Posts

Showing posts from January, 2014

Bonus Tabung Haji 8 Peratus

Image
Bonus 8 Peratus Untuk Penyimpan Tabung Haji Bonus Tabung Haji 8 Peratus Ada yang tunggu bonus dari Tabung Haji tak? Pada yang menunggu, ada berita baik untuk semua ya..Tabung haji dah umumkan  bonus tahunan sebanyak 8 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013 untuk semua pendeposit di Tabung Haji. Bonus ini diwakili oleh 6 peratus bonus tahunan yang bakal dinikmati oleh   8.3 juta penyimpan Lembaga Tabung Haji (TH) s ementara  7.7 juta lagi penyimpan akan mendapat Bonus Haji tambahan sebanyak dua peratus menjadikan bonus keseluruhan 8 peratus.  Jumlah ini sebenarnya adalah sama seperti yang diumunkan pada tahun lalu. Hanya agihan yang berbeza. Bonus tahunan  bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012  adalah 6.5% manakala bonus khas sempena sambutan Jubli Emas penubuhan Tabung Haji sebanyak 1.5 peratus. Apa-apa pun Alhamdulillah masih kekal. Taklah berkurang macam ASB kan... 1. Rahsia Blogger Malaysia 2. Tiga Minit Yang Berharga...    3

MPV Ni Terbabas & Terbakar Di LPT Pagi Tadi!!!

Image
MPV ini terbabas & terbakar dekat susur keluar ke Gambang di LPT, pagi tadi. Alhamdulillah..tiada kemalangan jiwa. Hati-hati semua. Tak perlu pandu laju. Yang penting selamat sampai... 1. Rahsia Blogger Malaysia 2. Tiga Minit Yang Berharga...    3.  Ramai Yang Bangga Dengan Mereka...    4 . Istimewa Untuk Rakyat Malaysia   5 . Pilihan Terbaik 6. Suara Mereka Suara Malaysia   7. Ramai Yang Pilih Ni..Kenapa Ya? Source

Model Jelita Tunggu Hidayah Untuk Peluk Islam

Image
FELIXIA kelihatan jelita bertudung Model Jelita Menutup Aurat Nama Felixia Yap bukanlah asing dalam bidang modelling. Model jelita dan seksi untuk majalah Playboy ini telah mengejutkan ramai suatu ketika, apabila mengambil keputusan untuk menutup aurat biarpun belum memeluk Islam. Model Jelita Selesa Bertudung Setelah bertudung dan mempelajari sedikit sebanyak mengenai Islam,  mengenai Nabi Muhammad SAW dan Kaabah,   beliau kini jatuh cinta dengan Islam dan tidak sabar untuk melawat rumah suci Allah,  kaabah.  Model Jelita Tunggu Hidayah Dan yang lebih ironi, beliau membuat keputusan untuk menyambut Tahun Baru Cina dengan pakaian berimej Islam termasuk memakai tudung kerana berasa lebih selesa dan tenang.   Semoga Allah memberikan hidayah untuk beliau memeluk Islam. p/s: Hidayah Allah boleh diberi kepada sesiapa sahaja. Tidak kira latar belakang dan sejarah masa lalunya. Moga-moga kita yang telah diberi hidayah tidak leka. Amin!!! 1. Rahsia Blogger Ma

Ngeri: Bapa Sembelih Anak Hingga Mati Di Bangi

Image
Suspek Yang Cedera Di Bawa ke Hospital Bapa Sembelih Anak Hingga Mati Kejadian ngeri b apa sembelih anak   berulang lagi. Kalau suatu ketika dulu seorang bapa telah menyembelih anaknya yang berusia 7 tahun dan menghirup darahnya   berlaku di Lahad Datu, kali ini ianya menimpa sebuah keluarga dari Bangi Selangor. Dalam kejadian petang semalam, s eorang bapa yang dipercayai mengalami masalah mental telah meyembelih seorang anak perempuannya berusia 7 tahun hingga mati dan mengelar dua lagi anaknya perempuannya berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan sebelum melarikan diri.  Bapa Dengan Parang Berdarah Kejadian ngeri tersebut hanya disedari oleh seorang lagi anak perempuannya yang baru pulang dari sekolah. Pada ketika itu anaknya terserempak dengan bapanya di ruang tamu dengan sebilah parang yang berdarah. Beliau kemudiannya berlari ke tingkat atas menemui seorang lagi abangnya yang berada didalam bilik sebelum mereka menghubungi polis. Mangsa Kelar Di Dal

7 Perkara Sombong Yang Di Laknat Allah

Image
Salam Jumaat Untuk Semua pembaca Blog Santai, Tidak Masuk Syurga Orang Yang Sombong ( Source ) Sombong Sifat Tercela Sombong, bongkak dan ego mempunyai maksud yang hampir sama. Ia adalah salah satu daripada sifat-sifat mazmumah (sifat tercela yang terkeji). Sifat ini menjadi kebencian dan kemurkaan Allah kepada sesiapa yang memilikinya, walaupun hanya sedikit, dan menjadi penghalang daripada syurga. 7 Perkara Sombong Yang Di Laknat Allah 1. Sombong kerana kelebihan ilmu 2. Sombong kerana kelebihan beribadat 3. Sombong kerana keturunan 4. Sombong kerana berasa diri cantik, kacak atau sempurna. 5. Sombong kerana kelebihan harta 6. Sombong kerana kegagahan/kekuatan yang dikurniakan Allah 7. Sombong kerana mempunyai pengikut yang ramai (followers mungkin) Cara Menghindari Sifat Sombong Sombong ialah penyakit hati yang merbahaya. Imam Al Ghazali telah memberi beberapa panduan atau petua untuk mengelakkan sikap sombong. Antaranya: 1.

Adakah Kita Seperti Mereka?

Image
Adakah Kita Seperti Mereka? Dimanakah kita hari ini berbanding mereka?  Adakah selipar kita juga dibuat dari botol? Adakah Kita kekurangan Makanan?  Adakah Dugaan Kita Sebesar Mereka? Lapar!!!! Syukur Alhamdulillah. Jawapannya pastinya tidak. Kita masih punya ini: Punya Ini: Punya Ini: Dan Punya Ini: Makanan Yang Berlebihan 1. Rahsia Blogger Malaysia 2. Bahaya Untuk Rakyat Malaysia    3.  Dua Sebab Kenapa Perlu Tukar    4 . Rezeki Parody   5 . Pilihan Terbaik 6. Bertuahnya Dia Orang Ni...   7. Peluang Keemasan Untuk Wanita

Pencarian 50 Bloglist Mamaniza.com

Image
Pencarian 50 Bloglist Mamaniza.com Petang ni kita nak join segmen Pencarian 50 Bloglist Mamniza.com. Blog  Mamaniza.com  ni best.  Pemilik dia sporting & Banyak info menarik kat sana.  Jom lah join sekali. Last day esok tau!!! 1. Rahsia Blogger Malaysia 2. Tiga Minit Yang Berharga...    3.  Ramai Yang Bangga Dengan Mereka...    4 . Istimewa Untuk Rakyat Malaysia   5 . Pilihan Terbaik 6. Suara Mereka Suara Malaysia   7. Ramai Yang Pilih Ni..Kenapa Ya?

Kongsi Gambar Dan Menang RM88!!!!

Image
Project Share-lah - RM88 You all nak menang RM88 tak? Kalau nak senang aje caranya. Hanya ada dua steps: 1. Snap apa-apa gambar yang you all suka mengenai Chinese New Year. 2. Upload kat Instagram, Twitter atau Facebook dengan hashtag #sharelah dan caption yang menarik Contoh Gambar: Best about CNY is RED AngPow and of course "limau" laaa..  Yeeayy.. my holiday start!!  ( Source ) #best #thing #in #cny #tangerine #sharelah #makan #sampai #kenyang ( Source ) Pertandingan ni bermula dari 28th January - 11th February 2014 Setiap minggu ada 8 peserta dengan gambar dan caption yang kreatif akan menerima RM88 setiap sorang. Pemenang akan diumumkan pada 3 dan 10 February 2014. So guys tunggu apa lagi. Jom semua!!! p/s: You all dah join 8share belum? Kalau dah terbaiklah. Kalau belum, boleh daftar percuma kat  SINI   sekarang ya.  Memang tak akan rugi punya!!!! 1. Rahsia Blogger Malaysia 2. Bahaya Untuk Rakyat Malaysia   

Harga Runtuh Untuk Semua Rakyat Malaysia!!!!

Image
Harga Runtuh Dengan 70% Diskaun Harga Runtuh Untuk Semua Rakyat Malaysia Berita baik untuk semua rakyat Malaysia. Harga runtuh untuk  4,000 produk pada harga diskaun 15 hingga 70 peratus bakal di tawarkan oleh 995 cawangan 10 pasar raya di seluruh Malaysia mulai hari ni selama enam bulan. 10 pasaraya yang terlibat adalah  Pasar Raya Econsave, AEON, Mydin, NSK, 99 Speedmart, AEON BIG, Segi Fresh Mart, Giant, KK Mart dan Tesco. So selamat bershopping semua... 1. Rahsia Blogger Malaysia 2. Tiga Minit Yang Berharga...    3.  Ramai Yang Bangga Dengan Mereka...    4 . Istimewa Untuk Rakyat Malaysia   5 . Pilihan Terbaik 6. Suara Mereka Suara Malaysia   7. Ramai Yang Pilih Ni..Kenapa Ya? Source

Apa Dosa Ku?

Image
Apa Dosa Ku? Apa Dosa Ku? Apa Dosa Ku? Jika semalam kita ada berkongsi 14 Kes penderaan Bayi/Kanak-Kanak sepanjang tahun 2013 , hari ni ada lagi kesinambungan kisah tersebut. Jika semalam mereka didera, hari ni mereka bernasib baik tidak didera physically tetapi dibuang ibu kandung. Tiga kisah berikut hanyalah sebahagian dari ratusan lagi kes buang bayi yang berlaku di Malaysia. Bayi Di Tepi Longkang Seorang bayi perempuannya yang masih bertali pusat  telah ditinggalkan oleh ibunya dalam keadaan bogel di Jalan Lapangan Perdana 9, Taman Lapangan Setia, Ipoh. Bayi terbabit yang dipercayai baru dilahirkan ditemui pekerja binaan, Chong Lean Fatt, 48, jam 11 pagi 20 Dec 2013, ketika melalui jalan itu bersama dua rakan. Lean Fatt berkata, bayi itu ditinggalkan di situ dalam keadaan tertiarap dengan badannya berada di atas jalan tar manakala mukanya di atas besi penutup longkang.     Bayi Ditinggalkan Bersama Nota Depan Pintu Rumah          Seorang bayi lela

Ini Idea Yang Bagus...You All Kena Cuba!!!!

Image
8 Gelas Satu Hari ( Source ) 80% Air Dalam Tubuh Manusia Rasanya semua orang tau kan, 80% dari tubuh manusia terdiri dari air. Oleh itu air sangat penting untuk kita. Dua organ manusia yang memiliki kandungan air yang tinggi adalah Otak dan darah. Otak memiliki kadar air sebanyak 90%, sementara darah memiliki kadar air sebanyak 95%. Untuk memastikan tubuh manusia berfungsi secara maksima, secara teori manusia memerlukan 8 gelas air setiap hari. Jika jumlah air tidak muncukupi, fungsi organ-organ dalam tubuh manusia gagal berfungsi dengan baik dan lebih mudah terganggu oleh bakteria, virus, dan lain-lain.  Dan untuk mendisiplinkan diri minum 8 gelas air, ada pelbagai idea dan cara yang kreatif. Antara yang paling berkesan adalah seperti di atas. Baguskan...So you all boleh cuba tau. Pasti berjaya!!!! 1. Rahsia Blogger Malaysia 2. Bahaya Untuk Rakyat Malaysia    3.  Dua Sebab Kenapa Perlu Tukar    4 . Rezeki Parody   5 . Pilihan Terbaik 6. Bertuahnya Di

Hanya Kerana Seorang Penumpang...

Image
Kebakaran Bas Akibat Si Perokok Penumpang Merokok, Bas Terbakar Hanya kerana kelalaian seorang penumpang yang merokok didalam tandas sebuah bas, nyawa seramai 36 penumpang, pemandu dan konduktor sebuah bas ekspres hampir tergadai setelah  kenderaan yang mereka naiki terbakar  di Kilometer 78, Jalan Beluran-Telupid pada hari Ahad yang lalu.  Ini Yang Tinggal Penumpang Sebabkan Kesesakan Mereka bernasib baik kerana salah seorang penumpang mengesan kepulan asap dari tandas tersebut yang memaksa Pemandu memberhentikan bas serta merta untuk menyelamatkan semua penumpang . Kejadian tersebut telah menyebabkan kesesakan  lalu lintas sepanjang satu kilometer. P/s:  Hmm..macam-macam lah dia orang ni...Buat perkara yang tak sepatutnya... Sebenarnya inilah yang bakal berlaku apabila ada yang mementingkan diri. Sebelum ni kita agak terkejut apabila dimaklumkan ada seorang kawan ni tak pernah off handphone bila naik kapal terbang. katanya ok aje so far tak ada masal

14 Kes Penderaan Kanak-Kanak Yang Tragis Di Malaysia

Image
14 Kes Penderaan Kanak-Kanak Di Malaysia ( Source ) Penderaan Kanak-Kanak Kisah arwah adik  Nursyafiqah yang di dera dan dibunuh kejam   oleh kekasih si ibu yang belaku di Paka Terengganu baru-baru ini telah meninggalkan banyak kesan kepada ramai rakyat Malaysia. Masalahnya itu bukanlah kes yang pertama. Namun perkara yang sama tetap berlaku. Dan jika dilihat dari kes-kes yang berlaku hampir setiap bulan, penderaan ini dilakukan ke atas seorang bayi atau seorang kanak-kanak oleh seorang dewasa yang diberikan akal fikiran secukupnya. Mengapa ia berlaku? Apakah dosa sikecil? Penderaan Adalah Balasan Dosa? Untuk menjawab persoalan di atas, kita tertarik dengan satu kupasan tentang dosa dan balasan Allah yang kita terbaca sedikit masa dulu. Sebenarnya kita semua tau bahawa setiap dosa yang kita lakukan pasti akan ada balasan. Jika balasan itu tidak dianugerahkan kepada kita, ia mungkin dianugerahkan kepada mereka-mereka yang ada kaitannya dengan kita dengan harapan ia

7 Hikmah Di Sebalik Ujian Allah

Image
Hikmah  Di Sebalik Ujian Allah ( Source ) Ujian Allah Setiap anak Adam yang dilahirkan ke dunia ini pasti diuji. Samada ujiannya kecil atau besar, itu adalah rezeki masing-masing. Dan Allah telah berjanji, sesiapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam syurga yang mana dia suka.  7 Hikmah Di Sebalik Ujian Allah 1. Allah tingkatkan darjat dan keimanan kita 2. Allah tarik sedikit nikmat untuk diberikan nikmat yang lebih besar 3. Allah berikan satu musibah bagi mengalih musibah yang lebih besar 4. Allah hapuskan dosa-dosa kita 5. Allah sedarkan kita dan mahu mendengar rintihan kita yang semakin mendekatinya 6. Allah mahu berikan iktibar kepada orang lain 7. Tanda Allah sayangkan kita Dan yang pasti ujian Allah adalah untuk mereka yang terpilih kerana Allah sayangkan kita. Ianya diberi seiring dengan kemampuan kita untuk meningkatkan darjat dan keimanan kita. Wallahhualam... 1. Rahsia Blogger Malaysia 2.

Zamir Juara Masterchef Malaysian All Stars

Image
Zamir, Pemenang Masterchef Malaysian All Star Zamir Juara Masterchef Malaysian All Stars Tahniah Zamir kerana menjadi juara   Masterchef Malaysian All Stars   musim pertama. Kedua-dua perserta menunjukkan kehebatan mereka didapur Masterchelf. Namun Zamir bernasib baik berjaya mengalahkan Celina dengan kemenangan tipis 3 mata. Desert telah menyelamatkan Zamir.  Tahniah Untuk Mereka Sup Cendawan Dari Zamir Medly Makanan Laut Dari Celina Sea Bass Gone Wild Dari Zamir Antara Dua Benua Dari Celina Kek Choclate Lava Dari Celina My Finale Dari Zamir Dengan kemenangan tersebut Zamir membawa pulang RM55,000 yang disumbangkan kepada badan kebajikan yang diwakilinya, Rumah Teduhan Kasih di sungai Buluh beserta piala pusingan. Kesian Celina. Tak ada rezeki lagi setelah dua kali ditewaskan di pusingan akhir. Tahun lepas kalah ditangan Syura, kali ini kalah ditangan Zamir. Tak apa Celina, I am still your big fan.. 1. Rahsia Blogger Malaysia 2. Bahaya U

Dia Terkorban Setelah Selamatkan Enam Mangsa....

Image
Hero Cilik - Tyler Doohan Terkorban Setelah Selamatkan Enam Mangsa Ingat tak lagi kisah   Aitzaz Hasan  yang menyelamatkan ribuan murid disekolahnya dari serangan pengebom berani mati ? Itu kisah hero di Pakistan. Hari ni kita nak kongsi satu lagi kisah hero cilik, Tyler Doohan, 8 tahun, dari New York yang terkorban setelah menyelamatkan enam mangsa kebakaran. Walaupun usianya terlalu muda tapi beliau punya rasa tanggungjawab yang amat tinggi.  Ketika menyedari kejadian kebakaran tersebut pada kira-kira jam 4.25 pagi, beliau dengan segera mengejutkan semua yang berada didalam "mobile treller" tersebut serta membawa lari dua lagi adiknya yang berusia 4 dan 6 tahun dari tempat kejadian.  Mayat Tyler Ditemui Disisi Datuknya  Setelah memastikan mereka selamat,  beliau kembali semula memasuki treller untuk mengambil datuknya yang kurang upaya. Ketika itu api sudah terlalu marak. Mayatnya ditemui dalam keadaan sedang memangku datuknya....mungkin kerana beliau

Inilah Beban Hutang Rakyat Malaysia

Image
Beban Hutang Rakyat Malaysia Fakta Mengenai Beban Hutang Rakyat Malaysia Pada tahun 2013, terdapat peningkatan sebanyak 20% berbanding 2012, bagi mereka yang mendapatkan khidmat kaunseling untuk menguruskan beban hutang. Kebanyakan daripada mereka terdiri daripada kumpulan berpendapatan RM4000 dan ke bawah. 5 Penyumbang Utama Kepada Beban Hutang 1. Perancangan Kewangan Yang lemah 2. Kos Perubatan Yang Tinggi 3. Gagal Dalam Perniagaan 4. Hutang Kad Kredit 5. Hilang Pekerjaan Peratus Beban Hutang Berdasarkan Umur Mereka yang berumur 41 tahun ke atas adalah merupakan kumpulan terbesar. (42.4%) Peratus Beban Hutang Berdasarkan Jantina Lelaki adalah mereka yang dibebani beban hutang yang tinggi berbanding wanita dengan peratusan sebanyak 63.35%. 1. Rahsia Blogger Malaysia 2. Bahaya Untuk Rakyat Malaysia    3.  Dua Sebab Kenapa Perlu Tukar    4 . Rezeki Parody   5 . Pilihan Terbaik 6. Bertuahnya Dia Orang Ni...   7. Peluang Keema

Santapan Minda: 100 Rahmat Allah

Image
100 Rahmat Allah ( Source ) Rahmat Allah Dalam Islam, rahmat ( Bahasa Arab : رحمة ‎) dari segi bahasa ialah belas kasihan manakala dari segi istilah ialah kebaikan Allah mengurniakan kepada manusia seperti tubuh badan yang sihat , minda yang cerdas dan jiwa yang bersih. ( Source ) Antara Tanda-Tanda Orang Yang Mendapat Rahmat Allah: 1.  Sangat memelihara solat lima waktu 2. Menjauhkan diri dari urusan dunia dan senang kepada urusan akhirat 3. Sedikit bicara terhadap apa yang tidak diperlukan 4. Menjaga diri dari yang haram dan syubhat sama ada sedikit atau banyak 5. Rendah diri 6. Bersifat dermawan yang ikhlas 7. Selalu ingat mati dan bersiap sedia menghadapinya 8. Merasa gelisah andai melakukan kesilapan kepada Allah Jom sama-sama kita cari rahmat Allah. Jaga diri, hiasi peribadi dan selamat beramal. 1. Rahsia Blogger Malaysia 2. Bahaya Untuk Rakyat Malaysia    3.  Dua Sebab Kenapa Perlu Tukar    4 . Rezeki Parody   5 . Pilih