Tiga maut manakala seorang lagi hilang akibat banjir lumpur yang melanda Cameron Highland. Kejadian banjir kilat itu dipercayai bermula apabila hujan lebat
kira-kira jam 7 malam semalam hingga awal pagi semalam menyebabkan
takungan air di Empangan Sultan Abu Bakar mula melimpah.
Harta Benda Yang Musnah
Takungan air terpaksa dilepaskan bagi mengelak tekanan yang boleh menyebabkan kejadian empangan pecah. Pelapasan air yang dilakukan jam 1 dan 2.45 pagi itu menyebabkan Sungai
Bertam mula melimpah dan berlaku banjir kilat secara mengejut.
Kawasan yang terjejas
Tiga Maut Akibat Banjir Lumpur
Tiga disahkan maut termasuk dua warga asing. Mayat warga Bangladesh dikenali sebagai Jahangir, 30-an ditemui di kawasan rumahnya kira-kira jam 8 pagi manakala mangsa kedua, wanita Indonesia dikenali sebagai Kasmet, 46 ditemui pasukan penyelamat kira-kira 15 minit kemudian. Seorang lagi warga Indonesia berusia 17 tahun yang masih belum dikenal pasti identitinya hilang dipercayai dihanyutkan air atau tertimbus lumpur.
Air dari empangan yang melimpah
Mangsa Terperangkap Dalam Lumpur
Mayat kedua-dua pekerja kebun sayur itu ditemui dalam keadaan berlumpur dipercayai lemas akibat terperangkap dalam rumah mereka yang ditenggelami air lumpur. Seorang warga tempatan, Tam Tuck Choi, 51, dari Bertam Valley meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital selepas terkena serangan jantung akibat terkejut melihat kejadian banjir kilat yang berlaku secara mengejut itu.
Rumah Yang DiTengelami Air
Seorang lagi mangsa, Khoo Kim Wang, 38, terselamat namun terpaksa
dihantar ke Hospital Ipoh menerima rawatan selepas mengalami kecederaan
akibat terkena kaca ketika cuba menyelamatkan diri. Bencana tersebut turut memusnahkan 80buah rumah penduduk dan 100 kenderaan.
Kesiannya.. malang mmg x berbau..
ReplyDeletekesiannya..ada tgk kt brita tdi..nk buat cmne..klu xlepas empang pech lgi la trok jdinya..
ReplyDeletekesian..tengok juga kat tv tadi...
ReplyDeletekuasa alam tiada yg mampu menahan...
ReplyDeletesubhanallah teruk juga bnjir kt cameron ni..xsgka plak cameron pn bnjir ye..
ReplyDelete1st time dengar banjir di cameron....
ReplyDeletekuasa Allah.. takziah kepada semua mangsa yang terlibat..
ReplyDeleteMusibah bole datang dan pergi dalam sekelip mata, meninggalkn kemusnahan yang berkelip2 mata pun belum tentu dapat dipulihkn semula
ReplyDelete