Skip to main content

Tiga Maut Akibat Banjir Lumpur Di Cameron Highland

Bencana Lumpur Di Cameron Highland

Banjir Lumpur Di Cameron Highland


Tiga maut manakala seorang lagi hilang akibat banjir lumpur yang melanda Cameron Highland.  Kejadian banjir kilat itu dipercayai bermula apabila hujan lebat kira-kira jam 7 malam semalam hingga awal pagi semalam menyebabkan takungan air di Empangan Sultan Abu Bakar mula melimpah.

 
Harta Benda Yang Musnah

Takungan air terpaksa dilepaskan bagi mengelak tekanan yang boleh menyebabkan kejadian empangan pecah. Pelapasan air yang dilakukan jam 1 dan 2.45 pagi itu menyebabkan Sungai Bertam mula melimpah dan berlaku banjir kilat secara mengejut. 

Kawasan yang terjejas

Tiga Maut Akibat Banjir Lumpur


Tiga disahkan maut termasuk dua warga asing. Mayat warga Bangladesh dikenali sebagai Jahangir, 30-an ditemui di kawasan rumahnya kira-kira jam 8 pagi manakala mangsa kedua, wanita Indonesia dikenali sebagai Kasmet, 46 ditemui pasukan penyelamat kira-kira 15 minit kemudian. Seorang lagi warga Indonesia berusia 17 tahun yang masih belum dikenal pasti identitinya hilang dipercayai dihanyutkan air atau tertimbus lumpur. 

Air dari empangan yang melimpah

Mangsa Terperangkap Dalam Lumpur

 
Mayat kedua-dua pekerja kebun sayur itu ditemui dalam keadaan berlumpur dipercayai lemas akibat terperangkap dalam rumah mereka yang ditenggelami air lumpur. Seorang warga tempatan, Tam Tuck Choi, 51, dari Bertam Valley meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital selepas terkena serangan jantung akibat terkejut melihat kejadian banjir kilat yang berlaku secara mengejut itu. 


 
Rumah Yang DiTengelami Air

Seorang lagi mangsa, Khoo Kim Wang, 38, terselamat namun terpaksa dihantar ke Hospital Ipoh menerima rawatan selepas mengalami kecederaan akibat terkena kaca ketika cuba menyelamatkan diri. Bencana tersebut turut memusnahkan 80buah  rumah penduduk dan 100 kenderaan.


Comments

  1. kesiannya..ada tgk kt brita tdi..nk buat cmne..klu xlepas empang pech lgi la trok jdinya..

    ReplyDelete
  2. kesian..tengok juga kat tv tadi...

    ReplyDelete
  3. kuasa alam tiada yg mampu menahan...

    ReplyDelete
  4. subhanallah teruk juga bnjir kt cameron ni..xsgka plak cameron pn bnjir ye..

    ReplyDelete
  5. 1st time dengar banjir di cameron....

    ReplyDelete
  6. kuasa Allah.. takziah kepada semua mangsa yang terlibat..

    ReplyDelete
  7. Musibah bole datang dan pergi dalam sekelip mata, meninggalkn kemusnahan yang berkelip2 mata pun belum tentu dapat dipulihkn semula

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat