10 Tempat Paling Menyeramkan Di Dunia

10 Tempat Paling Menyeramkan Di Dunia

Walaupun tidak ada bukti kukuh untuk menyokong kehadiran elemen-elemen ghaib di alam ini, hakikatnya kejadian paranormal seringkali menjadi antara topik perbualan menarik yang sering dibicarakan. Kalau dalam my last two entry kita ada berkongsi tentang penyenaraian Muzium Perang di Penang di antara 10 tempat paling menyeramkan di Asia, hari ni kita nak share mengenai 10 tempat paling menyeramkan di dunia.

1. Monte Cristo Homestead
Monte Cristo Homstead
Terletak di Junee, New South Wales, Monte Cristo Homestead dikatakan rumah paling berhantu di Australia. Pelawat dan penghuninya selalu melihat kehadiran hantu pemilik asal rumah ini yang telah meninggal dunia. Rumah ini kini berfungsi sebagai sebuah kedai antik.

2. 50 Berkeley Square
50 Berkley Square
Dibina pada tahun 1740,  50 Berkeley Square yang mempunyai empat tingkat ini, dikenali sebagai rumah yang paling berhantu di London. Terdapat beberapa kematian dan kejadian ghaib berlaku di tingkat atas bangunan tersebut.

3. Changi Beach
Changi Beach
Semasa pendudukan Jepun di Singapura dalam Perang Dunia II, pembunuhan beramai-ramai rakyat China telah berlaku didalam operasi Sook Ching. Penduduk-penduduk China ini telah dibawa oleh tentera Jepun ke beberapa buah lokasi terpencil dan dibunuh. Antara lokasi tersebut adalah Changi Beach Park. Ada khabar angin, yang menyatakan tangisan mereka-mereka yang dibunuh masih boleh didengari di Pulau tersebut. 

4. Screaming Tunnel
Screaming Tunnel
Screaming Tunnel terletak di Niagara Falls, Ontario, Kanada. Dinyatakan terowong ini dinamakan demikian, kerana mengikut legenda seorang gadis muda telah dibakar hidup-hidup di dalam terowong tersebut. Ada juga yang menyatakan, jika batang mancis dinyalakan di dalam terowong ini, suara jeritan gadis tersebut akan kedengaran, seolah-olah memberitahu akan kesakitan yang beliau alami.

5. Bachelor’s Grove Cemetery
Bachelor's Grove Cemtery
Bachelor’s Grove Cemetery adalah merupakan sebuah kawasan tanah perkuburan kecil di sebuah daerah di Chicago. Ianya telah menjadi tempat "hotspot" untuk aktiviti paranormal sejak sekian lama. Tanah perkuburan tersebut terkenal kerana sebuah gambar yang diambil pada tahun 1991, menggunakan kamera inframerah yang menunjukkan "Lady White" sedang berehat di atas sebuah batu di kawasan perkuburan tersebut.

6. Bhangarh Fort Ruins
Bhangarh Ruins
The Fort Banargh terletak di lereng bukit di bandar Bhangarh, di Rajasthan, India. Kisah ilmu hitam (Singhia), yang digunakan untuk menguasai puteri Bhangarh, akhirnya memakan diri sendiri. Selepas kejadian tersebut, puteri Bhangarh telah terbunuh dalam pertempuran antara Bhangarh dan Ajabgarh.

7. Babenhausen Museum
Babenhausen Barracks
Asalnya Babenhausen Museum adalah berek tentera Jerman. Dipercayai seorang ahli sihir wanita telah dibakar pada sebuah kayu pancang di bandar Babenhausen oleh pihak tentera dan sejak itu, hantunya telah meracau disekitar muzuim tersebut.  Hingga kini dipercayai, jika ada pihak tentera yang datang melawat muzium tersebut, mereka masih boleh mendengar suara seorang wanita bercakap belakang.

8. Union Cemetery
Union Cemetery
Union Cemetery, Connecticut dipercayai salah satu tanah perkuburan yang paling berhantu di Amerika Syarikat. Antara hantu popular yang sering menjadi perhatian ialah Lady Putih serta kehadiran sepasang mata merah yang mengintip dari semak berhampiran. 

9. The Screaming Bridge of Maud Hughes Road
Screaming Bridge of Maud Hughes Road
The Screaming Bridge of Maud Hughes Road adalah merupakan antara tempat "hotspot" di Ohio, kerana dipercayai beberapa kejadian membunuh diri telah berlaku di atas jambatan tersebut. Antara yang popular ialah kisah seorang wanita yang telah melemparkan anaknya dari jambatan tersebut ke atas landasan kereta api di bawahnya dan kemudian menggangtung dirinya dijambatan tersebut. 

10. The George Stickney House
George Stickney House
The George Stickney House, kini digunakan sebagai Jabatan Polis di McHenry County, Illinois. Banyak kejadian paranormal diceritakan berlaku di rumah ini, yang digunakan sebagai tempat untuk "Tuan Rumah" berhubung dengan mereka-mereka yang sudah meninggal dunia.

Comments

  1. tengok pun dah seram...heee memang tak lah nak pergi or menempuh ke sana...

    ReplyDelete
  2. wah cantik..tapi menyramkan pula...

    ReplyDelete
  3. Kubur di waktu malam, tetap tempat yg paling menyeramkan, buat sayalah...hehe

    ReplyDelete
  4. Dulu sy pernah ke area Changi Beach tu. Mmg bnyk cerita2 yg menakutkan terjadi di situ. Ttg hantu Cina, hantu Jepun & ada kemalangan2 yg berlaku disebabkan jelmaan hantu2 tersebut, wallahualam. Dulu mmg bnyk aktiviti pemujaan dibuat di sana tp skrng dh diharamkan. Boleh ditangkap klu suka2 nk buat mcm tu.. Thanks sharing entri ni.. nice.

    ReplyDelete
  5. nampak rumah usang pun dh seram..

    ReplyDelete
  6. Baca pun dah menyeramkan , belum duk situ lagi....harus demam tu hehe

    ReplyDelete
  7. ee.. menakut kan lah.. ^_^ suke baca entry yg cm ni

    ReplyDelete
  8. no.1 &2 tu tak nampak seram sangat, mungkin sebab gambar pada waktu siang.. no.5&8 tu aiza rasa seram walaupun di siang hari..

    ReplyDelete
  9. seram pula tengok pic no 5 tu Raud..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat