Bahaya Dengki Pada Kesihatan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjrxFE4JAexsevVZ_BIToYir8sx6jQa8tptaqpGUyH5PQcVRNx3JW4IS5mtbHYAkRGAqgSlsoIiOQwlqgYZ8-crm5WJ4wQ6wR-3DdlMkJBGVQCem5uQjQiyxyFCFcxghpiHQWzOcSbq9fRw/s640/hasad+dengki.jpg
Bahaya Dengki Pada Manusia

Dengki


Bahaya dengki pada manusia. Dengki adalah merupakan sikap yang muncul dari hati seseorang apabila melihat kebahagiaan orang lain. Dalam hatinya penuh dengan kesumat mengharapkan kebahagiaan itu lenyap. Ianya adalah gabungan dari sifat kedekut dan kekecelaruan jiwa.

Dalam sebuah hadis jelas mengajak kita menjauhi perasaan dengki. Dari Abu Hurarirah r.a yang meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Janganlah kamu semua saling dengki, menipu, membenci, membelakangi dan membeli sesuatu barang yang (akan) dibeli orang. Jadilah kamu sekelian hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara pada muslim yang lain. Tidak layak untuk menzalimi, berbohong dan tidak peduli padanya. Takwa itu ada di sini (Baginda menunjuk pada dadanya sebanyak 3 kali). Cukuplah seseorang itu dikatakan jahat jika dia menghina saudaranya sesama muslim. Haram bagi seorang muslim dari muslim yang lain darahnya, hartanya dan harga dirinya" (HR Muslim)

Bahaya Dengki Pada Kesihatan


Sifat dengki yang muncul dalam hati akan menyebabkan kesedihan yang berpanjangan dan mungkin menyebabkan kemurungan.

Menurut Dr Hamid al-Ghaubi, kesan buruk sifat dengki pada kesihatan berlaku apabila munculnya tindak balas jiwa pada orang yang dengki serta gangguan pada kelenjar pankreas. Keadaan seperti ini, akan menimbulkan rasa sakit pada tubuh dan boleh menjadikan sipemiliknya "kurus" seolah-olah merana.

Perasan dengki akan menyebabkan perubahan pada raut wajah. Hasad dengki yang ada dihati akan terpancar diwajah menyebabkan air mukanya kelihatan kusam dan tidak bercahaya.

Penyakit dengki juga akan memudahkan serangan jantung kerana jiwa pemiliknya yang selalu terseksa dan tertekan dengan kelebihan yang dimiliki oleh orang lain.

So sebelum wajah kita kelihatan kusam dan tua sebelum usia, jom sama-sama kita pelihara hati kita daripada segala perasaan hasad dengki kerana ianya bakal merosakkan hati dan jasad kita.
Sabda Rasulullah s.a.w. "Jauhilah dengki kerana dengki itu memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu api" (HR. Abu Daud)

Comments

  1. Semoga dijauhkan dari sifat dengki..
    Terlalu bnyk kemudaratan yg akan merosak diri
    Salam rabu Raudzah :)

    ReplyDelete
  2. saya cuba membuang perasaan dengki itu dan skrg telah berjaya!

    ReplyDelete
  3. bersamalah kita menjauhi perasaan dengki ini.. atau pun salurkan ke arah yang positif seperti berusaha dengan lebih gigih..

    ReplyDelete
  4. dengki buatkan muka makin tua... berlapang dada itu yg terbaik...

    ReplyDelete
  5. mudah-mudahan kita dijauhkan dari sifat dengki ni...agar tenang jiwa kita :)

    ReplyDelete
  6. kerana dengki manusia sanggup berdendam dan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya kan

    ReplyDelete
  7. semoga kita semua dijauhkan dari sifat dengki

    ReplyDelete
  8. harap2Lah sifat dengki dlm diri kita ni dpt di elakkan..ohohoh

    ReplyDelete
  9. setiap apa yg dilarang dalam agama kita (rujuk hadis) pasti ada hikmahnya..see?? dalam kajian sains pun dah nyatakan hasad dengki ni bg efek pd kesihatan...walhal Rasulullah dah bg tau awal2 1400 tahun yg lalu ^^

    ReplyDelete
  10. Semoga kita semua dijauhkan dari sifat dengki ini.. aamiin..
    Hotlink.. :)

    ReplyDelete
  11. perkongsian menarik..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat