Misteri Sekolah Tat Tak Di Hong Kong

 Former Tat Tak Public School 01059
Pintu Pagar Sekolah


Misteri Sekolah Tat Tak Di Hong Kong


Kalau you all masih ingat, last time kita ada share mengenai tempat paling berhantu di Asia. Actually selain daripada Muzium Perang Penang, Sekolah Tat Tak di Hongkong juga disenaraikan sebagai salah satu tempat paling berhantu di Asia.  Sekolah ini telah dibina pada tahun 1931, sebelum ia dipindahkan ke tapak yang baru pada tahun 1974 dan ditutup pada tahun 1998.
 
Tempat simpanan stationary yang terbiar

Misteri kisah "Hantu" di sekolah tersebut bermula apabila ada khabar angin yang menyatakan ada seorang murid perempuan berpakaian merah telah membunuh diri di dalam tandas sekolah tersebut. Ada juga yang mengatakan bahawa pada tahun 1941 semasa pendudukan Jepun, sebilangan besar penduduk kampung terbunuh ketika menentang Jepun di Ping Shan, dan mayat mereka telah dikubur secara besar-besaran di lereng bukit di sebelah sekolah tersebut.

Former Tat Tak Public School 01059
Kelas yang ditinggalkan

Gadis Berambut Panjang Dan Berpakaian Merah


Mengikut cerita, terdapat kejadian yang menyeramkan telah berlaku di sekolah tersebut apabila sekumpulan pelajar yang terdiri daripada 4 lelaki dan 8 perempuan telah pergi ke sekolah Tat Tak untuk menyiasat kesahihan cerita "hantu"  tersebut. Apabila mereka memasuki sekolah, pada jam 3.30 petang, salah seorang daripada mereka, Siew Law, tiba-tiba melihat kelibat seorang gadis berambut panjang berpakaian merah di hadapan batu kubur. Apabila bertanyakan rakan-rakannya, mereka semua menjawab tidak nampak kelibat tersebut.
 
Former Tat Tak Public School 01059
Sebahagian dari bangunan sekolah yang terbiar

Merasakan tidak selesa dengan keadaan tersebut, mereka membuat keputusan untuk beredar pulang. Sebaik sahaja di sampai di Stesen keretapi, Siew Law tiba-tiba menjerit apabila diberitahu salah seorang rakan mereka melihat kelibat perempuan berbaju putih di kubur tersebut. Muka beliau berubah menjadi putih, dan dia mula menjerit dan meletakkan tangannya di leher sendiri serta mencakar-cakar mukanya.


 Former Tat Tak Public School 01059
 Bangunan sekolah berbentuk L

Rakan-rakan cuba menghentikan beliau dari terus mencederakan dirinya, tetapi tidak berhasil. Malah mereka juga di gigit dan dicakar. Akhirnya dengan bantuan polis, Siew Law telah dapat dikawal, lalu pengsan. Setelah sedar, dia memberitahu semasa pengsan dia melihat begitu ramai imej orang mati. Setelah cerita itu tersebar tiada lagi yang berani untuk menghampiri sekolah tersebut. Maka tinggallah makhluk-makhluk halus tersebut bersama rakan-rakan mereka disitu. Happily ever after...


Comments

  1. Ishh.. menakutkan.. sy klu bab hantu2 ni klu boleh x payahlah nk terjumpa2.. mohon dijauhkan je lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup Khir..mintak dijauhkan benda-benda macam ni..

      Delete
  2. agak2nya berani tak geng seekers pi situ ...

    ReplyDelete
  3. so scary..aman dah hantu2 kt situ...x ada yg kacau..hehehe

    ReplyDelete
  4. seramnya kisah ni.. nampak struktur bangunan tu pun dah meremang bulu roma..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup ada gambar lagi seram Aiza..tapi kita pun takut nak letak..he..he

      Delete
  5. Bila dah terbiar lagilah menyeramkan suasananya. Hong Kong dah terlalu padat, hantu pun nak juga ada tempat tinggal...hehe

    ReplyDelete
  6. Panggil seekers buat shooting bagus ni....hehe

    ReplyDelete
  7. Satu lagi perkongsian sejarah yang menarik. Sejam juga tengok rumah tu.

    ReplyDelete
  8. cocok sekali buat uji nyali keberanian

    ReplyDelete
  9. di semua negarapun terdapat banyak bangunan berhantu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat