
Bahaya Dengki Pada Manusia
Dengki
Bahaya dengki pada manusia. Dengki adalah merupakan sikap yang muncul dari hati seseorang apabila melihat kebahagiaan orang lain. Dalam hatinya penuh dengan kesumat mengharapkan kebahagiaan itu lenyap. Ianya adalah gabungan dari sifat kedekut dan kekecelaruan jiwa.
Dalam sebuah hadis jelas mengajak kita menjauhi perasaan dengki. Dari Abu Hurarirah r.a yang meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Janganlah kamu semua saling dengki, menipu, membenci, membelakangi dan membeli sesuatu barang yang (akan) dibeli orang. Jadilah kamu sekelian hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara pada muslim yang lain. Tidak layak untuk menzalimi, berbohong dan tidak peduli padanya. Takwa itu ada di sini (Baginda menunjuk pada dadanya sebanyak 3 kali). Cukuplah seseorang itu dikatakan jahat jika dia menghina saudaranya sesama muslim. Haram bagi seorang muslim dari muslim yang lain darahnya, hartanya dan harga dirinya" (HR Muslim)
Bahaya Dengki Pada Kesihatan
Sifat dengki yang muncul dalam hati akan menyebabkan kesedihan yang berpanjangan dan mungkin menyebabkan kemurungan.
Menurut Dr Hamid al-Ghaubi, kesan buruk sifat dengki pada kesihatan berlaku apabila munculnya tindak balas jiwa pada orang yang dengki serta gangguan pada kelenjar pankreas. Keadaan seperti ini, akan menimbulkan rasa sakit pada tubuh dan boleh menjadikan sipemiliknya "kurus" seolah-olah merana.
Perasan dengki akan menyebabkan perubahan pada raut wajah. Hasad dengki yang ada dihati akan terpancar diwajah menyebabkan air mukanya kelihatan kusam dan tidak bercahaya.
Penyakit dengki juga akan memudahkan serangan jantung kerana jiwa pemiliknya yang selalu terseksa dan tertekan dengan kelebihan yang dimiliki oleh orang lain.
So sebelum wajah kita kelihatan kusam dan tua sebelum usia, jom sama-sama kita pelihara hati kita daripada segala perasaan hasad dengki kerana ianya bakal merosakkan hati dan jasad kita.
Sabda Rasulullah s.a.w. "Jauhilah dengki kerana dengki itu memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu api" (HR. Abu Daud)
Semoga dijauhkan dari sifat dengki..
ReplyDeleteTerlalu bnyk kemudaratan yg akan merosak diri
Salam rabu Raudzah :)
Salam Rabu Fidah...
Deletesaya cuba membuang perasaan dengki itu dan skrg telah berjaya!
ReplyDeleteAlhamdulillah AK..
Deletebersamalah kita menjauhi perasaan dengki ini.. atau pun salurkan ke arah yang positif seperti berusaha dengan lebih gigih..
ReplyDeletemenabung 2 libresse.. :D
ReplyDeletedengki buatkan muka makin tua... berlapang dada itu yg terbaik...
ReplyDeletemudah-mudahan kita dijauhkan dari sifat dengki ni...agar tenang jiwa kita :)
ReplyDeletekerana dengki manusia sanggup berdendam dan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya kan
ReplyDeletesemoga kita semua dijauhkan dari sifat dengki
ReplyDeleteharap2Lah sifat dengki dlm diri kita ni dpt di elakkan..ohohoh
ReplyDeletesetiap apa yg dilarang dalam agama kita (rujuk hadis) pasti ada hikmahnya..see?? dalam kajian sains pun dah nyatakan hasad dengki ni bg efek pd kesihatan...walhal Rasulullah dah bg tau awal2 1400 tahun yg lalu ^^
ReplyDeleteSemoga kita semua dijauhkan dari sifat dengki ini.. aamiin..
ReplyDeleteHotlink.. :)
perkongsian menarik..
ReplyDelete
ReplyDeleteشركة مكافحة حشرات بالدمام
شركة كشف تسربات بالدمام
شركة عزل اسطح بالدمام
شركة تسليك مجاري بالدمام
شركة تنظيف كنب بالدمام
شركة تنظيف مساجد بالدمام
شركة تنظيف سجاد بالدمام
شركة تنظيف خزانات بالدمام
شركة تنظيف وصيانة مسابح بالدمام