1950DA melanggar bumi dalam tempoh 867 tahun.

Asteriod Besar, 1950DA, Bakal Menghancurkan Bumi


Sebuah asteroid besar dikenali sebagai 1950DA, dijangka akan melanggar bumi pada 16 Mac 2880, sekali gus menyebabkan dunia hancur. Itulah ramalan terbaru yang dikeluarkan oleh Sainstis Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa).

Berdasarkan laporan, Asteroid itu pertama kali ditemui pada 23 Februari 1950. Ia muncul selama 17 hari sebelum hilang dari pandangan selama setengah abad. Pada 31 Disember 2000, 1950DA muncul kembali. Berdasarkan pemerhatian optik, ia berputar sekali pada setiap 2.1 jam dan menjadikannya asteroid kedua berpusing paling laju  dalam saiznya.

Difahamkan, asteroid itu terletak hampir 5 kilometer dari garis pusat dan bergerak kira-kira 15 kilometer sesaat untuk ke bumi serta mampu menghentam Lautan Atlantik pada kelajuan 61 kilometer sejam. Asteroid1950DA dianggarkan berlanggar dengan planet bumi pada kuasa 44,800 megatan.


p/s: Sekadar ramalan dari Nasa. Biarpun dah banyak kali dia orang membuat ramalan, namun yang pasti, satu saat dan ketika bumi akan hancur. Kiamat pasti datang.