Menu Untuk 10 Malam Terakhir Berpuasa
Salam 18 Ramadhan Buat pembaca Blog Santai
Hari ni merupakan hari ke 18 kita berpuasa. Alhamdulillah semoga semuanya berjalan lancar. Namun ini juga bermakna kita hampir tiba ke 10 malam terakhir yang sangat penting untuk kita memantapkan lagi ibadah. Tapi hari ni kita tidak akan bercerita mengenai ibadah yang sepatutnya dilakukan pada sepuluh malam terakhir, tetapi salah satu elemen penting untuk mempersediakn diri bagi memperbaiki amalan kita pada 10 hari terakhir. Salah satu darinya adalah melihat balik cara kita bersahur dan berbuka puasa, kerana kedua-duanya bakal mempengaruhi amalan yang bakal kita lakukan.
Menu Sewaktu Bersahur
Buah-buahan & Sayur-sayuran
1. Sewaktu sahur, minumlah air kosong secukupnya. lagi banyak lagi bagus untuk memastikan tubuh kita tidak kekurangan air diwaktu berpuasa. Elakkan dari mengambil kopi atau teh, yang mempercepatkan proses pembuangan air dalam badan.
2. Perbanyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang berserat tinggi, untuk mengelakkan sembelit.
3. Hindari makanan yang mengandung lemak
dan pedas. Makanan yang berlemak boleh meningkatkan kolesterol dalam darah sementara makanan yang pedas boleh mengganggu proses pencernaan.
4. Pastikan makanan yang mempunyai kibohidrat yang tinggi seperti nasi dan spagetti di hidang sebagai menu utama kerana ianya lebih "tahan lama" serta menstabilkan gula
dalam darah.
Menu Sewaktu Berbuka
Kurma
1. Mulakan berbuka dengan kurma. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa.
2. Minumlah minuman
yang manis serta panas seperti teh halia, dan elakkan pengambilan ais kerana ia akan melambatkan proses pencernaan makanan. Perbanyakkan juga minum air kosong untuk menggantikan cairan yang telah habis digunakan di siang hari.
3. Elakkan pengambilan makanan yang terlalu berat kerana ianya akan menyebabkan kita cepat letih dan mengantuk. Dan pastinya ia akan mengganggu aktiviti seterusnya seperti Solat Tarawih dan Tadarus AlQuran.
4. Hindari
makanan yang digoreng kerana lemak dalam makanan
yang digoreng, akan menyukarkan pergerakan oksigen ke otak. Akibatnya kita akan lebih mudah mengantuk.
Selamat Berpuasa & Berbuka Semua
Extract From: Food Journal
tapi iman suke minum ais...erkkk..alhmdlh sedap3
ReplyDeleteKita pun suka jugak iman..tapi try to avoid..
DeletePakat2 rebut peluang yg masih terbuka luas
ReplyDeleteJom wan..Rebutlah apa jua peluang yang ada..its only once a year nway..
Deletekurma kemestian semasa berbuka..
ReplyDeleteblm pernah lg cuba teh halia..selalu minum susu atau yg manis2
Yang dilarang itulah yang paling sedap...Tapi menghindarkannya juga satu usaha dlm mengawal dan mengajar nafsu...
ReplyDeleteTapikan Raudzah....benda bergoreng tu tak boleh elak kan...
ReplyDelete