Kopi Dan Gembala kambing
Satu Billion Cawan Kopi Setiap Hari
Kalau sebut kopi mesti ramai yang sukakan. Aroma dan rasanya pasti memikat ramai. Itulah sebabnya dalam dunia ni secara statistik, ada lebih kurang satu bilion cawan kopi dihidangkan setiap hari. Ramaikan peminat tegar kopi ni...
Kopi Dan Gembala Kambing
Tapi you all tau tak disebalik kisah populariti kopi, ada sejarah yang dipinggirkan dari rekod dunia. Ianya bermula dengan seorang gembala kambing. Pada suatu hari ada seorang gembala kambing yang dikenali sebagai Khaldi, di Yemen sangat hairan mengapa kambingnya menjadi sangat bertenaga dan resah apabila memakan biji kopi dari sebatang pokok. Beliau memberanikan diri untuk merasai bahan tersebut dengan memanggangnya dan menjadikan serbuk sebelum dicampur dengan air. Ternyata ia memberi rangsangan tenaga yang luar biasa kepadanya.
Kopi Minuman Kegemaran
Kopi Minuman Popular Masyarakat Islam
Aroma kopi ini begitu cepat tersebar dan menjadi minuman yang sangat popular di khalangan umat Islam di Yemen yang terletak di selatan Semenanjung Arab pada ketika itu. Lama-kelamaan, tradisi memanggang biji kopi dan merendamkannya di dalam air telah meresap ke seluruh Empayar Uthmaniah iaitu empayar Islam yang terulung di abad ke-15 Masihi. Serentak dengan itu, kedai-kedai yang khusus menjual minuman kopi telah muncul di beberapa buah bandar utama dalam dunia Islam seperti Kaherah, Istanbul, Damsyik dan Baghdad.
Kopi Berkembang Ke Eropah
Dari dunia Islam, minuman kopi telah berkembang ke Eropah melalui Venice. Biarpun pada awalnya, kopi dianggap sebagai sebagai "Minuman Muslim" oleh pihak gereja Katolik, ia kemudiannya telah berkembang dengan pesatnya menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat Eropah. Banyak kedai-kedai kopi yang muncul pada era 1600-an. Sehinggalah kini, kopi bukan sahaja terkenal di Eropah dan Asia Barat, tapi ia telah menjadi sebahagian daripada budaya hidup masyarakat dunia.
Seperti kebanyakan ciptaan-ciptaan cendikiawan Islam yang lain, kisah kopi dan gembala kambing ini juga hampir padam. Namun kita sebagai orang Islam patut berbangga kerana walaupun kisah gembala kambing tersebut telah hampir padam dari sejarah, masih ada penulis yang telah mengiktiraf jasa beliau sebagai salah seorang hero Muslim yang telah melahirkan satu inovasi yang tidak kurang pentingnya dalam sejarah kehidupan manusia hari ini.
usih!
ReplyDeletepekat nya kopi tu
sedap lak napak
nk p crik kopi la
cecah ngn biskut keras tu!
sedap! :)
saya ade satu masalah ngan kopi nie..kalau sekali dah minum memang susah nak berhenti sampaikan pergi kedai dah tak pandang air lain dah..hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
Assalam
ReplyDeleteSubhanallah. Sungguh sejarah ini terpinggir dari pengetahuan kami. Terima kasih ya Puan kerana infokan kisah ini. Bagus perkongsian ini.
Nurul tak bole minum kopi/nescafe kedai mari atau 3in1.. kepala sure berat/pening..
ReplyDelete*pic gembala tu mengingatkan Nurul pada sesuatu..
kita serupalah Nurul bila minum pening arr...
ReplyDeletemama kurang kopi ni kak...
ReplyDeletebaru aiza tahu sejarah kopi selepas membaca entri ini.. aiza memang tak berani minum, mesti rasa mengantuk selepas minum kopi..
ReplyDeletebaru aiza tahu sejarah kopi selepas membaca entri ini.. aiza memang tak berani minum, mesti rasa mengantuk selepas minum kopi..
ReplyDeleteBagus sejarah ni.. tp syngnya skrng ni pengilang kopi terbesar dunia bukannya dari kalangan saudara seagama kita.. kita menjadi pengguna terbesar shj.. Thanks sharing Raudzah, info yg sgt best.. :)
ReplyDeleteSuka minum kopi tapi dah lama tak minum.
ReplyDeleteputeri suka bau aroma kopi..tapi jarang pula minum kopi..hehe :)
ReplyDeletenaniey kalau minum kopi kepala rasa hanyut je..macam duk atas kapal... pening2..haha
ReplyDeleteشركة نقل عفش بالمدينة المنورة
ReplyDeleteشركة نقل عفش
ارخص شركة نقل عفش بالمدينة المنورة
شركة نقل عفش بالقصيم
شركة نقل عفش بخميس مشيط
شركة نقل عفش بابها
شركة نقل عفش بتبوك
شركة نقل العفش بالمدينة المنورة
شركات نقل العفش بمكة