Skip to main content

Jenazah dihurung langau

Jenazah dihurung langau
Berkongsi pengalaman agar menjadi pengajaran kepada masyarakat
 
Kita mungkin biasa mendengar kisah-kisah pelik yang berlaku ke atas jenazah saudara seugama kita, apabila di panggil mengadap ALLAH. Ada yang berbau busuk, berulat, wajah bertukar hitam legam dan ada juga yang tidak diterima tanah.

Kisah yang hampir sama juga berlaku di sebuah kampung di Kemamam. Jenazah seorang pendulang emas bukan sahaja dihurung langau, malah liang lahadnya turut digenangi air sewaktu mengadap ALLAH.

Menurut cerita, pendulang emas yang berusia 52 tahun meninggal dunia selepas terjatuh dalam tandas ketika sedang minum di sebuah kedai makan dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi. Apabila mendapati arwah tidak keluar dari tandas, pelayan kedai itu pergi memeriksa sebelum menemui arwah terbaring dengan mulut berbuih. Walau telah dilap, buih pada mulut arwah masih keluar dan ketika memandikan jenazahnya, secara tiba-tiba, datang beberapa langau dan menghurungnya.

Kerja-kerja pengebumian arwah juga sedikit terganggu apabila liang lahad yang digali digenangi air kerana hujan lebat turun selepas selesai kerja-kerja menggali kubur dilakukan penduduk. Jenazah dibawa ke tanah perkuburan kira-kira jam 5 petang. Air dalam liang lahad waktu itu paras lutut. Biarpun ditimba berkali-kali, tetapi air tidak berkurang dan mereka terpaksa menyemadikan jenazah dalam keadaan begitu.

Sepanjang hayat, arwah sememangnya hidup mewah kerana dia merupakan pakar mendulang emas, selain memperoleh hasil dari ladang kelapa sawit yang diusahakannya. Difahamkan, setiap kali mempunyai wang banyak, arwah akan pergi berhibur ke Selatan Siam untuk berfoya-foya dengan wanita di Thailand, selama beberapa hari. Beliau juga pernah mengajak penduduk kampung untuk pergi berhibur bersama samanya.

p/s: Semoga Allah memelihara kita semua daripada segala keaiban.

 Extract From: Sinar Online

Comments

  1. Semoga mati ku sempurna sifat dan lancar. Semoga terpelihara dari keaiban. Yg penting jgn ikuti perintah Allah dan jauhi segala larangannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa ALLAH kalau kita sentiasa beringat, ALLAH pasti permudahkan..

      Delete
  2. Takutnya...moga jadi pengajaran buat kita yg hidup ni!

    ReplyDelete
  3. ingatan untuk diri sendiri juga ni !

    ReplyDelete
  4. hmm semoga dosa2 arwah diampuni Allah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat