http://thenextfootballsuperstar.com/thenextmalesoccersuperstar/files/2013/07/1f74a40cheadlessref.jpg
  Octavio da Silva

Seorang pengadil maut dibelasah dan dipenggal oleh penonton apabila dia menikam mati seorang pemain kerana enggan keluar padang selepas diberi kad merah.

Pengadil itu, Octavio da Silva, 20, menikam Josenir dos Santos, 30, dalam perlawanan yang berlangsung 30 Jun lalu, kata jurucakap polis, Kena Souza. Pertikaian bermula apabila Dos Santos tidak bersetuju dengan keputusan da Silva bahawa dia melakukan kesalahan. 

http://theoriginalgreenwichdiva.com/wp-content/uploads/2013/07/JOSENIR-DOS-SANTOS-ABREU.jpg
 Josenir dos Santos

Selepas bertikam lidah, da Silva menunjukkan kad merah terhadap dos Santos yang kemudian enggan keluar padang. Da Silva dilihat mengeluarkan pisau dan menikam dos Santos beberapa kali yang maut dalam perjalanan ke hospital.

Penonton termasuk kawan dan ahli keluarga dos Santos kemudian masuk ke padang dan membelasah da Silva sebelum memenggal kepalanya yang diletak pada satu pancang.