Kuasa Tahajud

http://www.anuarmustaffa.com/wp-content/uploads/2010/03/solat.jpg
Tahajud Itu Amat Berat Kecuali Untuk Mereka Yang Beriman

Kuasa Tahajud


Tahajud adalah amalan yang selalu dilakukan pada waktu sepertiga malam untuk mendapat keredhaan Allah. Mungkin ada yang bertanya kenapa Allah pilih waktu sepertiga malam sebagai waktu paling mustajab untuk kita semua berhubung dengan Nya.

Pastinya, jawapannya adalah kerana Allah mahu menguji sejauhmana sayangnya kita semua kepada Penciptanya. Sesungguhnya BANGUN daripada tidur yang nyenyak pada tengah malam bukanlah perkara mudah dan lebih berat lagi jika bangun itu untuk menunaikan solat sunat. Hanya mereka-mereka yang benar-benar cintakan Allah sanggup bangun pada waktu dan ketika ini untuk beribadat kepadaNya. 

Hakikatnya, solat tengah malam yang dianjurkan menyembunyikan rahsia Allah dan hanya yang benar-benar cekal akan berjaya membongkar rahsia itu.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Dan dari malam, hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk sembahyang) semoga Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji.” (Surah al-Israa’ : 79)

Kelebihan Tahajud


Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadhilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata, maksudnya : "Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat."

Kurniaan di dunia ialah:

1. Dijauhi daripada segala penyakit
2. Kesan takwa boleh dilihat pada wajahnya
3. Percakapannya teratur serta mengandungi hikmat
4. Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)

Kurniaan di akhirat pula ialah:

1. Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
2. Dipermudahkan hisab
3. Cepat melalui titian As-Siraat. Seperti kilat
4. Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan

Jom kawan-kawan kita latih diri untuk  kurangkanlah tidur dan banyakkanlah bersolat dan beramal ibadah di tengah malam. Sama-sama kita mencari keredhaan Allah. 

Comments

  1. salam pagi raudzah..thanks sharing...amat-amat berguna..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam pagi Aida...Moga Allah merahmati kita semua. Aminn!!!!

      Delete
  2. mmg byk kebaikan sebb tu mmg org2 yg betul2 beriman dan bertqwa mmpu lakukan dgn konsisten... :)

    ReplyDelete
  3. masih cuba untuk konsisten melakukan tahajud.. at least seminggu sekali.... insya-allah murah rezeki... tq sharing....!

    ReplyDelete
  4. In shaa Allah.. semoga menjadi amalan yg berterusan buat kita semua.. aamiin..

    ReplyDelete
  5. Assalam
    Oleh kerana berkumpulnya kekuatan di dalam waktunya itu , tidak mudah untuk melaksanakannya - sungguh menuntut mujahadah

    ReplyDelete
  6. kalau dah tidur tu mesti ssh nak bangun kan..tapi InsyaAllah moga jadi amalan tak kira di masa senang ataupun susah..

    ReplyDelete
  7. Banyak kebaikannya. Moga diberi kekuatan untuk bangun dan amalkan selalu :)

    ReplyDelete
  8. Payah nak buat...semoga Allah permudahkan.

    ReplyDelete
  9. semoga kita istiqamah untuk melakukan ibadah kepada Allah, insyaAllah....

    ReplyDelete
  10. inshaAllah..muhasabah diri..

    ReplyDelete
  11. sangat bermanfaat perkongsian ini.. setakat ini tidak konsisten melakukannya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat