Misteri Kehilangan Potret Monalisa
Monalisa
Misteri Kehilangan Potret Monalisa
Kehilangan potret Monalisa daripada tempat seimpanannya menjadi misteri selama dua tahun. Dari dulu, Potret Monalisa sememangnya menjadi rebutan peminat seni dan para jutawan di Eropah. Kerana itulah potret berkenaan yang dipamerkan di galeri Louvre di Paris, Perancis terpaksa diletakkan didalam bekas kalis peluru yang dikawal rapi.
Bagaimanapun pada 12 Ogos 1911, dunia seni gempar apabila potret Monalisa didapati hilang. Usaha pasukan keselamatan dari seluruh Eropah gagal mengesan penjenayah tersebut. Tiba-tiba tidak berapa lama kemudian, muncul 6 orang jutawan mengaku memiliki lukisan tersebut. Masing-masing dengan penuh bangga mengaku bahawa mereka adalah pemilik sebenar potret Monalisa yang asli. Kesemua mereka mengaku bahawa mereka membeli potret tersebut dengan harga AS$300.000.

Vincenzo Peruggia
Misteri Kehilangan Potret Monalisa Terbongkar
Dua tahun kemudian, misteri kehilangan Monalisa terbongkar. Keenam-enam jutawan tersebut terpaksa berputih mata kerana Monalisa yang selama ini disangka asli, rupanya tidak lebih hanya lukisan palsu yang dihasilkan oleh pakar penciplak terkenal bernama Yves Chaudron.
Semuanya terdedah apabila, Peruggia salah seorang pencuri yang menyeludup potret tersebut keluar dari galeri Louvre di Paris, Perancis pada 12 Ogos 1911, mencuri semula lukisan tersebut dari simpanan Valfierno dan menjualnya dengan harga yang terlalu murah. Tindakan nya telah menimbulkan syak wasangka yang akhirnya menyebabkan beliau ditangkap dan dipenjara. Selepas itulah Monalisa kembali ke tempat asalnya di Lourve hingga kini.
Jika tidak kerana sifat tamak Perugia, mungkin ramai lagi jutawan yang tertipu manakala Dan Valfierno hidup mewah hasil jualan Monalisa palsu. Hmmmm...
ha..ha... tamak punya pasai..
ReplyDeletex pasai2 kena tipu
tak tahu plk potret ni pernah kena curi. hehe. tapi cantik la lukisan dia
ReplyDeletemonalisa ni sape sebenarnya?
ReplyDeletebaru puteri tahu yang potret ni pernah kena curi
ReplyDeletekenapa monalisa menjadi satu rebutan er?
ReplyDeletepotret monalisa ni istimewa sngt sampai menjadi rebutan . tapi kita tengok biasa ja pon hehe
ReplyDeletentah la ada orang kata mona lisa ni tak wujud pun
ReplyDeletehonestly fae x nampak something special pasal gambar ne..
ReplyDeleteNtah2 yg dipamerkan tu pun sebenarnya palsu ...
ReplyDeletebab seni ni aiza tak panai sangat menilai.. terlalu istimewa sehingga menjadi rebutan orang kaya..
ReplyDeleteMungkin dicuri sbb nk main harga agar lebih mahal kot.. wallahualam.. :)
ReplyDeleteklu aku dpt potret nie kn bez,,
ReplyDeletepastu jual blik, mmg goyang kaki la kn..
hihi
Ramainya yang minat dengan potret monalisa..
ReplyDeletebende biasa2 je pun bole jadi mahal kalau jadi rebutan
ReplyDeletefor KA lah monalisa ni biasa2 aje hehehe
ReplyDeletehmm.. hanya kerana sebuah potret..
ReplyDeletetrue religion jeans
ReplyDeleteralph lauren outlet
coach outlet online
new orleans saints jerseys
coach outlet
toms outlet
jordan shoes
gucci sale
jacksonville jaguars jersey
polo ralph lauren