Pasangan Suami Isteri Yang Di Dakwa Membunuh
Bunuh Anak Dalam Tiga Cubaan Bunuh Diri
Kerana masalah kewangan, sepasang suami isteri bertekad untuk membunuh diri dan kedua anak mereka. Dalam tiga percubaan membunuh diri, mereka telah berjaya membunuh anak perempuan mereka yang berusia 5 tahun.
Cubaan bunuh diri yang pertama dilakukan pada 12 September, di rumah mereka di Sri Manja Square, off Jalan Klang Lama dengan membakar arang dalam bilik tidur utama mereka sebelum mereka sekeluarga memasuki bilik tersebut. Walaubagaimanapun cubaan pertama mereka gagal. Keesokan harinya, 13 September, mereka membuat percubaan kedua dan berjaya membunuh anak perempuan mereka yang berusia 5 tahun. Walaubagaimanapun kedua pasang suami isteri itu bersama seorang lagi anak lelaki mereka berusia 7 tahun terselamat dalam cubaan tersebut.
Hari berikutnya, pasangan itu sekali lagi meneruskan niatnya untuk membunuh diri bersama seorang lagi anak lelaki mereka berusia tujuh tahun di sekitar Klang. Mereka turut membawa mayat gadis kecil itu untuk dilupuskan. Walau bagaimanapun, mereka terpaksa membatalkan hasrat tersebut dan membawa balik mayat tersebut ke rumah kerana tidak menjumpai tempat yang sesuai.
Masalah Kewangan Punca Bunuh Diri
Pada pagi Rabu, mayat kanak-kanak yang hampir reput itu ditemui didalam bilik utama rumah mereka apabila rakan sekelas beserta Ibubapa mereka denagn bantuan pihak polis datang mencari kanak-kanak tersebut setelah beliau tidak hadir ke sekolah selama lima hari.
Siasatan awal menunjukkan bahawa keluarga itu menghadapi masalah kewangan. Lelaki tersebut merupakan seorang kontraktor yang tidak mempunyai pekerjaan hampir sebulan. Polis juga tidak menolak kemungkinan pasangan ini merancang untuk menggantung diri setelah menemui beberapa wayar kabel di rumah mereka. Pasangan suami isteri ini kini itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
p/s: Inilah sebahagian dari kisah masyarakat kita yang berjuang melawan beban hidup. Apabila tewas maka berlakulah perkara-perkara seperti ini.
semak link
ReplyDeletehttp://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2013/09/pencarian-bloglist-tamat-senarai.html
Ok will do cik akak..tq
Deletesometimes sebabkan masalah kewangan dan juga pressure dari persekitaran, boleh menyebabkan seseorang itu tak boleh nak imbang diri dan tak terkawal emosi... hu hu hu...scary kan?
ReplyDelete*entri dah review yer...
Memang scary farah..bila tekanan samapi maksimumm, macamn-macam boleh jadi..mintak dijauhkan benda-benda macam ni kan..
Deletetak ada kerja cari kerja susahkan org pula eiii
ReplyDeleteHe..he..betul jugak tu suri..
Deletemcm ni pon ada ? ish2
ReplyDeleteAda lieya..macam-macam ada...
Deletesemakin menjadi-jadi pula kes membunuh diri sekarang ni..
ReplyDeleteKan Aiza..tekanan perasaan ada di mana-mana...
Deletesubhanallah..ceteknya pemikiran..ape nk jdlh..bunuh diri pn boleh cuba2..nmpk sgt terdesak..nauzubillah..ni kalau islam, pasti teruk dikutuk..
ReplyDeleteSemoga kita semua dijauhkan dengan dugaan-dugaan macam ni Fais..yang penting kalau orang Islam kena banyak bersabar...
DeleteJiwa dan perasaan orang didalam tekanan dengan mudah di hasut syaitan.
ReplyDeleteSo true BM..jangan biarkan syaitan hampiri kita...
DeleteDuit ni klu x dikawal oleh akal hati & jiwa, ia boleh jadi lebih teruk dari dadah.. Duit boleh buat org gembira, berduka, hilang kawan, hilang keluarga, riak, rasa berkuasa dan mcm2 baik & buruk.. yg ni lagi teruk.. hilang nyawa..
ReplyDeletehmm..takut juga tengok dorang ni berlagak macam malaikat maut nak cabut nyawa orang..
ReplyDeletekesian pada anak yg tak berdosa ..jadi mangsa...inilah pentingnya ilmu agama..minta pertolongan dengan Yang Maha Eda..semoga mereka bertaubat dan diberi hidayah..
ReplyDeleteish banyak cara nak selesai masalah bukan dengan bunuh diri. kesian si anak.
ReplyDeletebila tertekan macam2 kemungkinan yang akan terjadi dan jadi tidak terkawal hingga sampai ke tahap bunuh diri ! Itulah kita kena jati diri & mental yang kuat
ReplyDeletesampai tahap bunuh diri..kesian kat anak2 kecil yg tak berdosa tu
ReplyDeleteKalau dah terdesak apa pun boleh berlaku....lagi lagi nk hidup dlm kota metropolitan ni....tanpa iman lagilah....
ReplyDeleteشركة نقل العفش بالمدينة المنورة
ReplyDeleteشركات نقل العفش بمكة
شركات نقل العفش
شركة نقل عفش بجازان
شركة نقل عفش بينبع
شركة نقل عفش بالرياض
شركات نقل عفش بجدة
شركة نقل عفش بالباحة
شركة نقل عفش بالطائف
شركة نقل عفش بالباحة
ReplyDeleteشركة نقل عفش بينبع
دينا نقل عفش بابها
نقل الاثاث بالمدينة المنورة
ارخص شركة نقل عفش بمكة
شركة نقل عفش بالخرج
شركة نقل عفش بالبقعاء
شركة نقل عفش بجازان