Permohonan BR1M 3 Untuk 2014 Di Buka Sekarang!!!!

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhkYvIhsWDJXfoQSAY1jzMmHtI4frVGGjqH_v-OaYvHXpwI-VwLdbrzEeslRmg8iem3GK4NOcAw7v0uYYGJHb6vVU9myCxZW4NwbiOxGt5jZ6rwRJl_VpCorP5p_e3uF4pwB_amQ0iJfGE/s320/BRIM-2.jpg 
BR1M 3 (2014)

Permohonan BR1M 3 Di Buka


Berita baik untuk semua penerima BRIM 3. Permohonan BR1M 3 telah dibuka mulai semalam sehingga 31 Dis 2013. Kepada penerima BR1M yang sedia ada, tak perlu mendaftar lagi ya. Tapi apa yang you all perlu lakukan adalah mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.

Pendaftaran dan Permohonan Online BR1M 3


Manakala bagi pemohon yang baru, you all boleh mendaftar secara online di  E-BR1M 2014.  Kalau tak nak buat online, boleh mendaftar secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 3 (2014) yang boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sebelum membuat permohonan, pastikan semua syarat dibawah dipenuhi:

Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 3


 1. Warganegara Malaysia
 2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
3. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
4. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah. 

Pembayaran BR1M 3


Pembayaran BR1M 3 akan dibuat kepada semua penerima yang layak bermula Februari 2014.

Pertanyaan Mengenai BR1M 3


Kalau ada sesiapa yang mempunyai pertanyaan mengenai BR1M 3, boleh hubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang dibuka mulai semalam (23 Dis), dari Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang.

Comments

  1. semoga info ini memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan..

    ReplyDelete
  2. Semoga dpt membantu meringankan beban kpd yg layak & memerlukan, in shaa Allah...

    ReplyDelete
  3. info yang menarik, mama kemas kini di laman sesawang je.. :)

    ReplyDelete
  4. semoga bermanfaat untuk mereka yg membutuhkan ;)

    ReplyDelete
  5. alhamdullilah boleh tambah2 utk keperluan sekolah

    ReplyDelete
  6. info berguna kepada mereka2 yang layak memohon :)

    ReplyDelete
  7. thanx Raudzah..kita baru nak cuba tahun ni..semoga la kita layak..huhu

    ReplyDelete
  8. aiza layak memohon.. terima aksih info ini.. menabung 2inti&1transitions untuk raudzah.. :D

    ReplyDelete
  9. Kepada yang belum berbuat demikian, bolehlah berbuat segera.

    ReplyDelete
  10. updatelah ya pada siapa yang wajib benar memerlukan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat