ReplyDeletehai izzati...betul tu..mesti trauma..last time i tengok LRT dah separuh menjunam kat last station...punya lah takut...nasib baik tak ada orang coz dah last station...
ReplyDelete