Skip to main content

Monorel KL rosak, Penumpang keluar menggunakan skylift

11 Ogos 2012
Monorel KL rosak, 100 penumpang cemas
Kelihatan pasukan Bomba dan Penyelamat menggunakan skylift untuk menyelamatkan beberapa penumpang yang terkandas dalam monorel di Brickfield petang ini. - Foto Bernama
 
Monorel KL rosak, 100 penumpang cemas
Kelihatan pasukan Bomba dan Penyelamat menggunakan skylift untuk menyelamatkan beberapa penumpang yang terkandas dalam monoral di Brickfield petang ini. - Foto Bernama
 
KUALA LUMPUR - Seramai 100 penumpang monorel cemas selepas terperangkap dalam pengangkutan awam itu yang tiba-tiba rosak, sebaik bertolak dari stesen KL Sentral di sini, petang ini.

Menurut Bilik Gerakan Bomba Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira jam 2.29 petang mengatakan terdapat monorel rosak di tengah landasan antara stesen KL Sentral menuju ke stesen Tun Sambathan.

Susulan itu, enam jentera bomba dikejarkan ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat serta membantu mengeluarkan mangsa yang terperangkap.

Difahamkan sehingga setakat jam 3.28 petang semalam, 40 mangsa yang terperangkap berjaya dikeluarkan dengan selamat menggunakan kren bomba.

Pihak pengurusan monorel turut menghantar sebuah monorel lain untuk membantu proses pemindahan mangsa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Comments

  1. kesian dengan mangsa yg terperangkap, terpaksa naik skylift..

    ReplyDelete
  2. hai kasih, suspen jugak kan kalau jadi macam tu..actually monorel ni lebih scary sikit compared to LRT and Putra...bila corner hmmm...

    ReplyDelete
  3. ya ALLAH mintak2 simpang terkena macam tu.. boleh trauma.. ahhh terbayang cerita final destination

    ReplyDelete
  4. hai izzati...betul tu..mesti trauma..last time i tengok LRT dah separuh menjunam kat last station...punya lah takut...nasib baik tak ada orang coz dah last station...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat