Makanan terbaik sepanjang Ramadhan
KETIKA berpuasa, kadar metabolik seseorang individu mulai menurun tetapi mekanisme tubuh lain pula akan berfungsi. Secara umumnya, berpuasa pada bulan Ramadhan mampu meningkatkan
kesihatan seseorang tetapi ada juga kemungkinan ia menjadi lebih teruk!
Faktor penentu yang menyumbang kepada masalah kesihatan individu
bukan kerana puasa itu sendiri, tetapi disebabkan jenis makanan yang
diambil daripada waktu berbuka sehingga waktu bersahur. Masalah yang kerap terjadi ketika berpuasa ada antaranya boleh
diatasi jika tahu caranya.
Berikut terdapat beberapa langkah yang boleh
kamu guna pakai sepanjang bulan Ramadan ini.
1. Pedih ulu hati. Apabila seseorang itu berfikir tentang makanan,
otak akan menghantar isyarat di bahagian perut untuk menghasilkan asid
yang boleh menyebabkan pedih ulu hati. Oleh itu, pedih ulu hati
merupakan antara masalah yang kerap terjadi sepanjang bulan Ramadan.
Jadi, pastikan kamu memilih makanan yang lambat dihadam ketika bersahur.

Banyakkan pengambilan buah-buahan & sayur-sayuran
2. Dehidrasi. Kekurangan air di dalam tubuh akan merendahkan kadar
metabolisme dan menyebabkan dehidrasi. Sepanjang Ramadan, masalah
dehidrasi lebih kerap berlaku kerana kamu perlu menahan lapar dan dahaga
lebih daripada 10 jam. Disebabkan itu, penting untuk menikmati air
secukupnya semasa bersahur dan juga berbuka.
3. Sakit kepala. Ketika berpuasa, sakit kepala kerap terjadi kerana beberapa faktor seperti kelaparan, kurang tidur ataupun
mengambil kafein dan tembakau. Oleh itu, kurangkan pengambilan kafein
dan tembakau secara perlahan-lahan dan dapatkan tidur yang cukup untuk
mengurangkan sakit kepala ketika berpuasa.
4. Sembelit. Antara faktor seseorang itu mengalami sembelit adalah
pengambilan makanan segera secara berlebihan serta pengambilan air dan
fiber yang tidak mencukupi di dalam diet. Bagi mengelakkan masalah
tersebut, kurangkan pengambilan makanan segera. Sebaliknya, tambah
jumlah pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.
5. Paras gula rendah. Jika berasa pening, letih, lesu, menggigil,
mengalami daya tumpuan yang rendah atau tidak dapat menjalankan aktiviti
fizikal ketika berpuasa, kemungkinan kamu mengalami simptom bahawa
tahap gula rendah dalam darah. Jadi, pengambilan makanan dan minuman
yang bergula ketika sahur dan semasa berbuka puasa perlu dikawal bagi
membantu mengelakkan penurunan gula dalam darah secara mendadak. Untuk
itu, makanlah buah-buahan segar dan minum jus tanpa gula sebagai sumber
tenaga ketika berbuka puasa.
Sunnah Baginda Rasulullah saw..makan kurma ketika berbuka. semestnya kita contohi.
ReplyDeleteBetul tu PCL..banyak khasiat kurma ni..
Deletelamaa lagi nak berbuka. huwaaaa..
ReplyDeletehe..he..sabar fae...
DeleteSo far tak de rasa cenggitu masih sihat lagi Syukur pada Allah
ReplyDeleteAlhamdulillah OKje..jaga diri k..
Deletemesti makan kurma.. kenyang sampai ptg !
ReplyDeletesalam ptg..singgah sini..datang dari segmen singgah sahur..salam ukhwah ohblogger malaysia
ReplyDeleteشركة نقل اثاث برابغ
ReplyDeleteشركة نقل عفش بشرورة
شركة نقل اثاث بعسفان
شركة نقل اثاث بتبوك
شركة نقل اثاث بالخبر
شركة نقل اثاث بالاحساء
شركة نقل اثاث بالقطيف
نقل عفش بجدة