Kuasa Tahajud
Tahajud Itu Amat Berat Kecuali Untuk Mereka Yang Beriman
Kuasa Tahajud
Tahajud adalah amalan yang selalu dilakukan pada waktu sepertiga malam untuk mendapat keredhaan Allah. Mungkin ada yang bertanya kenapa Allah pilih waktu sepertiga malam sebagai waktu paling mustajab untuk kita semua berhubung dengan Nya.
Pastinya, jawapannya adalah kerana Allah mahu menguji sejauhmana sayangnya kita semua kepada Penciptanya. Sesungguhnya BANGUN daripada tidur yang nyenyak pada tengah malam bukanlah perkara mudah dan lebih berat lagi jika bangun itu untuk menunaikan solat sunat. Hanya mereka-mereka yang benar-benar cintakan Allah sanggup bangun pada waktu dan ketika ini untuk beribadat kepadaNya.
Hakikatnya, solat tengah malam yang dianjurkan menyembunyikan rahsia Allah dan hanya yang benar-benar cekal akan berjaya membongkar rahsia itu.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Dan dari malam, hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk sembahyang) semoga Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji.” (Surah al-Israa’ : 79)
Kelebihan Tahajud
Saidina Umar Al-Khattab
menyatakan fadhilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata,
maksudnya : "Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan
khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan
empat di akhirat."
Kurniaan di dunia ialah:
1. Dijauhi daripada segala penyakit
2. Kesan takwa boleh dilihat pada wajahnya
3. Percakapannya teratur serta mengandungi hikmat
4. Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)
Kurniaan di akhirat pula ialah:
1. Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
2. Dipermudahkan hisab
3. Cepat melalui titian As-Siraat. Seperti kilat
4. Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan
Jom kawan-kawan kita latih diri untuk kurangkanlah tidur dan banyakkanlah bersolat dan beramal ibadah di tengah malam. Sama-sama kita mencari keredhaan Allah.
salam pagi raudzah..thanks sharing...amat-amat berguna..
ReplyDeleteSalam pagi Aida...Moga Allah merahmati kita semua. Aminn!!!!
Deletemmg byk kebaikan sebb tu mmg org2 yg betul2 beriman dan bertqwa mmpu lakukan dgn konsisten... :)
ReplyDeletemasih cuba untuk konsisten melakukan tahajud.. at least seminggu sekali.... insya-allah murah rezeki... tq sharing....!
ReplyDeleteIn shaa Allah.. semoga menjadi amalan yg berterusan buat kita semua.. aamiin..
ReplyDeleteAssalam
ReplyDeleteOleh kerana berkumpulnya kekuatan di dalam waktunya itu , tidak mudah untuk melaksanakannya - sungguh menuntut mujahadah
kalau dah tidur tu mesti ssh nak bangun kan..tapi InsyaAllah moga jadi amalan tak kira di masa senang ataupun susah..
ReplyDeleteBanyak kebaikannya. Moga diberi kekuatan untuk bangun dan amalkan selalu :)
ReplyDeletePayah nak buat...semoga Allah permudahkan.
ReplyDeletesemoga kita istiqamah untuk melakukan ibadah kepada Allah, insyaAllah....
ReplyDeleteinshaAllah..muhasabah diri..
ReplyDeletesangat bermanfaat perkongsian ini.. setakat ini tidak konsisten melakukannya..
ReplyDelete