Breaking News

Sunday, July 21, 2013

Ngeri: Kepala keluar ikut cermin depan


Foto 
PASUKAN penyelamat mengambil masa untuk mengeluarkan mangsa.

Ngeri. Itu yang terjadi kepada seorang wanita China yang terselamat dalam satu kemalangan biarpun kepalanya terhempas pada cermin depan kenderaan yang dinaiki dan tersepit di dalam lubang. Wanita yang namanya tidak didedahkan itu adalah penumpang kenderaan terbabit apabila ia merempuh belakang sebuah trak di wilayah Guanxi, selatan China.

Mangsa yang tidak memakai tali pinggang keledar ketika kejadian, tercampak ke depan dan kepalanya terhantuk pada cermin. Hantukan yang kuat itu menyebabkan cermin  itu pecah dan kepala nya tersepit dalam lubang terbabit.

Foto 
ANGGOTA penyelamat mengeluarkan pemandu kenderaan yang pengsan sebelum menyelamatkan wanita berkenaan.

Anggota penyelamat terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk memembesarkan lubang di sekitar tengkuk mangsa sebelum dia boleh dikeluarkan dengan selamat. Dengan berlumuran darah serta kelihatan pening, wanita itu diusung oleh pasukan perubatan untuk dihantar ke hospital berhampiran.

p/s: Pastikan tali pinggang kaledar di pasang sewaktu menaiki kenderaan ya. Penumpang di belakang pun tak terkecuali k...


10 comments:

  1. ttakut pula....ne mesti laju sangat nehhhhh......hmmmmmmmm

    ReplyDelete
  2. sib baik selamat...tu la pentingnya memakai tali pinggang

    ReplyDelete
  3. Kalau belum ajalnya...iktibar buat kita semua, gunakanlah tali pinggang keledar

    ReplyDelete
  4. Berpantang maut sebelum ajal.... Hish mengerikan sungguh!

    ReplyDelete
  5. ngerinyer nape lah x pakai seat belt belakang !

    ReplyDelete
  6. ngeri pula tengok...nasib baik dia terselamat kan..

    ReplyDelete

Designed By