KL Di Serang Tikus

Awas: Kuala Lumpur Di Serang Tikus

Kuala lumpur diserang tikus? Ini bukan lagi gimik ya. Ini adalah kenyataan. Berdasarkan  pendedahan statistik yang dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), terdapat 6.8 juta tikus bersarang di Kuala Lumpur. Angka itu adalah empat kali lebih besar  daripada populasi penduduk  di Kuala Lumpur. Satu angka yang sangat mengejutkan sekali gus menunjukkan tikus lebih mendominasi Kuala Lumpur berbanding manusia. Hmmm...

Nisbah setiap penduduk di Kuala Lumpur yang bersamaan dengan empat ekor tikus sangat membimbangkan kerana umum mengetahui tikus adalah makhluk perosak yang membawa pelbagai penyakit merbahaya seperti penyakit kencing tikus atau Leptospirosis yang boleh membawa maut.

Kehadiran jumlah besar tikus yang begitu banyak di Kuala Lumpur bakal menjejaskan imej Kuala Lumpur yang digambarkan sebagai bandar raya yang pesat membangun dengan bangunan pencakar langit. Mungkin selepas ini Kuala Lumpur boleh dikategorikan sebagai Bandaraya Paling Kotor  Di Dunia atau bakal dikenali sebagai "Bandar Tikus"

 KL : Bandar Tikus?

Sebab-sebab utama kehadiran jutaan tikus

Antara sebab-sebab utama kehadiran jutaan tikus ini yang dikenalpasti adalah usaha pembersihan di kawasan-kawasan tertentu tidak mencapai objektifnya. Kawasan tersebut masih menjadi Syurga Tikus. Ini ditambah dengan kawasan penjaja haram yang menjadi punca tikus membiak kerana pihak konsesi tidak menjalankan kutipan sampah di kawasan yang terlibat.  Kegagalan PBT menyelesaikan masalah penjaja haram di kawasan kepadatan tinggi juga dilihat antara punca kesukaran tikus dihapuskan.

p/s: Persoalannya, apakah halangan utama yang dihadapi oleh pihak berkuasa tempatan untuk menghapuskan makhluk perosak ini ya? Takkan nak hapuskan tikus pun perlu "Duit Kopi" kot? Dan sejauh manakah tawaran RM1 bagi setiap seekor tikus yang ditangkap oleh orang awam diwar-war dan dilaksanakan. Kalau tengok pada jumlah tikus, mungkin ramai yang sudah jadi jutawan kan.