Keadaan cuaca di ruang udara di Kota Bharu yang redup dan berkabus

Cuaca Sejuk "Luar Biasa" Di Malaysia


Cuaca sejuk "Luar Biasa" Melanda beberapa tempat di Malaysia. Antara yang mengalami suhu terendah dalam sejarah dalam negara adalah daerah Kuala Krai di Kota Bharu yang mencatatkan suhu penurunan minimum sehingga 17 darjah Celsius pada jam 7 pagi kelmarin. Pasir putih juga mengalami cuaca luar biasa dengan bacaan 19 darjah. Selain dari kelantan, daerah Besut di Terengganu juga mencatatkan suhu terendah dalam sejarah didaerah tersebut pada bacaan 19 darjah Celsius. 


Apakah Cuaca Sejuk Bakal Membawa Salji Ke Malaysia?

Cuaca Sejuk Dengan Suhu Terendah


Kalau you all nak tau, suhu terendah yang pernah dicatatkan di malaysia adalah di tanah tinggi Cameron Highland dengan bacaan purata sekitar 12 hingga 26 darjah Celsius manakala 13 -16 darjah Celsius pada waktu pagi.

Punca Cuaca Sejuk Luar Biasa


Difahamkan antara punca utama penurunan suhu ini ialah kerana tekanan suhu sejuk di tanah besar China yang memasuki Laut China Selatan selain daripada keadaan musim tengkujuh yang melanda kawasan Pantai Timur yang masih belum tamat.

p/s: Apakah kita bakal menyaksikan turunnya salji di Malaysia seperti Vietnam?