3 Golongan Yang Di Laknat Allah
Salam Motivasi Untuk Semua Pembaca Blog Santai,
Balasan Anak Derhaka (Cr Google)
3 Golongan Yang Di Laknat Allah
Kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai 3 Golongan Yang Di Laknat Allah. Pengisiannya diolah dari Facebook salah seorang rakan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ada tiga macam orang yang terkena laknat Allah SWT iaitu seorang yang membenci kedua ibu bapanya, seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian setelah isteri tersebut dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya dan seseorang yang berusaha agar orang-orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan hasutan-hasutannya". (Hadis Riwayat Ad Dailami daripada Umar r.a)
Berdasarkan hadis di atas terdapat tiga golongan yang akan mendapat laknat Allah SWT iaitu:
Pertama : Seorang yang membenci kedua ibu bapanya. Di
dalam Islam orang yang derhaka dan membenci kedua ibu bapanya
termasuk ke dalam kategori dosa besar setelah mensyirikkan Allah. Anak derhaka tidak akan mencium bau syurga dan haram baginya untuk memasuki syurga Allah SWT.
Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “ Barangsiapa membuat ibu bapanya gembira (memberi keredaan), maka sesungguhnya ia membuat reda Allah. Barangsiapa menyakitkan hati ibu bapanya, maka sesungguhnya ia membuat kebencian Allah” (Hadis riyawat Bukhari )
Kedua
: Seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian
setelah isteri tersebut dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya.
Salah satu sifat orang fasik adalah suka kepada isteri orang dan dia berusaha untuk menceraikan pasangan suami isteri tersebut. Ianya mungkin berlaku apabila ada seorang wanita mengadu kepada seorang lelaki lain mengenai masalah rumahtangganya. Sebagai seorang mukmin, lelaki tersebut perlu menasihatkan wanita tersebut supaya kembali mentaati suaminya dan melupakan perbalahan kecil urusan rumah tangga bukannya menggalakkan wanita tersebut meminta cerai kepada suaminya dengan itu dia akan berpeluang mengawininya. Akhlak lelaki seperti ini cukup buruk dan akan mendapat laknat Allah SWT di dunia ini dan di akhirat akan mendapat azab yang besar.

Ketiga
: Seseorang yang berusaha agar orang-orang mukmin saling membenci dan
saling mendengki antara sesamanya dengan hasutan-hasutannya.
Semoga kita tidak termasuk dalam mana-mana 3 golongan yang di Laknat Allah. Aminn...Nabi SAW bersabda maksudnya : ''Sesungguhnya, orang-orang yang suka menghasut tidak akan masuk syurga.'' (Hadis Riwayat Bukhari-Muslim).
Jaga Diri, Hiasi peribadi. Selamat Beramal & Wasalam.
peringatan untuk semua... :)
ReplyDeleteSemoga Allah melindungi kita semua dari 3 golongan diatas maria..
DeleteAstagfirullah.. Nauzubillah.. peringataan yg baik buat semua..
ReplyDeletemenabung churp2 di sini.. :)
Thanks so much khir!!!
Deleteyg kedua tu tringat cite kmpg gurl..hihi..
ReplyDeleteinfo yg menarik. tq
ReplyDeleteThanks for sharing dear...peringatan untuk semua
ReplyDeletesmoga kita dijauhkan dari termasuk dalam golongan tu..
ReplyDeletemudah-mudahan kita dijauhkan dari menjadi manusia sebegitu...terima kasih berkongsi :)
ReplyDeletetq share ingatan utk diri sendiri ni !
ReplyDeleteTerima kasih mengingatkan...
ReplyDeleteterima kasih sis..
ReplyDeleteterima kasih kerana mengingatkan.. semoga kita semua tak tergolong dalam 3 golongan di atas..
ReplyDeletethx for sharing raudzah...semoga kita dijauhi dari golongan yang dilaknati olehNYA
ReplyDeleteperkara ni terjadi dlm kehidupan saya..isteri saya minta cerai sebab nk kt lelaki lain..
ReplyDelete